Tuesday, July 23, 2013

Wolverine tak ada 3D IMAX??!!

AAARRRRGGHHH!!!!!

WTF (fish)!!

Ko dah buat movie budget beratus juta ringgit.... Ko buat cerita pasal Mutant paling hebat..... Ko dah kasi trailer cun-cun..... dah kasi effect gempak-gempak.....  Ko dah buat gebang macam-macam kat internet...  last-last-->

Ko keluarkan cerita WOLVERINE paling hebat pun 3D je?... Takde IMAX?... 3D IMAX langsung kaput?..

Wat de Fish punye Twentieth Century Fox... 3D is so 2005 la!!!!... Lemah tenaga batin betullah! Aku boycot dari tengok Wolverine kat wayang.... kang aku download free je. Best tak best, belakang cerita....

Oscar El-Capito signing out




 

Wednesday, July 10, 2013

Waktu Sahur dan Imsak RAMADHAN 1434H / 2013.

"Itu dua orang menunggu senja..... lapar letewww..."

Salam Ramadhan 1434 Hijrah.... Hari ini 1 Ramadhan, malam tadi 1st tarawikh kita.... subuh tadi 1st sahur kita... dan senja nanti 1st iftar kita..(OMG!!! Iftar is coming back!!..)... Berbuka selalunya tak menjadi masalah berbanding sahur.... Rugi pahala bersahur kalau terlepas.... :(

Sunday, June 23, 2013

Flea Market Amcorp Mall; Bila Blackwater, Predator & Micheal Jackson Bersatu!

Ini kali lah!!!... Ini kali lah!!!... Ini kali lah kalau nak tengok *PMC Blackwater, Predator & Micheal Jackson berganding bahu.... berjalan-jalan beriringan... bersama-sama demi pengunjung di sini. Semalam aku dan Cik Puan Neena pergi ke tempat 'Wajib Singgah' setiap minggu- Flea Market di Amcorp Mall, Petaling Jaya......

Seperti biasa.... takkan Cik Puan Neena lepaskan peluang untuk bergambar dengan mereka. 1st time dapat jumpa Predator berlegar-legar di sini. Nasib baik Taisha masih tido dalam stroller lagi.... Senang sikit nak posing....

Datanglah awal ke Flea Market Amcorpmall.... mesti sempat jumpa mereka-mereka ni. Semalam juga, Aku dapat hasil buruan paling best selama aku memburu di flea market ini... esok-esok aku kongsi. Arini malas...


Oscar El-Capito signing out!




* PMC tu refer pada Private Military Contractor

Monday, June 10, 2013

Man of Steel- 13 Superman dalam padang la pulak....

Petang semalam sampai saja di rumah selepas balik dari shopping-tanpa-arah-tuju kat Sunway Pyramid, ntah macamana aku tak sengaja terbuka Channel AstroSport 2... Dan entah macamana aku ternampak dengan kelibat simbol yang aku kenal.... 

Dah ada 13 Superman atas padang lah pulak!!

Sejak bila ade team rugby dah start pakai jersey yang ada logo Man Of Steel ni??..... Aneh pulak rasanya. Aku sendiri tak tau hujung pangkal liga rugbi mana yang aku tengah tengok dan ini adalah game Live!!

Flea Market Amcorp Mall; Jumpa orang kampung Kanoha!!

Semalam, sedang kami meronda-ronda seperti minggu-minggu biasa di Flea Market Amcorp Mall. Tibalah kami di tingkat 3- tingkat paling atas (selain level parking) dalam Amcorp Mall ini. Cuma kali ini kami terserempak dengan orang kampung! Tapi bukannya orang kampung dari Sabak Bernam ataupun Lubuk Temiang... tapi orang kampung Konohagakure yang cukup femes tu...

Jarang-jarang ada orang Kanoha kampung turun ke Armcorp Mall.... lalu Cik Puan Neena tak lepaskan peluang yang ada di depan mata, lalu menegur orang kampung ini.....

Saturday, June 1, 2013

Man of Steel- Belakang payung ade Clark Kent.... Percaya tak?

Clark Kent pakai selipar je belakang payung ni..... Gagahnya kami malam tadi untuk dapatkan Payung Man Of Steel ini. Orang yang follow saja tahu macamana berusahanya aku... hahaha.!!.

