Friday, June 19, 2009

OSCAR ; Battle of MPOC 4th Leg

Aku rasa, perlu jugak aku buat review untuk setiap perlawanan OLX di setiap tourney yg kami telah masuk... klu pun ia seperti menghebahkan strategi atau taktik OLX.... sedikit sebanyak ini bolehlah dikira sebagai dokumentasi tidak rasmi kepada setiap perlawanan yang OLX hadapi sepanjang sesebuah tourney... utk pertama kalinyer, aku akan review sedikit sebanyak perlawanan minggu lepas-->
OSCAR; Battle of MPOC 4th Leg - 13-14 Jun

Oscar Tourney No : 21
OLX Roster: Farid Atras (el-Capito), Heza, Zikry, Zul Anas, Aznan, Juan, Nashrina

Sabtu 13 JUN 2009

Tempat : Xtionpaintball Extreme Park.
Masa : Div 3 (8:00am - 4:00pm)
Cuaca : Panas, mendung, sedikit hujan pada selepas habis game.
Keadaan paddock Oscar : Lecah (kami saje yg lecah, paddock team lain agak kering).
Keadaan padang : Lecah di sebelah starting gate Away.

Jumlah perlawanan : 10 (menang 7, kalah 3)

Preliminaries Round (10 games)
1. OLX vs Zerofreak (1-0)
2. OLX vs Urban X (1-0)
3. OLX vs Dark Angels (1-0)
4. OLX vs PPS Syndrome (0-1)
5. OLX vs Rimber Crusher (1-0)
6. OLX vs Damnation (1-0)
7. OLX vs Eastsiderzz (1-0)
8. OLX vs Bellicose (1-0)
9. OLX vs Red Seven (0-1)
10. OLX vs Ghost Destructor (0-1)

Ulasan Perlawanan : Dalam prelim round kali ni, hampir kesemua team pernah bertembung dgn OLX dan kebanyakannya telah berpihak pada OLX... tetapi kalah pada PPS Syndrome buatkan OLX sedar 'a glich in covering enemy spot' akan mengubah situasi perlawanan- tak sampai 2 minit pun, PPS dah dapat cover 1/2 padang dan satu persatu pemain OLX terkeluar... PPS Syndrome menang. Tetapi menang dalam debut match dengan Team Rimba Crusher sedikit sebanyak menaikkan balik semangat pemain OLX....

Selepas dapat sikit 'boost morale' kalahkan Eastsiderzz, OLX terpaksa bermain dgn 4 markers sahaja bila bertemu Bellicose. Walaupun kelebihan nampak kepada Bellicose, tetapi OLX tetap tenang mengalahkan Bellicose. (antara perlawanan yang sentiasa akan buat aku kagum dgn strategi OLX....)

Sepanjang prelim, Team Red Seven jika dilihat dari prestasi mereka agak mengejutkan- fire power + positioning mereka kali ini cukup cantik... bila tragedi marker (Angel A1 leaking) yang sama berulang dlm perlawanan dgn Red Seven, mereka menggunakan semua peluang yang ada untuk menyapu bersih OLX dalam masa lebih kurang 3 minit. Rasanya jika ada kelima-lima marker pun, perlawanan kali ini tidak akan semudah yang OLX sangkakan--> Team Red Seven dance in thier rythm well that day...
Team Ghost Destructor, satu lagi team yang main dengan baik sepanjang 1st day ini. Selepas mereka dapat mengalahkan Bellicose, pasti perlawanan dengan OLX akan menjadi sengit. Strategi Ghost yang agak seimbang juga pasti akan buatkan perlawanan agak panjang. Tepatlah seperti yang dijangka, dengan hanya tinggal 1 pemain Ghost berjaya mengalahkan OLX. inilah kekalahan untuk kali kedua berturut-turut hari itu...

Ranking terakhir : No 3 / 12


Ahad 14 JUN 2009

Tempat : Xtionpaintball Extreme Park.
Masa : Div 3 (11:00am - 6:00pm)
Cuaca : Redup.
Keadaan paddock Oscar : Makin lecah (effect hujan smlm).
Keadaan padang : masih lecah di sebelah starting gate Away.

Jumlah perlawanan : 8 (menang 7, kalah 1)

2nd Round Group B (OLX, PPS Syndrome, Urban X, Red Seven)
1. OLX vs PPS Syndrome - (1-0)
2. OLX vs Red Seven - (1-0)
3. OLX vs Urban X - (1-0)

Semi Final
4. OLX vs Ghost Destructor - (2-1)

Final
5. OLX vs Red Seven - (2-0)

Ulasan Perlawanan : 2nd Round, OLX diletakkan dlm kumpulan 1 bersama Red Seven, PPS Syndrome & Urban X. 2 team dari group ni pernah mengalahkan OLX dalam prelim round semalam... tapi 'lighting wont struck twice' sebab kali ni OLX is the lighting that struck triple times.. hehehe. OLX berjaya tewaskan ketiga-tiga team dalam kumpulan 1 dan berjaya di ranking pertamanya.

Semi final menemukan semula OLX dengan Ghost Destructor. Perlawanan pertama dimenangi OLX tetapi di balas semula dengan kekalahan pada perlawanan kedua... Perlawanan ketiga seperti mengulangi tragedi marker semalam- cuma kali ini dari Ghost. Syukri Ali masuk ke padang tanpa marker & harness, tanpa mensia-siakan peluang OLX menewaskan Ghost utk ke Final kali keduanya.

Final juga seperti dejavu.... buat kali ketiga dlm tourney ini, OLX bertemu Red Seven. Tidak memandang rendah mereka kerana untuk sampai ke Final, mereka sudah buktikan yang mereka bukan lawan yang mudah. Lagi-lagi bila OLX sendiri pernah merasa fire-power mereka dlm prelim round semalam.

Alhamdulillah, strategi OLX menjadi untuk kedua-dua perlawanan tanpa perlu ada perlawanan ketiga. Pergerakan bunker-to-bunker OLX berjalan lancar... Marker pun tak beri sebarang masalah... Walaupun Juan terkeluar semasa breakout, OLX bermain dengan aggressif sekali....

Akhirnya OLX pergi ke podium teratas MPOC untuk kali keduanya...

Ranking terakhir : Juara




Oscar El-Capito signing out!




Photo source:- Desmond Foo Collection http://www.residentevilchef.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...