Friday, February 19, 2010

Persediaan HKK 2010....

Hari Kraf Kebangsaan 2010 ; 24hb Feb - 08hb Mar 2010
Kraf Kreatif & Inovatif

Hari Kraf Kebangsaan atau HKK adalah acara utama dalam kalender aktiviti promosi Kraftangan Malaysia... Semua bahagian dalam Kraftangan akan terlibat secara langsung dalam memastikan HKK akan berlangsung mengikut tarikh yg ditetapkan. Acara ini dah menjadi acara tahunan, dan tahap kesibukan persiapannya boleh dikatakan maha hebat....


Ini adalah HKK kali kedua yang aku terlibat (tahun lepas aku hanya sempat pada peringkat awal perancangan... lepas tu aku cuti kawin), dan kali nilah aku dapat rasakan tekanan paling hebat sepanjang aku join Kraftangan. Lebih2 lagi aku sudah kehilangan staf aku paling efisyen oleh kerana cuti bersalinnya jatuh sepanjang persediaan & semasa acara ini bermula.... di tambah pula dengan 4-5 projek yang datang dengan tiba2 sepanjang perancangan HKK tahun ni. Unit aku dah tak menang tangan, lebih2 lagi aku. (semua org boleh kata mereka sibuk utk elakkan dapat kerja berlebihan... hehe)

Unit aku seperti azalinya akan menguruskan hal2 pameran dan keceriaan semasa acara ini berlangsung.... apa yang bezakan HKK kali ini, pembahagian ruangnya agak banyak.

http://www.kraftangan.gov.my/hkk

Oscar El-Capito signing out! 




Wednesday, February 17, 2010

Champion League 2010 Knock-Out; AC Milan vs Manchester United 1st Leg

Result: AC Milan 2 - 3 Manchester United

Pertama kali aku bersungguh2 untuk stay-up sampai pukul 4 pagi utk tengok game bola.... Antara AC & MU... lebih kurang sperti dry-run sebelum aku WorldCup 2010 bulan Jun nanti... Nak tengok qualiti HD yang digembar gemburkan. Klu blue-Ray aku dah biasa.... kali ni LIVE di ASTRO SupersportHD.

Boleh kata aku suka 2-2 team.... So, yg mana menang sebenarnya tak jadi masalah.... cuma aku memang akan berat pada Milan sedikit... sebab team ni antara team yg aku kenal sejak dari darjah 2 lagi.. dan team favorite aku dalam FIFA PS3.

Teringat pulak Final 2005 antara AC Milan vs Liverpool yang buat aku terkedu bila 2nd half dengan tiba-tiba Liverpool dapat kejar 3 gol dan akhir sekali kalahkan Milan dalam penalty-shootout. Aku dah senyum lebar bila minit pertama MALDINI menanduk masuk bola, dan kemudian 2 gol dari CRESPO.... tup-tup 2nd half semua tak menjadi....


Samalah bila gol seawal minit ke-3 RONALDINHO, di balas dengan 3 gol mudah MU. Manalah tak buat aku kecut perut.... Permainan Milan teratur sepanjang 90minit... ada kemungkinan Milan boleh menang di Old Trafford 10 March nanti.

Tapi keseluruhannya aku puas hati. Gambar LIVE HD memang cantik... so aku rasa musim WorldCup kali ni akan buatkan punch card aku bertukar warna hijau atau merah kerana keasyikan melayan game live awal pagi...

p/s: Isteri aku yang suka tengok pemain bola belari kejar bola out, bila di kejut tgk game ni.... cuma mampu buka sebelah mata je.... hehehe pastu bila tau Milan kalah.... dia gelak je kat aku....

Oscar El-Capito signing out!



Sunday, February 14, 2010

Buffday Suami ku....