Saturday, May 18, 2013

Ke mana perginya Chopper 1Malaysia....?!!

Yeah!! semalam aku jejakkan kaki ke pejabat Kementerian baru aku.... Dulunya aku bersama dengan KPKK (Kementerian, Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan....) dan selepas kabinet baru dibentuk selepas pilihanraya, Kraftangan Malaysia telah diletakkan di bawah kementerian MOTAC a.k.a Ministry of Tourism & Culture Malaysia. Gabungan sektor pelancongan & kebudayaan....

Inilah pertama kali aku masuk ke lobi bangunan MOTAC di Precinct 5, Putrajaya atau nama bangunan yang lebih spesifiknya- Lot 5G2 dan aku terkejut dengan apa yang ada di ruang lobinya....

Tuesday, May 14, 2013

Aku pulak terkantoi.... Dgn tuan punye kedai KPOP.

Tempoh hari.... ada org terkantoi dengan aku;---> Baca sini kalau nak tahu la... Tapi kali ini aku pulak terkantoi dengan orang lain....

Alamak.. Kantoi la pulak...!!!. Tapi bangga pun adalah sikit....

Saturday, May 4, 2013

Semangat PRU 13....!!!

Semalam aku hantar Cik Puan Neena & Taisha ke LCCT... Kali ini, Neena akan mengundi di Labuan sama macam PRU yang lepas (dia belum mahu tukar alamat untuk mengundi di semenanjung...) dan aku pula akan mengundi di kampung aku- Tebuk Pulai Sabak Bernam. So, Kali ini Taisha akan follow nina.... Kami terpaksalah berpisah sementara untuk 2 hari semata-mata untuk PRU ke-13.

Ini kali... (ini kali?... lain kali!) Aku tak ikut Lebuhraya Elite untuk ke KLIA/LCCT seperti biasa, kerna ada satu lokasi yang aku perlu singgah.... lebih-lebih lagi sebelum pilihanraya hujung minggu ini...

Lokasi 'Wajib Singgah' aku kali ini adalah di bawah fly-over terbengkalai di Lintasan Dengkil By-Pass...

Sunday, April 28, 2013

Iron Man 3- Sejam dua selepas.... Komen boleh?

Yup.... ini sejam selepas tengok Iron Man 3 IMAX 3D kat TGV OneUtama....

Aku masih lagi berdiri kat sini.... berposing bagai depan billboard Iron man 3 dengan penaja tiket- Cik Puan Neena. Sambil-sambil posing pun, mulut kami dah mula bercakap-cakap pasal rating apa yang patut bagi untuk cerita Iron Man 3 ini.

Friday, April 26, 2013

Iron Man 3- Sejam dua sebelum

Officially Iron Man 3 start esok... tapi kami last minute berjaya juga dapatkan tiket IMAX 3D pukul 11:45 malam ni di TGV One Utama. Venue biasa di IMAX Sunway Pyramid tapi kali ini mau cuba outlet TGV yang baru saja habis renovate di One Utama....

Posting aku yang lepas---> IRON MAN 3 : Sehari dua sebelum....., aku cadang nak pakai jacket replika Belstaff Iron Man Jacket aku tu.... dan semalam aku dah tahu kondisinya macamana..... MENGECEWAKAN!!!...

Wednesday, April 24, 2013

Iron Man 3- Sehari sebelum.....

Haha ha... Countdown sehari sebelum filem Iron Man 3 masuk Malaysia.... Hampir semua benda nak aku 'Tony Stark'kan. Semangat sungguh sebelum tengok Iron Man 3 ni...... 

Ingat tak scene dari Iron Man 2---> Tony Stark sedang minum air 'sprulina' dari bekas air space-age yang nampak supercool tu?

Sebenarnya aku pun tak tau air apa.... tapi Tony Stark perlu minum 80 ounce sehari untuk melawan toxic di dalam darahnya kesan dari palladium core dalam arc reactor di dadanya. Ini adalah scene sebelum Tony membuka arch reactornya untuk menggantikan core palladium nya yang dah kering....

Tuesday, April 23, 2013

Iron Man 3- Sehari dua sebelum.....

