Pages

Tuesday, November 29, 2011

Milk Booster????

Hari ni,hari pertama ku menghantar si puteri Anastaisha El Medina ker nursery, sedih rasanya berpisah setelah 2 bulan asyik bekepit jer ngan mama die, nangis dan gelak tawaku semua bersama taisha, macamana nak lepaskan pada orang yang aku sendiri tak kenal dan perlu percaya akan bantuannya iaitu kak Rose.

Tapi yang lebih membinbangkan aku sejak awal kelahiran taisha adalah kuantiti susu yang aku berikan pada taisha adakah cukup untuk membuat die kenyang. Semakin hari semakin kerap taisha nak menyusu, lepas menyusu dah tentulah tangki dah kosong nak pam untuk simpan stock pun tak ada, tapi apa yang aku tak tahu selepas 2 jam..rupanya susu akan mula dihasilkan kembali dan memenuhkan tangki yang kosong ni. Jadi bukan milk booster seperti lobak putih, jantung pisang atau lain2 yang selalu kita dengar untuk memperbanyakkan susu tetapi untuk membanyakkan air susu badan, kita cuma perlu kerap kosongkan payudara..


Bila payudara kosong, ia akan sampaikan message kepada otak bahawa susu tidak cukup..
Dan otak akan keluarkan arahan supaya lebih banyak susu dihasilkan..
Jadi, kalau nak susu lebih banyak, kerap kosongkan payudara..
Cuma ada dua cara nak kosongkan payudara:
1. Beri baby menyusu dengan lebih kerap..
2. Perah susu..

Yang pentingnya, kita kena tahu bahawa komposisi susu terdiri daripada air, protein dan lemak.. Untuk menghasilkan susu, kita perlu bekalkan air, protein dan lemak kepada badan.Jadi, ambil air dan protein dalam jumlah yang banyak untuk menghasilkan susu yang berkualiti..

Dan satu lagi tips yang diberikan kepada saya adalah jangan biarkan payudara tidak dikosongkan melebihi 3 jam.. Sebab tu kalau malam baby tidur lama, 3 jam kena kejutkan juga supaya menyusu ataupun kenalah pam..

Inilah pengalaman aku mengenai milk booster aku yang hampir2 dah putus asa...tapi tengokkan muka taisha yang comel aku cuba sedaya upaya untuk bagi yang terbaik untuk die sememangnya susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia dengan kandungan zat nya yang lebih 10x lebih baik dari susu formula...

Selamat buat Ibu-ibu baru......

Monday, September 19, 2011

Dateline Suddeeeyyy...

Hari ni 19hb Sept!... Due date utk Cik Puan Neena deliver baby.... Ngeeee.. Aku cuak2 gak ni. Nak masuk ke fasa lain dalam kehidupan aku sebagai manusia.... Nak jadi bapa pada seorang insan lain... Nak kena jadi pembimbing pada seorang lagi yang dipertanggungjawabkan oleh Tuhan- selain Isteri ku. 

Tapi kalau ikut pada Cik Puan Neena, dia masih boleh tahan untuk sehari dua lagi.... Hehehe, mintak2lah datangnya waktu malam... senang sikit perjalanan ke PPUM.... Kalau siang... Terpaksalah officemate dia yang hantarkan. Alamak... nama pun aku belum finalize lagik... Aduh aduh!! Tahan.. tahan... jangan keluar lagi....

“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)...

 Oscar El-Capito signing out! 

Tuesday, August 30, 2011

Maaf, tiada 'pagi raya' lagi untuk tahun ini...

Tajuk saja dah menceritakan semua.... Malas aku nak cerita panjang2...


Tahun ini aku masih bertugas di pagi raya, tapi di tempat berlainan dari tahun lepas- 2010 di Putrajaya.. tahun ni di Istana Negara... Sebenarnya, aku sendiri yang volunteer utk kerja di pagi raya... (Bagus bukan...??, bila dah volunteer barulah dtg penyesalannya). Disebabkan aku standby kemungkinan Cik Puan Neena bersalin dua minggu awal... dan kami pun tak cadang utk balik beraya di Labuan, jadi volunteer diri untuk kerja-kerja di hari raya adalah pilihan yang agak tepat...
gelak ketawa konon meredakan hati yang pilu.......
Bukan aku sorang saja, satu Unit ID- Aku, Zue dan Zulizwan. Nasib baiklah kampung kami semua ni dekat saja dgn bandar sunyi ni.... Dari hari Sabtu org dah berpusu2 balik kampung, hinggalah ke tghari raya... kami  masih lagi di bandar yang semakin sunyi ni. 


 * * * * * * * * * * * * * *
 
...Apalah ertinya 'Raya' kalau kita tak dapat nikmat di 'Pagi Raya' tu sendiri... Raya rasa mcm kosong saja... (selingan sebentar)

 * * * * * * * * * * * * * *

Pagi raya tadi aku bangun agak lewat. Dan terus aku tinggalkan Cik Puan untuk bergegas ke Masjid Besar Shah Alam kerna masih belum bayar Zakat Fitrah (mmg aku akan bayar malam selepas takbir raya atau pun sebelum sembahyang raya- kerna itu waktu paling afdal). Tapi tahun ni, disebabkan kami terbangun lambat, terpaksa aku beratur bersama-sama mat bangla, indon, dan pakistan semua... 
Seorg-dua je orang tempatan yg beratur dgn aku (org Shah Alam dah pulang ke kampung masing-masing, tinggal jelah org luar). Kesian, kelam-kabut juga aku tengok amil tu mengoyakkan resit sebab takbir raya pun dah nak habis, sembayang pun dah nak mula....

Balik saja dari sembahyang sunat raya di masjid, sempat aku singgah di tepi roundabout beli sebatang lemang utk bawak balik ke rumah... Sampai di rumah terus Cik Puan bertanya; "Lemang ni nak makan dengan ape?.. cicah kicap?...". A'ah baru teringat xde rendang untuk lemang ini.... Lah, lemau sungguh aku pagi nih. So aku potong lemang itu, makan kosong saja depan TV... sampailah Cik Puan kata' "Bang, jomlah kita balik Sabak pagi ni...., tak jadilah balik petang "

Boringlah tu..... Aku pun terus... "Orait..."

Oscar El-Capito signing out! 

Monday, August 29, 2011

Sebulan suddeyyy.....


Cukup sebulan sudah, aku gunakan WVesPa 'Red Devil' aku ni... Odometer pun dah sampai 1985km.... Terbuktilah dalam sebulan, aku travel ulang-alik ke opis hampir 2000km... (sebab itu lah Swift BenJaMin aku akan kene service 10k setiap 4 bulan).

Komen aku selepas sebulan :- PUASHATI!!... Mana-mana mat rempit yang ada moto 150cc, mau challange dgn 'Red Devil' aku... Dipersilakan... Hahaha... Menang atau kalah itu tak kiralah... Sepanjang sebulan ni aku gunakan WVesPa ni, adalah beberapa moment2 yang best dan kelakar kalau diingat balik, antaranya...