Seminggu sebelum hari ulangtahunnya, dah bepuluh2 kali ayat yang sama tentang LG Chocolate terngiang2 kt telingaku.permintaan di luar kemampuanku..aper pun,aku mmg dah blur sgt klu bab2 hadiah ni.aku hanya perlu diam dan dgr jer aper yg d mahukan suamiku sbb aper jer yg terlintas di fikirannya akan disuarakan sbgai permintaan hadiahnya..tapi aku tau..die hanya bergurau,bergurau dgn penuh harapan. Hari ulang tahunnya semakin dkt..aku tertarik dgr salah satu permintaannya yg ku anggap agak diluar kemampuanku jua.Tapi setelah ku kira semua perbelanjaan bulananku..aku masih mampu utk memberikannya hadiah pilihan keduanya.Aku kerap kali meminjam kereta dr suamiku, mksdnya samada aku hntr die ker LRT kelana jaya pagi2 buta atau die menumpang rakan sepejabatnya.Maka bermulalah operasi aku mencari hadiah utk suamiku, sekarang apa yg aku rancangkan adalah membawanya ke concert 1 suara Faizal Tahir dan Aizat dan Hadiah pilihannya. Lunch hour pada 8hb feb aku mengajak kak olin rakan sepejabatku sbg meneman menawar harga, tp tauke kedai ni lebih tertarik dgn aku rupanya..katanya 'waahh....u betul2 sayang u punya laki oo'....untung lloo...dia dpt u..'..aku nk gelak ker..aku nk ckp betul ker pun aku xtau..memandangkan adakala benda2 yg membuat aku terguris hati masih ada lg..aku pun xtau cner nk buang.klu boleh ganti hati ni dgn hati aku yg minggu lps..mayb aku xkn mcm ni..sentiasa berhati2 dn belajar berdikari lebih lg.Aper2 pun...aku sbgi isteri haruslah aku cuba tepis hasutan2 syaitan kt kepala aku ni..ssuuuhhh...sssuuuhhh.....Aku pun membayar kt tauke cina ni...kaya cina ni aku dan suamiku sll membeli brg2nya.Sekarang masa tuk pikir cner aku nk sembunyi hadiah ni,aku letak kt ofis dulu buat sehari ni,esoknya br aku akan blik ker rumah time lunch hour utk disembunyikan.Tapi pada hr yg sama aku membeli hadiah,selesai jemaah maghrib bersama suamiku,die mula membuka2 membelik2 semua area kt rumah ni..katanya die dah tau aku mesti dah beli hadiah..itulah suamiku..suka sgt menyakat..yelah saper lg nak menyakat aku,klu bujang dlu yelah..dh bersuami,suami jelah dookk.Keesokan hrnya aku pun meletakkan hadiah d bwh katil bilik tgh rumahku,tebaiklah..die xkan nmpk.So kul6 pm aku pun begerak ker KL nk amik buffdayboy ni kt ofis..tp mcm biasalah suami kebiziannya.aku pun begerak sorg2 ker pavillion sambil menunggu suamiku siap keje.aku beli kad buffday dan cerita Forest Gump..kt speedy..dah 1 jam 20 minit aku menunggu die..seperti yg tertera di mesin membayar kad parking berjumlah rm6,maka kami pun bergrklah ker hartamas square fav tmpt mkn kerang kami dah wantan mee...seddaappp sekkaawwiieee...1130pm kami mula bergerak pulang kerumah,tepat2 jam12..aku tgk suamiku dh terlentang dpn tv dgn mata kemerahan kepenatan..kesian aku tgk die tiap kali pulang ker rumah.jadi aku pun keluarkanlah hadiah BANDHERO PS3 nya,aku pun xtau die suka ker tk dr air mukanya..xmenunjukkan happy sgt..mayb sbb ini pilihan keduanya kot.xperlah aku masih ada 1 hadiah lg hr jumaat ni.Aper lg,kami pun teruslah menunjukkan bakat bermain drum,guitar,dan karaoke.sampailah jam2..



10hb Feb 2010,hr rabu - Aku hanya beli j.co mini dah nyalakan lilin jer atas donut2 mini tu.pastu amik gmbr dan bg kad ucapan dr aku.Aku bab2 mengarang ni susah sikit..ayat xbyk bunga mcm suamiku..aku suka straight forwrd jer..belasah jerlah.Tapi setelah die baca kad tu aku dpt ciuman manja dr suamiku..wah..ayat aku power ker..hehe..



12hb Feb 2010,hr jumaat.- setiap kali kami pergi karoke, suamiku akn menyanyikan lagu faizal tahir..jd aku pun membelikan tiket concert 1 suara,seat aku beli kira seat dr pilihan terbaik.aku cukup berpuas hati..kebetulan pulak..malam ni..malam Gala penuh concert..turut datang menonton Tun Dr.Mahadir Mohammad dan isteri..wahhh...xsangka..tgk concert ni beb ngn Tun..DASYHAATTTT....hampir 3 jam setengah kami terpaku dengan persembahan bertenaga dr aizat dan faizal tahir..xbrkelip mata aku dibuatnya. Semua penontot berpuas hati,mana taknyer aku bg rating 11/10 la..jam 1230am kami pun berganjaklah pulang kerumah,cuba memenuhi masa 4 hr cuti bersama diiringi dgn masa2 suamiku bekerja..



Apa2pun terjadi selamat ulang tahun sayang....dr isteri yg cute ni...neena..muaahhh..

Saturday, February 13, 2010

Konsert Satu (Tiga) Suara ; Aizat & Faizal Tahir + Siti Nurhaliza


Klu tak kerana Faizal Tahir, mungkin aku pikir dua kali utk ikut isteriku tgk konsert ni di Istana Budaya.... lebih2 lagi dalam kesibukan 24jam Hari Kraf Kebangsaan aku ni. Isteriku kata, ini adalah sebahagian dari series hadiah harijadiku... so, aku terima jelah. Nak kata aku tak suka pergi tgk konsert, tak jugak. Tapi alhamdulillah, konsert taklah mem'boring'kan kecuali part Siti.

Konsert 3 hari ni start agak lewat dari jadual... lebih kurang 9:15 (45minit lewat).... selepas ucapan alu2an dari VIP Yayasan AEON... Konsert dimulakan dengan persembahan Aizat selama 1 jam... dan kemudian Faizal Tahir juga sejam.... last skali Siti, dan medley dari tiga-tiga artis selama sejam....

Oscar El-Capito signing out!



Wednesday, February 10, 2010

Hari ni hari Aku & Sooyoung!!!

10 Feb 2010...
8:15pm.

Hari Aku dan Sooyoung... hahahahaha..


kami kongsi tarikh besdey yg sama... hehe.. tapi itu selingan saja.....

inilah tahun pertama selepas 29 tahun lepas aku dilahirkan... aku dapat rasakan beratnya tanggungjawab yang aku kene tanggung... dapat rasakan makin besarnya makna jadi manusia bergelar suami..... hidup semakin hilang rasa timbang rasanya.... tapi alhamdulillah. Isterilah tempat aku segarkan semula hari2 ku.... syukur aku masih diberi peluang lagi utk terus hidup saban tahun.... Ya Allah, Sejahterakanlah keluargaku..., murahkanlah rezeki ku.... amin.


*Photo source: Personal collection & http://snsdkorean.wordpress.com/sekian.

Oscar El-Capito signing out!




Sunday, February 7, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...