Sebenarnya, posting ini adalah dua hari sebelum filem Iron Man 3 keluar di wayang-wayang seluruh Malaysia.... Semalam aku baru balik dari Designer Meeting di Langkawi.... Walaupun kat Langkawi, otak tepikir pasal Iron Man 3 hujung minggu ni.....

Aku dan Cik Puan Neena dah berkobar-kobar nak beli tiket IMAX 3D (walaupun aku yang terlebih kobar dari Neena). Cuma tinggal seorang lagi Hantu Anthony Stark belum konfirm - adik aku Syuhada - sama ada dia mahu join sekali atau tak...

Iron Man 3 dah termasuk dalam Filem Wajib IMAX aku, so diharap tiket tak sold-out bila time nak beli nanti....

Wednesday, April 3, 2013

Makan angin pusing-pusing KL, naik Jet....!!!

Sedang aku berbincang di Craft Business Center, terdengar bunyi deruman enjin jet terbang terbang rendah di atas bumbung opis.... bunyi yang aku cukup familiar, semasa berada di LIMA 2013, Langkawi 6 hari yang lepas.

Aku tahu tak ada apa-apa sambutan di Dataran Merdeka untuk jet-jet ini datang buat sebarang reheasel.... Bunyi jet yang sentiasa kuat, seperti sedang berpusing-pusing mengelilingi opis aku... buatkan aku menjenguk ke luar tingkap.... Dan di sana aku nampak dari celah-celah Bangunan Yayasan Tun RazakPavilion- 2 buah jet dalam formation

Sekali imbas dari bentuk sayap Delta, Canard-wing, dan Single Tail-Finnya, agak sukar untuk membezakan antara Dassault Rafale ataupun Eurofighter Typhoon yang sedang mengelilingi Kuala Lumpur. Andaian aku memang hanya pada dua jet ini saja kerana mereka sedang dalam proses untuk melobi kerajaan Malaysia untuk dapatkan kontrak MRCA.

Kedua-dua jet ini telah pun berada di Pameran LIMA di Langkawi seminggu yang lepas....

Sunday, March 24, 2013

Bersiap sedia untuk pilihanraya... #RESPECT Tun M

Ini cara aku.... Bukan berkempen, cuma bersemangat untuk musim pilihanraya yang akan datang bila-bila masa.... #RESPECT!!
Sticker kereta ABSTRAX yang aku beli tempoh hari di Home of #AbstraxPropaganda di Downtown, Cheras. ----> Posting lama klik SINI.

Saturday, March 23, 2013

Happy Earth Hour!!!!.... kat Shanghai!


 
Happy Earth Hour everybody!!!! Let save our energy for 60 minute!!!... Jessica Alba tahun dah join jadi Earth Hour 2013 global ambassador... Yaaahuuuu.... So, On your mark.... Get set.... PADAM...!!.

Wednesday, March 20, 2013

Menang lawan Nemesis di final S7PL....!!!

Pok!! Menang Pok!! Menang lagi pok!!!! Hahahahahh!!!

Beez Waxer jadi headline dalam PaintballNews.Asia awal minggu ini...!!! Muka aku ada sekali dlm tu....!!!

Tajuk posting tak boleh blah dan terover excited bila dah dapat kalahkan Nemesis Legion di S7PL hujung minggu lepas.....

Tengah bulan Disember 2012, International Super Seven Championship (I.S.S.C) adalah last paintball tourney yang aku join..... dan 2 minggu selepas itu aku accident. Aku terpaksa berehat selama 2 bulan untuk recover dari accident motor yang tak seberapa. Tahun ini I.S.S.C dah bertukar menjadi format Liga dan bertukar nama kepada Super 7 Paintball League;- S7PL.

Tuesday, March 19, 2013

Ini jalan bapak aku!!!..... Aku punye suka lah

Maaflah..... Memang kasar sikit bunyinya... tapi itulah hakikat yang korang kene terima... Dengan kerek dan angkuhnya, aku istiharkan ini memang jalan bapak aku....
 
Aku selalu guna Jalan Raja Uda untuk ke Medan Ikan Bakar, Kampung Baru, pasti akan lalu depan jalan bapak aku ni.... Ini kalilah aku dapat menjengok dekat ke papan tanda yang mengabdikan nama Haji Zainudin ini. Apa yang special treatment yang aku dapat sebagai anak Zainudin bila lalu jalan ini??....