1) Awal2 minggu aku dapat motor ni, aku dah berjaya tinggalkan asap pada 2 KLX150 - Jaja & Joe Jailani - yang berminat nak menguji jentera Itali aku ni..... vrooommm...
2) 5-6 kali juga minyak melimpah masa refuel kat stesen minyak- belum boleh budget utk refuel full-tank.
3) Full-tank WVesPa - cukup untuk ulang-alik dari PusKom Sek7 ke Jalan Conlay selama 2 hari.
4) Berpeluh2 sampai krem kaki - 1st time nak turunkan double stand motor ni.... Body berat nak mampus...
5) Kadang2 aku perhatikan org yang melintas motor ni, pasti akan undur utk tgk keliling motor ni- dan kadang2 juga snap gambar senyap2...
6) Tak sampai sebulan dah terpaksa beli (ada)- 2 helmet, 2 glove, 1 new visor, 1 rain-coat.
7) Soalan-soalan yang datang, masa motor aku tgh berhenti.. (cth: tgh isi minyak, tunggu parking...)
   "Mesti belas2 ribukan moto ni?"
   "Ini Vespa baru ke?... xpenah nampak pulak...."
   "Motor ni Automatik ke?"
   "Kat mana simpan tayar spare dia??"
   "Cantik motor... tapi nampak kosonglah.... buatlah line sikit.." 
8) Soalan dari Polis masa roadblock pulak....
   "Encik, tgk IC dgn Lesen.... motor model apa ni encik?"
9) Top speed lepas habis pulas throttle - 115km/j
10) Aku pernah seiring dengan Vespa Super150 merah (model 70') di lorong motor Federel Highway dari Shah Alam sampailah ke Hilton PJ... nak test power kononya (mestilah aku yg menang!!)

Aku dapat rasakan yang motor ini lagi friendly dari tuannya.... dan motor ni memang dapat menarik perhatian sesiapa yang 'ter'pandang....

Oscar El-Capito signing out!

Thursday, August 25, 2011

Menghitung Hari....

Sorang-sorang kawan batch isteri aku dah mula deliver baby mereka.... (seperti dijangka- 1st baby akan keluar 2 minggu awal dari tarikh due). Malam tadi adik staff aku - Ayu Manap, yang sepatutnya 3 hari awal dari due date Cik Puan Neena dah pun selamat deliver baby girlnya secara normal di PPUM.... Aku cuma dpt BBM dari Ida yang dia kene rush ke PPUM disebabkan Ayu punya air 'Ketuban Perahu' dah leaking.... tup-tup dah pun besalin...

Maka minggu depan cukuplah 2 minggu sebelum due date Cik Puan Neena... Aku pulak yang mula terasa STRESSnya... Mcm banyak lagi benda dan keperluan yang tak cukup utk sambut puteri aku.... Sampaikan nama pun aku belum dapat yang berkenan dihati. Kalau lah Cik Puan Neena akan bersalin minggu depan, bermakna bertambah lagi satu tugasan aku- selain dari supervise dekor Istana Negara utk Rumah Terbuka Aidilfitri, Raya itu sendiri, preparation utk baby dan kepada kehadiran baby itu nanti... Minggu yang cukup padat!!
Tapi aku berjanji, saat aku mula iqamat di telinga puteri ku... Aku akan menjadi seorg SuperDad yang tak pernah di duga oleh Cik Puan Neena.... Insyaallah... Dengan izin Allah...

"Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku, Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit, Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat, Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh. Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W"
Amin


 Oscar El-Capito signing out! 

Tuesday, August 16, 2011

19 hari dah masuk Klinik!!


Hari ni baru 19 hari aku gunakan WVesPa untuk travel dari rumah ke ofis... dah kene masuk Klinik... 1st Service selepas mencecah 1000km perjalanan, WVesPa aku perlukan minor service.... Aku pun malas nak tangguh2kan 1st Service, (try nak buat mcmnana aku treat Swift BenJaMin aku...) kerana mengikut kata Abg Mahmud the Salesman-1st service ni paling penting utk buang minyak hitam & reset balik motor ikut cara penggunaan kita, bukan setting dari kilang....

Pertama kali aku ke Service Center Naza Bikers, aku tak buat apa2 appointment pun.. Walk-in saja, dan aku terus dilayan dan motor aku terus di 'service'... Dalam 30 minit, aku dah dapat balik moto WVesPa aku semula.... Kos 1st Service pun cuma RM108...(terkejut juga aku sebenarnya.. sampai seratus juga yerk...) Tapi aku puashati dengan service kat sini... So aku bagi 4/5 bintang.

Vroom.. vrooommm... aku pun balik ke ofis....

Oscar El-Capito signing out!

Friday, July 29, 2011

Welcome WVesPa to the family...!!

