Monday, June 29, 2009

OSCAR ; Battle of NPL 3rd Leg

Seminggu selepas menang MPOC 4th leg, Oscar sekali lagi menyertai satu paintball tourney 'wajib' - My-NPL 09 3rd round di Padang Taman Gelora Kuantan, Pahang. Apa yang aku maksudkan dengan 'wajib' adalah sudah menjadi tradisi Oscar untuk menyertai tourney My-NPL dari awal wujudnya team ini. Pusingan ke-empat kali ni berlangsung serentak dengan Ekso Memperkasa Belia 2009 di venue yang sama. Inilah review tourney yang lepas-->



OSCAR; Battle of NPL 3rd Leg - 20-21 Jun
Oscar Tourney No : 22
OLX Roster: Farid Atras (el-Capito), Heza, Zikry, Zul Anas, Aznan, Faxso, Shameen

Sabtu 20 JUN 2009

Tempat : Padang Taman Gelora, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Masa : Div 2 (8:00am - 1:00pm)
Cuaca : Redup & Mendung.
Keadaan paddock Oscar : Redup & Lembab (sebelah sarang kerengga)
Keadaan padang : Lecah & becak

Jumlah perlawanan : 8 (menang 6, kalah 2)

Preliminaries Round (8 games)
1. OLX vs Sunshiro (0-1)
2. OLX vs ME Lemon Ruski (1-0)
3. OLX vs Sinar X FM (1-0)
4. OLX vs Warrior (0-1)
5. OLX vs Johor Pirate (1-0)
6. OLX vs Rainforest 7 Tigers (1-0)
7. OLX vs The Fraternity (1-0)
8. OLX vs Outrecs (1-0)

Ulasan Perlawanan: Start dari 1st game dalam preliminary round sampailah ke 3rd - 4th place game, aku memang xberapa puashati... padang yg teruk, marker down, bad call, player tent penuh kerengga, xdpt hold game,etc etc....

1st day prelim game, OLX terpaksa berhempas pulas utk dapatkan top ranking... obviously untuk mengelakkan dari berjumpa team-team handalan dalam knock-out round. Losing to Sunshiro give a big blow to OLX's strategy. Even manage to cover 50 in early 2 minute, OLX's 1-for-1 call had changed d whole situation.. Keluar padang dengan rasa tak puashati lebih-lebih lagi game seterusnya -OLX vs ME Lemon Ruski.

ISSC 09 semi-final tempoh hari dah membuktikan ME Lemon Ruski punyai strategi bertahan yang menyakitkan. Punyai pemain yang boleh dikatakan senior, strategi bertahan ini boleh counter strategi OLX yang sentiasa bergerak agresif ke depan mencari peluang. Hhhmm... OLX masuk ke padang dengan line-up biasanya dan kemudiannyaa MENANG!... kami keluar padang dan senyum.. Game-game selepas itu OLX dah mula serasi dengan posisi bunker-bunker - mula rasakan seperti main di padang Xtionpaintball...

Selepas 8 game, posisi No 3 dah memastikan OLX berjumpa CMX keesokkan harinya- team wajib jumpa setiap pusingan. Alhamdulilah, OLX masih punya reputasi baik dalam setiap perlawanan berjumpa CMX.

Ranking terakhir : No 3 / 12


Ahad 21 JUN 2009

Tempat : Padang Taman Gelora, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Masa : Div 2 (8:00am - 5:00pm)
Cuaca : Redup & Panas.
Keadaan paddock Oscar : Lembab.
Keadaan padang : masih lecah dan becak

Jumlah perlawanan : 8 (menang 3, kalah 4, seri 1)

Knock-out Round

Quaterfinal Elite 8

1. OLX vs CMX - (2-0)

Semi Final
4. OLX vs Nomercy - (0-2)

3rd & 4th Positon
5. OLX vs Warrior - (1-1-2)

Ranking terakhir : Tempat ke-4
Ulasan Perlawanan: Menang pada CMX dalam straight game bertukar kalah kepada Nomercy dalam straight game juga. Aku memang sentiasa kagum dengan strategi & pemain Nomercy, tak mudah untuk tewaskan mereka dengan hanya taktik bertahan. Oleh sebab itu, OLX bermain dengan strategi biasanya dengan harapan berjaya take-down 1-2 opponent dalam 1 minit pertama... malangnya semua tak menjadi. Warrior yang tewas pada Johor Pirate dalam game 1 on 1 terus menjadi lawan seterusnya.