Friday, March 15, 2013

Demam Korea lagi???: Matta Fair 2013 PWTC.....

Semalam seharian aku ada di Tun Razak Hall 1 Mezzanine, PWTC untuk kerja-kerja setting-up promotional booth Kraftangan Malaysia sempena MATTA FAIR 2013.... Standard shell scheme booth bersaiz 10'x10' yang aku kena ubah menjadi 'istana' sebelum bermulanya Matta Fair, arini....

 Mula-mula ukur dulu....

So, sepanjang hari aku di PWTC, sempat aku round-round semua hall untuk recce kalau ada travel agency yang sudah naikkan package-package menarik mereka. Terutama yang offer travel package ke Korea dengan harga berpatutan. (Walaupun backpacking adalah antara kaedah paling jimat untuk travel ke sana...bagi aku lah...). So ini adalah antara yang aku sempat ambil sehingga pukul 8 malam semalam.....

Saturday, March 9, 2013

#RESPECT Tun M Poster Hunting @ Downtown Cheras....

Beberapa bulan lepas, aku ada terjumpa dengan Poster Pop-art Tun Mahathir di Google..... yang pada mulanya aku ingatkan ini hanyalah personal artwork designer yang ada influence dari Poster Barack Obama "Hope" semasa kempen Presiden Amerika 2008..... Unik!

Poster paling femes sepanjang kempen
Presidential Obama tahun 2008 lepas.... design by Shepard Fairey

Beria-ria aku search di Google untuk dapatkan full image poster tu... (kononya klu ade free time, boleh aku buat atas canvas aku sendiri... cadangannye lah).... Akhirnya aku dapat tahu yang poster ini dah pun dikomersilkan oleh Abstrax Jingga-

Monday, March 4, 2013

Kedai Kpop di Sg Wang Plaza

Tengahari tadi, merayau-rayau tanpa arah tuju di Sg Wang Plaza, memudahkan aku mengenal pasti kedai-kedai aneh dan pelik yang tak akan aku endahkan jika pergi dengan 'niat' ke sana... Sebelum adanya Lowyat dan Plaza Imbi yang agak krem dengan kedai komputer, 3rd Floor Sg Wang Plaza adalah tempat paling jadi sibuk untuk pengila komputer.

Tapi sekarang tidak lagi.... lengang mcm tiada orang.... Kelengangan itu buat aku perasan kedai ini....

Kedai KPOP GARDEN di Lot T039 betul-betul di depan tangga kaca bomba yang femes di Sg Wang Plaza ini.... Siapa tau lokasi tangga bomba femes disini, pasti senang nak cari kedai ni....

Wednesday, February 20, 2013

Hahaha.... Entry blog aku di copy a.k.a di Plagiarize ... Haha

Hahahaha... pertama kali entry blog aku di copy paste bulat-bulat untuk dijadikan entry pada blog orang lain.... Adakah ini boleh dikira Blog Plagiarism...???. Ntah macamana aku boleh terserempak blog ni kat google search, tapi memang dia copy entry aku bulat-bulat.... Hehehhe...

Entry aku pasal Kedai K-pop di Times Square yang jadi mangsa.... Kalau tengok pada backdrop Blog cyunkkamu1.blogspot ni, ownernya pasti suka pada K-pop dan terang-terang dia katakan suka pada Top & BiGBANG (yupp!!! aku pun suka juga..... aritulah). 

Sunday, February 17, 2013

Kolog terrrorr riptaa...!!!. Harlem Shake!

Video ini membuktikan yang penyakit Harlem Shake cepat merebak..... sehinggakan kesemua orang dalam video ini berjangkit dalam masa hanya 30 saat. Saksikanlah:

Harlem Shake Oscar Family

The Harlem Shake sekarang ini dah pun jadi phenomena Youtube terbaru sejak awal Februari ni...... bermula dengan vlogger Filthy Frank yang meng'upload'kan kompilasi video lawaknya, yang kemudian menjadii ikutan 'The Sunny Coast Skate' yang menjadikan dia viral di Youtube...