"Assalamualaikum En Farid!! Motor En Farid dah ready ni... bila nak datang ambik?".... "Lah, Kenapa tak bagi tau awal-awal!! Petang ni jugak saya gi ambik!!"
Ini yang buataku pening nak pilih color ape... Hitam ke, Krim ke, Kuning ke... Lastly, cuba tgk warna apa yg paling menyerlah kat sana?? (also approved by Nina).
Dah tiga minggu sebenarnya aku tunggu panggilan ni.... Tiap minggu aku akan call Naza Bikers Kg Baru utk tau status motor aku tu... Pasti dorang akan bagi alasan, Kastam Port Kelang tak bagi lepaskan AP lagi.... Tapi lepas approve AP kene pula urus dgn JPJ...(Nasib baik derang yg uruskan). So, aku allow kanlah lebih kurang sebulan selepas konfirm aku mau ambik motor ni... Pendekkan cerita..... Tengahari tadi, panggilan yang di nanti-nanti dah aku terima.... So aku pun bergegas ke Naza Kg Baru petang tadi juga (sebab arini hari last bekerja sebelum mula bulan puasa!!)....Aku yang memang berharap utk mulakan travel ke opis di bulan Ramadhan dgn transport baru- akhirnya jadi kenyataan!!...Alhamdulilah...

Terlalu excited, sampaikan aku mintak Zul yg dengarkan explaination dr Abg Mahmod (Sale Advisor Naza)...

WVesPa 7370... nombor tikam...

WVesPa 7370, Welcome to the family....
Apa aku nak panggil gelaran apa pada motor ni.... klu Swift dah didapat nama BenJaMin disebabkan plat BJM aku... Yang ni, tau plak apa yang sesuai.. Tunggu ahli-ahli "Majlis Mesyuarah Kawalan Mutu" yang akan bersidang di opis utk menamakan motor aku ni... Harap dapat kerjasama mereka.. Hihiihihihi...

Oscar El-Capito signing out! 

Thursday, July 28, 2011

A heart with a scar....

Lelaki mempunyai 9 akal,tetapi hanya 1nafsu,manakala wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal.. betul ker?

sebaik-baik kejadian Allah adalah manusia yng mempunyai 4 unsur mutlak iaitu AKAL, NAFSU, ROH,dan JASAD yang menjadikan manusia itu mukallaf tetapi hakikatnya,manusia hanya mempunyai 1 akal, 1 nafsu, 1 roh, dan 1 jasad.cuma setiap unsur ini akan Tuhan berikan kelebihan masing-masing berdasarkan anugerah Tuhan sesuai dengan manusia itu. contohnya Akal,akal satu tetapi kebolehan akal dalam bentuk IQ ada 6 kategori atau peringkat.

(1) Genius atau Abqari kekuatan berfikir yang luar biasa.
(2) Cerdik dalam 10 adalah satu
(3) Cerdik Biasa ramai
(4) IQ Biasa ramai didunia
(5) Bodoh
(6) Dungu
 

jadi,apa yang didengari selama ini adalah hanya unsur-unsur untuk mendidik manusia semata-mata, mungkin penyampaiannya sahaja yang kita susah nak faham,Samada kaum lelaki atau wanita,kedua-duanya mempunyai akal dan nafsu yang sama.hanya yang membezakan manusia adalah peringkat-peringkat anugerah Tuhan sahaja.

ini bermakna kenyataan tersebut tidak tepat.Kalau ada riwayat pun ianya adalah bersifat mendidik, nak menggambarkan bahawa wanita itu sepatutnya lebih menjaga diri/maruah mereka dari kaum lelaki. Itu maksud tersiratnya.Dan lelaki pula diperintah menggunakan akal mereka yang dikatakan 7 itu untuk menimbang baik dan buruk perbuatan mereka.Wallahu'alam..(petikan perbincangan jumaat)

Maka, bermulalah ceritera  dugaan ujian yang Allah telah berikan pada aku, dari awal aku mengandung..Aku telah diuji 4 bulan pertama preggyku dengan simptom2 yang aku panggil...the whole day sickness...sepanjang 4 bulan.Aku redha dan berjaya menerima sakit perit tu.

Kemudian trisemester kedua kali ni aku tidak diuji dengan dugaan tapi diberikan rezeki lebih..dimana aku berjaya membuka kedai aku sendiri bubble tea..hasil usaha aku sendiri dan bantuan kewangan hehehe...babah selepas pujuk rayu muka manis...kat babah..akhirnya aku berjaya membuka kedai bubble tea aku..love u coolblog..

Kini masuk trisemeter ketiga, dugaan aku yang tengah sarat mengandung hanya menunggu lagi sebulan untuk bersalin, Allah telah menguji aku dengan dugaan yang kedua paling besar aku tempuhi, dengan emosi aku yang sangat terganggu dengan keadaan aku dan bentuk badan aku yang jauh telah berubah kini aku diduga pulak dengan 1 lagi ujian dalam adat perkawinan....aku cuba redha dan terima semua dugaan yang perit untuk aku terima,aku percaya yang luka hati aku akan pulih tapi calarnya tetap ada sampai bile-bile, Aku cuba menenangkan hati mohon agar anak dalam kandunganku sihat sepanjang penerimaan dugaan aku..aku mohon cuba untuk menerima kesalahan orang lain dan kesalahan diri aku sendiri dan redha dengan segala2nya seperti aku redha dengan dugaan yang paling dasyat aku terima tahun lepas. Apa yang aku cuba fikirkan, kuasa Allah sangatla besar dan ada hikmahnya..DIA memberikan aku rezeki yang aku boleh mengandung hasil kasih sayang aku dengan suamiku...dan skali lagi aku diberi rezeki lebih hasil dari perniagaanku..aku sangat bersyukur kerana semua masalah kewangan aku telah selesai tapi hikmah disebalik rezeki aku aku telah diuji plak dengan masalah dalam perkawinanku..pendekkan cerita...Allah bagi lebih rezeki die amik pulak  rezeki lain plak untuk menguji aku, dan aku boleh menerima dugaan ini..walaupun lukanya akan bercalar sampai bila2..tapi itulah lumrah hidup manusia..tiada  manusia yang sempurna sifat zahir dan batinnya...dan sekarang aku cuba memujuk hatiku..untuk menerima semua dugaan ini......dengan kedatangan ahli baru dalam hidupku bulan depan,

masih banyak tanggungjawap perlu aku laksanakan, dan aku mohon permudahkan segala urusan dan waktu bersalinku dengan selamat sekurang2nya sempat aku menjaga anak kandung aku sendiri nanti....Amin...

Thursday, July 21, 2011

She's growing so fast....


Hehe...now im in stage 4....its getting heavier....im 31 weeks for now..Baby dah mula berat disebabkan lapisan lemak pada baby sudah ada, dan mama die pun panas skali....kipas max blow tak membawa apa2 rasa.Tapi stage ni, baby pantang dengar lagu, apa lagu jer pasang kt headfon bagi baby dengar die punya gerak....tuhan jer yang tau..sakit tak sakit..but dont worry my dear im still  tough to face it...like you kicking n punching mamas tummy everyday..now 8/9 weeks to go....U go girl...!!!nananananaaaa.......

Monday, July 18, 2011

Big Boss in the house....

Big Boss & Medium Boss bersandar di dinding....

Selepas 3 bulan dibuka, malam tadi buat pertama kalinya bapa mertuaku, turun ke Shah Alam untuk melihat sendiri kiosk Coolblog anaknya.... Big Boss in the house, Yaw!!.... Tengok dari riak mukanya, agak berpuashati.... Sambil-sambil sempat juga dia mencuba Ice Blended Yam - yang kami sendiri pun belum pernah cuba.....

Petang ni dia pulang semula ke Labuan sebelum membawa pula semua family turun ke KL, Jumaat nanti..... Selamat berangkat dan selamat pulang Big Boss...

Oscar El-Capito signing out!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...