Tetapi lawan kali ini taklah sesenang yang disangka, Menang dalam game pertama, seri pada game kedua, dan kalah pada game ketiga buatkan aku keletihan dan tidak dapat take part dalam 1-on-1 game... Bermula dengan 2 minit Nan yang tak ada keputusan, Jaja pula tewas kepada 2nd choice player yang juga dah kalahkan aku di NPL 2nd Round tempoh hari- Hafizil. Dilihat dari stategi, Hafizil memang berjaya perangkap Jaja untuk fight di area bunker yang dia lebih familiar... right-back bunker dan jaja tewas. Kali kedua OLX tewas pada Warrior dalam penentuan 1-on-1... pada player yg sama, dan strategi yang sama... mengecewakan.

Pertama kali OLX tak berjaya bergambar di atas podium, hanya medal 3rd runner-up saja yang boleh dibanggakan, yg lain??... teringat pula chat-chat dengan salah seorang marshall semasa 3rd game vs Warrior, "Menang skali, seri skali... klu kali ni seri korang menanglah.."



Oscar El-Capito signing out!




Photo source:- Desmond Foo Collection http://www.residentevilchef.com

Friday, June 19, 2009

OSCAR ; Battle of MPOC 4th Leg

Aku rasa, perlu jugak aku buat review untuk setiap perlawanan OLX di setiap tourney yg kami telah masuk... klu pun ia seperti menghebahkan strategi atau taktik OLX.... sedikit sebanyak ini bolehlah dikira sebagai dokumentasi tidak rasmi kepada setiap perlawanan yang OLX hadapi sepanjang sesebuah tourney... utk pertama kalinyer, aku akan review sedikit sebanyak perlawanan minggu lepas-->
OSCAR; Battle of MPOC 4th Leg - 13-14 Jun

Oscar Tourney No : 21
OLX Roster: Farid Atras (el-Capito), Heza, Zikry, Zul Anas, Aznan, Juan, Nashrina

Sabtu 13 JUN 2009

Tempat : Xtionpaintball Extreme Park.
Masa : Div 3 (8:00am - 4:00pm)
Cuaca : Panas, mendung, sedikit hujan pada selepas habis game.
Keadaan paddock Oscar : Lecah (kami saje yg lecah, paddock team lain agak kering).
Keadaan padang : Lecah di sebelah starting gate Away.

Jumlah perlawanan : 10 (menang 7, kalah 3)

Preliminaries Round (10 games)
1. OLX vs Zerofreak (1-0)
2. OLX vs Urban X (1-0)
3. OLX vs Dark Angels (1-0)
4. OLX vs PPS Syndrome (0-1)
5. OLX vs Rimber Crusher (1-0)
6. OLX vs Damnation (1-0)
7. OLX vs Eastsiderzz (1-0)
8. OLX vs Bellicose (1-0)
9. OLX vs Red Seven (0-1)
10. OLX vs Ghost Destructor (0-1)

Ulasan Perlawanan : Dalam prelim round kali ni, hampir kesemua team pernah bertembung dgn OLX dan kebanyakannya telah berpihak pada OLX... tetapi kalah pada PPS Syndrome buatkan OLX sedar 'a glich in covering enemy spot' akan mengubah situasi perlawanan- tak sampai 2 minit pun, PPS dah dapat cover 1/2 padang dan satu persatu pemain OLX terkeluar... PPS Syndrome menang. Tetapi menang dalam debut match dengan Team Rimba Crusher sedikit sebanyak menaikkan balik semangat pemain OLX....

Selepas dapat sikit 'boost morale' kalahkan Eastsiderzz, OLX terpaksa bermain dgn 4 markers sahaja bila bertemu Bellicose. Walaupun kelebihan nampak kepada Bellicose, tetapi OLX tetap tenang mengalahkan Bellicose. (antara perlawanan yang sentiasa akan buat aku kagum dgn strategi OLX....)

