Friday, February 19, 2010

Persediaan HKK 2010....

Hari Kraf Kebangsaan 2010 ; 24hb Feb - 08hb Mar 2010
Kraf Kreatif & Inovatif

Hari Kraf Kebangsaan atau HKK adalah acara utama dalam kalender aktiviti promosi Kraftangan Malaysia... Semua bahagian dalam Kraftangan akan terlibat secara langsung dalam memastikan HKK akan berlangsung mengikut tarikh yg ditetapkan. Acara ini dah menjadi acara tahunan, dan tahap kesibukan persiapannya boleh dikatakan maha hebat....


Ini adalah HKK kali kedua yang aku terlibat (tahun lepas aku hanya sempat pada peringkat awal perancangan... lepas tu aku cuti kawin), dan kali nilah aku dapat rasakan tekanan paling hebat sepanjang aku join Kraftangan. Lebih2 lagi aku sudah kehilangan staf aku paling efisyen oleh kerana cuti bersalinnya jatuh sepanjang persediaan & semasa acara ini bermula.... di tambah pula dengan 4-5 projek yang datang dengan tiba2 sepanjang perancangan HKK tahun ni. Unit aku dah tak menang tangan, lebih2 lagi aku. (semua org boleh kata mereka sibuk utk elakkan dapat kerja berlebihan... hehe)

Unit aku seperti azalinya akan menguruskan hal2 pameran dan keceriaan semasa acara ini berlangsung.... apa yang bezakan HKK kali ini, pembahagian ruangnya agak banyak.

http://www.kraftangan.gov.my/hkk

Oscar El-Capito signing out! 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...