Friday, February 15, 2013

Dejavu: Engrave your name

Dulu.... dulu.. dulu punya dulu.... 8 tahun dulu.....dalam tahun 2005. Masa tu aku pun belum habis belajar lagi...... Masa tu Iphone pun masih belum keluar.... Masa tu nak KFC pun belum ada kat Sek7 lagi.... Masa tu Taisha pun masih belum ada... 

Tapi masa itu Cik Puan Neena sudah ada. Masa itulah juga Cik Puan Neena dah pernah tinggalkan secret message kat dalam henset aku.... Bukan tinggalkan SMS dalam henset... Tapi tinggalkan message betul-betul dalam henset aku- belakang cover henset 'daun' Nokia aku....

 Nokia 7610 ataupun Nokia Daun yang cukup legend..... Cik Puan Neena sempat tinggalkan mesej cute sebelum dia balik ke Labuan dicover original Nokia aku.... 8 tahun lepas.....

~ ~ ~ ~

Thursday, February 14, 2013

Love, FUT & Victoria Secret....

Happy Valentines Day.....

Awal pagi smlm aku dapat Valentine message bila log-in utntuk main Fifa Ultimate Team (FUT)..... Pose Si Messi buat love dalam massage FUT LOVES YOU.... Walaupun dapat message Valentine, Team El-Tigre aku tetap kene belasah awal pagi tadi tanpa ada belas kasihan.... huhu

Monday, February 11, 2013

3.2 series- Semalam naik setahun lagi hari ini...

Semalam aku naik setahun lagi....
Neelofa pun naik setahun lagi...
Soo-young pun naik setahun lagi...

Happy besdey everybody....!

So, macam tahun lepas.... dah ada early surprise untuk aku....sehari datang sebelum hari jadi aku.
Bende yang aku try untuk hunting tahun ini.... sudah mari...
Alhamdulillah......

So, bonus dah pun habis, tapi boleh still dapat lagik.... hahahaha...
Alhamdulillah... TQVM Cik Puan Neena....

~ ~ ~

BTW....
still, Happy besdey Neelofa...... hehehe

Adios Fondos....
Oscar El-Capito signing out!  




Friday, February 8, 2013

Coolblog-ger: 2nd Newsletter......

Malam tadi, Cik Puan Neena beritahu aku yang dia sudah dapat copy terbaru Coolblogger untuk tahun ini.... Bulan Oktober tahun lepas, kami dah dapat Coolblogger Volume 1. Inilah Tri-monthly Newsletter dari Coolblog, khas untuk franchisee Coolblogian!

COOL BLOGGER Volume .2 dengan cover Duta Coolblog- Heliza yang nampak lebih ayu..... Cover Volume.1 posse Heliza untuk versi lebih cute rasanya.... Cik Puan Neena minta aku tengok Page 3#.... di page Grand Opening....

Saturday, February 2, 2013

Shah Alam; City of Angel from above....

Rabu lepas, aku ke Pulau Pinang untuk kerja-kerja site visit dan transport kali ini adalah FY2204 seawal 8:10pagi dari Subang Skypark terus ke Bayan Lepas.... Route kali ini lalu betul-betul atas Shah Alam sebelum menuju ke Selat Melaka untuk terus ke Pulau Pinang....

Walaupun beratus-ratus kali naik flight, aku masih lagi ada sedikit rasa excited macam budak-budak. Sentiasa berharap dapat duduk di sebelah tingkap~ ~ ~ harap-harap dapat tengok dunia miniature dari atas.... dan inilah hasilnya...

 Shah Alam dari dalam ATR72-500 aku..

Aku yang pergi site visit tanpa bawa DSLR Sony Alpha 550 yang tersadai di rumah, hanya camera phone BB saja sedaya upaya untuk dapatkan hasil yang terbaik. (Walau hasilnya pasti akan sedikit blur). Inilah bird-eye view of Shah Alam yang aku cari-cari selama ini....

Thursday, January 31, 2013

Harapan dipenghujung Januari 2013

mintak-mintak lah.... mintak-mintak lah..... mintak-mintak lah....
mintak-mintak lah.... mintak-mintak lah..... mintak-mintak lah....
mintak-mintak lah.... mintak-mintak lah..... mintak-mintak lah....

mintak-mintaklah tercapai 4000 visit bulan ni... sikit je lagi tu.....