Sepanjang prelim, Team Red Seven jika dilihat dari prestasi mereka agak mengejutkan- fire power + positioning mereka kali ini cukup cantik... bila tragedi marker (Angel A1 leaking) yang sama berulang dlm perlawanan dgn Red Seven, mereka menggunakan semua peluang yang ada untuk menyapu bersih OLX dalam masa lebih kurang 3 minit. Rasanya jika ada kelima-lima marker pun, perlawanan kali ini tidak akan semudah yang OLX sangkakan--> Team Red Seven dance in thier rythm well that day...
Team Ghost Destructor, satu lagi team yang main dengan baik sepanjang 1st day ini. Selepas mereka dapat mengalahkan Bellicose, pasti perlawanan dengan OLX akan menjadi sengit. Strategi Ghost yang agak seimbang juga pasti akan buatkan perlawanan agak panjang. Tepatlah seperti yang dijangka, dengan hanya tinggal 1 pemain Ghost berjaya mengalahkan OLX. inilah kekalahan untuk kali kedua berturut-turut hari itu...

Ranking terakhir : No 3 / 12


Ahad 14 JUN 2009

Tempat : Xtionpaintball Extreme Park.
Masa : Div 3 (11:00am - 6:00pm)
Cuaca : Redup.
Keadaan paddock Oscar : Makin lecah (effect hujan smlm).
Keadaan padang : masih lecah di sebelah starting gate Away.

Jumlah perlawanan : 8 (menang 7, kalah 1)

2nd Round Group B (OLX, PPS Syndrome, Urban X, Red Seven)
1. OLX vs PPS Syndrome - (1-0)
2. OLX vs Red Seven - (1-0)
3. OLX vs Urban X - (1-0)

Semi Final
4. OLX vs Ghost Destructor - (2-1)

Final
5. OLX vs Red Seven - (2-0)

Ulasan Perlawanan : 2nd Round, OLX diletakkan dlm kumpulan 1 bersama Red Seven, PPS Syndrome & Urban X. 2 team dari group ni pernah mengalahkan OLX dalam prelim round semalam... tapi 'lighting wont struck twice' sebab kali ni OLX is the lighting that struck triple times.. hehehe. OLX berjaya tewaskan ketiga-tiga team dalam kumpulan 1 dan berjaya di ranking pertamanya.

Semi final menemukan semula OLX dengan Ghost Destructor. Perlawanan pertama dimenangi OLX tetapi di balas semula dengan kekalahan pada perlawanan kedua... Perlawanan ketiga seperti mengulangi tragedi marker semalam- cuma kali ini dari Ghost. Syukri Ali masuk ke padang tanpa marker & harness, tanpa mensia-siakan peluang OLX menewaskan Ghost utk ke Final kali keduanya.

Final juga seperti dejavu.... buat kali ketiga dlm tourney ini, OLX bertemu Red Seven. Tidak memandang rendah mereka kerana untuk sampai ke Final, mereka sudah buktikan yang mereka bukan lawan yang mudah. Lagi-lagi bila OLX sendiri pernah merasa fire-power mereka dlm prelim round semalam.

Alhamdulillah, strategi OLX menjadi untuk kedua-dua perlawanan tanpa perlu ada perlawanan ketiga. Pergerakan bunker-to-bunker OLX berjalan lancar... Marker pun tak beri sebarang masalah... Walaupun Juan terkeluar semasa breakout, OLX bermain dengan aggressif sekali....

Akhirnya OLX pergi ke podium teratas MPOC untuk kali keduanya...

Ranking terakhir : Juara




Oscar El-Capito signing out!




Photo source:- Desmond Foo Collection http://www.residentevilchef.com

Monday, June 15, 2009

Another winning streak....


a winning streak.... both!



14 JUNE 2009 - Yesterday, i can consider myself scoring a winning streak in my life, 2 things happen simultaneously….

First was my 3rd pre-anniversary month… and secondly, Oscar’s 2nd times Champ in MPOC 4th leg (Oscar’s 4th podium finish in MPOC). Both event will gonna effect my mood for the next few month… TQ to my lovely wife for all d understanding & patient she show to me… and to Oscar Comrade (including also my wife laaa), Nil Satis Nisi Optimum (Only The Best Is Good Enough)..

Next week will be another story in the making…. Are we (Oscar) gonna retain our NPL’s podium result….?? Last MPOC's leg had boosted our spirit. So let show them all what we are made of…!!

Shoot shoot shoot Kill kill kill Win win win!!!


Oscar El-Capito signing out!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...