"Bang.... bulan depan kami nak pindah kat Wangsa Maju...."
"Oooo... yeke...., Boleh la bagi alamat nanti....", balas aku.
(Taken from: http://www.reenaonline.com)
Dua minggu lepas tu aku datang lagi..... Tengok2 kedai dah xde, dah roboh.... Halamak!! tak sempat ambik alamat.... Jahanam aku.
Keadaan sekarang di Cafe lama PAUTM.... dah pasang hoading dah pun |
Sape peminat tegar Ayam Kampung Goreng Berempah kat Rumah PAUTM, Jalan Maktab ni, pasti akan tercari-cari ke mana Cafe Alumni dah berpindah..... Yup, memang mereka pindah area Wangsa Maju. Tapi sepuluh kali aku ke Wangsa Maju pun belum tentu dapat cari lokasi kedai baru ni.... Puas berbulan - bulan aku cari alamat baru di google... tapi hampa belaka...
Akhirnya....... long story cut short la......
Kelmarin, aku telah berjaya jumpa kedai ini semula..... Berbulan-bulan lamanya aku merayau-rayau di Wangsa Maju tapi tak berjaya jumpa, sehinggalah misi pencarian beralih ke Sri Rampai pula. Akhirnya ketemu juga di sini. Aku masuk kedai yang tiada papan tanda dengan sikit ragu-ragu, tapi melihat pada buku menu yang tak berubah... Aku jadi yakin semula.
Menu signature ayam goreng berempah yang tetap sama dan sambalnya tetap SUPERBB seperti dulu. Kakak-kakak comel tu pun masih lagi ada di sini....
Menu signature ayam goreng berempah yang tetap sama dan sambalnya tetap SUPERBB seperti dulu. Kakak-kakak comel tu pun masih lagi ada di sini....
Abang ini pun masih ada lagi.... Bukan abang itu saja, malah meja-meja yang sama dulu (melainkan Meja Meeting tingkat atas dulu tu) pun juga ada di sini... Sepanjang aku di sini, kelibat abang-abang MINDEF pun masih kelihatan. Jauh perjalanan dari Jalan Padang Tembak semata nak merasa menu ayam goreng rempah ni.... Suasana sama macam di Jalan Maktab cuma dengan ambiance sikit berbeza.
Aku tak perasan ini menu baru atau menu lama..... tapi dh ade improvement menu di situ, dan Sotong goreng kunyit itu sedap!
Sesiapa yang ada nostalgia (seperti makan beramai-ramai di Meja Mesyuarat tingkat atas sambil terpaksa buka kasut...) dengan Cafe Alumni PAUTM ni.... Silalah ke Rampai Business Park South. Jarak paling dekat dari lokasi lama Cafe Alumni PAUTM Jalan Maktab (ikut Jalan Semarak-Jalan Batu-Jalan Ayer Keroh-Jalan Rejang---> Masuk celah2 flat bagai) cuma 3.6 kilometer dan paling senang ikut sajalah Jalan Jelatek-Jalan Setiawangsa-Jalan 34/26 menghala ke Taman Setapak Jaya....
Payah-payah Google Map sendiri alamat ni...
CAFE Alumni at SRI Rampai
No 9,Jalan Rampai Maju 1,
No 9,Jalan Rampai Maju 1,
Rampai Business Park South,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Siapa ke sana.... kirimkan salam aku pada sambal podeh yg superbbbs tu...
Adios Fondos...
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment