Sunday, April 28, 2013

Iron Man 3- Sejam dua selepas.... Komen boleh?

Yup.... ini sejam selepas tengok Iron Man 3 IMAX 3D kat TGV OneUtama....

Aku masih lagi berdiri kat sini.... berposing bagai depan billboard Iron man 3 dengan penaja tiket- Cik Puan Neena. Sambil-sambil posing pun, mulut kami dah mula bercakap-cakap pasal rating apa yang patut bagi untuk cerita Iron Man 3 ini.

Friday, April 26, 2013

Iron Man 3- Sejam dua sebelum

Officially Iron Man 3 start esok... tapi kami last minute berjaya juga dapatkan tiket IMAX 3D pukul 11:45 malam ni di TGV One Utama. Venue biasa di IMAX Sunway Pyramid tapi kali ini mau cuba outlet TGV yang baru saja habis renovate di One Utama....

Posting aku yang lepas---> IRON MAN 3 : Sehari dua sebelum....., aku cadang nak pakai jacket replika Belstaff Iron Man Jacket aku tu.... dan semalam aku dah tahu kondisinya macamana..... MENGECEWAKAN!!!...

Wednesday, April 24, 2013

Iron Man 3- Sehari sebelum.....

Haha ha... Countdown sehari sebelum filem Iron Man 3 masuk Malaysia.... Hampir semua benda nak aku 'Tony Stark'kan. Semangat sungguh sebelum tengok Iron Man 3 ni...... 

Ingat tak scene dari Iron Man 2---> Tony Stark sedang minum air 'sprulina' dari bekas air space-age yang nampak supercool tu?

Sebenarnya aku pun tak tau air apa.... tapi Tony Stark perlu minum 80 ounce sehari untuk melawan toxic di dalam darahnya kesan dari palladium core dalam arc reactor di dadanya. Ini adalah scene sebelum Tony membuka arch reactornya untuk menggantikan core palladium nya yang dah kering....

Tuesday, April 23, 2013

Iron Man 3- Sehari dua sebelum.....

Sebenarnya, posting ini adalah dua hari sebelum filem Iron Man 3 keluar di wayang-wayang seluruh Malaysia.... Semalam aku baru balik dari Designer Meeting di Langkawi.... Walaupun kat Langkawi, otak tepikir pasal Iron Man 3 hujung minggu ni.....

Aku dan Cik Puan Neena dah berkobar-kobar nak beli tiket IMAX 3D (walaupun aku yang terlebih kobar dari Neena). Cuma tinggal seorang lagi Hantu Anthony Stark belum konfirm - adik aku Syuhada - sama ada dia mahu join sekali atau tak...

Iron Man 3 dah termasuk dalam Filem Wajib IMAX aku, so diharap tiket tak sold-out bila time nak beli nanti....

Wednesday, April 3, 2013

Makan angin pusing-pusing KL, naik Jet....!!!

Sedang aku berbincang di Craft Business Center, terdengar bunyi deruman enjin jet terbang terbang rendah di atas bumbung opis.... bunyi yang aku cukup familiar, semasa berada di LIMA 2013, Langkawi 6 hari yang lepas.

Aku tahu tak ada apa-apa sambutan di Dataran Merdeka untuk jet-jet ini datang buat sebarang reheasel.... Bunyi jet yang sentiasa kuat, seperti sedang berpusing-pusing mengelilingi opis aku... buatkan aku menjenguk ke luar tingkap.... Dan di sana aku nampak dari celah-celah Bangunan Yayasan Tun RazakPavilion- 2 buah jet dalam formation

Sekali imbas dari bentuk sayap Delta, Canard-wing, dan Single Tail-Finnya, agak sukar untuk membezakan antara Dassault Rafale ataupun Eurofighter Typhoon yang sedang mengelilingi Kuala Lumpur. Andaian aku memang hanya pada dua jet ini saja kerana mereka sedang dalam proses untuk melobi kerajaan Malaysia untuk dapatkan kontrak MRCA.

Kedua-dua jet ini telah pun berada di Pameran LIMA di Langkawi seminggu yang lepas....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...