In-sya Allah.... 

Ingat lagi masa 3 tahun 1 bulan lepas.... ---> SINI!!
baru dapat cecah 1000 visit pun dah excited....
itu pun baru 1 tahun 7 bulan...

Alhamdulillah....

Hamba, pacar blogger yang hina....
... Melaporkan dari tempat yg takde cerita nak tulis.....
selamat menyambut Hari Wilayah esok!!!




Saturday, January 26, 2013

Sportmanship game Online.... FUT13

Aku pun tak berapa ingat berapa ramai team Malaysia yang aku pernah jumpa sepanjang main Fifa Ultimate Team PS3. Tak ramai yang gunakan nickname Malaysia + nama team yang senang dikaitkan dengan Malaysia, so memang susah juga nak tau opponent kita itu Malaysian atau pun outsider. Tapi yang pasti aku memang jarang-jarang terjumpa....

Kelmarin selepas habis satu game dengan team Malaysia ni... aku terima satu message kat Inbox. Inilah message paling best aku pernah dapat sepanjang main FUT.. Aku rasa mamat T-RAF ni dah tunjukkan Sportmanship Online terbaik.... Jarang-jarang berjumpa dengan opponent sehebat & sehumble ini!

Sunday, January 20, 2013

Flea Market Catch: Amcorp Mall - Signed comic Superboy & X-men!!

Ini adalah hasil buruan semalam di Flea Market Amcorp Mall.....


Superboy #10 & Proffessor Xavier and The X-men #1.

Setelah aku pusing setiap floor seperti minggu-minggu biasa, semalam aku terserempak dengan satu stall comic yang jarang-jarang muncul, lalu aku singgah.... Di situlah aku dapat hasil tangkapan kali ini... 

Saturday, January 19, 2013

Kereta Fear Factor Aaron Aziz?

Aku pun tak tau berapa ramai orang yang perasan salah satu scene Promo Fear Factor Selebriti Malaysia ni...

Abang Aaron Aziz macho berjalan keluar kereta....
1st scene yang mana Aaron Aziz tengah drive kereta hitam model lama.... Kereta berbelang kuning (ala-ala kereta Swift aku...?!) yang dipandu di celah-celah deretan kontena... Mengelak letupan pyro... Terbang terpusing-pusing dan last sekali Aaron Aziz keluar dengan bergayanya dan kereta itu meletup!! Perasan tak?

Wednesday, January 9, 2013

Bukti semangat blogging utk 2013..!!!

Untuk membuktikan semangat blogging yang semakin membara untuk tahun 2013 ni.... Aku mulakan dengan perkara yang sepatutnya dah lama aku buat bertahun-tahun yang lepas. Hal kecik aje pun.

.....tukarkan backdrop template blogspot ni...!!!

Aku pun dah tak ingat macam mana layout asal OurLittleBigPlanet seawal tahun 2009 dulu. Bila aku mula gunakan default template, banner header menjadi menegak di atas ruang blogpost. Sebelum ini, dah macam menjadi trademark blog ni pulak, bila user akan mengadap backdrop default jalan raya blur ini dahulu sebelum boleh scroll down untuk baca blogpost kami.

Thursday, January 3, 2013

Filem wajib IMAX tahun 2013......

Sejak lahirnya Taisha 1 tahun 4 bulan yang lepas.... boleh dikatakan kurang dari 10 kali aku & cik Puan Neena menjengok wayang-wayang berhampiran.... Mungkin memikirkan kepayahan meninggalkan Taisha pada atoknya, maka kami lupakan hasrat menjadi penggila wayang macam time bujang dulu.... So, tahun 2013 ni aku berharap dapatlah tengok sekurang-kurangnya 4 filem wajib ini di IMAX.

Ironman 3, Man of Steel, The Wolverine & Thor: The Dark World

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year..... Be nice ye 2013!

1st post for 2013!!!...

Upacara yang aku nantikan setiap awal tahun.~~ upacara pertukaran buku perancangan eksekutif tahunan islam.... (ala-ala Gyeongbokgung Palace's Royal Guard-Changing Ceremony).... segala cerita dalam setahun akan datang, ada dalam planner ini. Lebih detail, lebih komprehensif dari apa yanga ada pada blog ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...