Wednesday, August 19, 2009

Tersepit.....

Sudah seminggu aku di kuarantin di rumah....bosan yg teramat,sepanjang cutiku..aku perlu berpeluh pada belah petang sbb suhu badanku akan naik mendadak jadi aku perlu berpeluh supaya kurangkan lagi demamku. Aku tak layankan sangat demam ni, aku buat kerja rumah seperti biasa..vaccum rumah,masak mkn mlm..cuma masa tidur ku terlalu panjang..mana taknyer lepas jer mkn ubat terlelap..kuatnyer ubat mengantok dalam ubat batok.Hari Jumaat demamku semakin surut..mcm mana pun aku perlu sihat sabtu dan ahad...meneruskan perjuangan...mungkinkah perjuangan kali ini yg terakhir bagi ku tahun ini atau tahun depan.

Tapi sepanjang cutiku...setiap hari aku memikirkan benda yang sama..berulang2..walaupun mukaku yg comel ni xmenunjukkan apa2 kesan..tapi hakikatnya..akula org paling tersepit dengan keadaan..Perjuangan paintball yng aku perlu teruskan sehingga hujung nyawaku..mungkinkah apa yg dirancang akan berjaya..bagaimana dengan aku...aku masih perlukan team..mungkinkah ada pertelingkahan lepas ni?bagaimana dengan aku..suamiku beri pilihan...tapi pilihan tidak menunjukkn apa2 nisbah untuk kedua2 jawapan...aduh...tersepit...tunggu saja la.keputusan kapten..baru ada langkah seterusnya...

Saturday, August 8, 2009

Aku yang terkandas di KK..

Sekarang 9:00 malam waktu Sabah.

Aku di airport ni dari pukul 11:00 pagi lagi... tak sabar-sabar menunggu flight 10:40 mlm ku sedangkan yang sepatutnya 12:15 tghari tadi aku dah pun terbang ke KL untuk terus ke pangkuan isteriku yang pastinya kerinduan...

Bergegas ke airport pada awalnyer tertipu dengan timing flight (ku sangkakan 12:50 rupanyer 12:15)... rupa2nya airport lebih awal lagi menipu aku. Sampai-sampai saja di kaunter, ada org menyapa ku; "kamu ke KL ka? flight delay, malam mungkin baru kamu balik..."

Aku fikirkan dia berlawak, bila di lihat screen plasma, tulisan DELAY merah berkelip-kelip di semua flight dari Taiwan & Seoul... alamak! ETD 22:40.. aduh!!


Apa pilihan yang aku ada?
1) Tunggu saja flight 10:40 malam sambil termangu2 di kerusi panjang.
2) Berebut seat untuk next flight ke KL dengan ratusan org lain yang juga bernasib malang.
3) Tinggalkan saja airport ini menuju ke bandar, pukul 8 malam barulah check-in semula.

Semangat mahu pulang buatkan aku yakin dengan pilihan aku, aku kunci pilihan aku!!- No 2. Aku pun bergegas ke kaunter untuk pastikan nama ku & Mahadir diletakkan dalam waiting list yang ada. Nampak seperti nama ku pasti akan berada jauh ke bawah... tapi apa salah mencuba. Lebih-lebih lagi delegasi boss2 aku dah berjaya check-in untuk flight 3:30 ptg (boss2 ini juga sepatutnya balik 12:15 tghari tadi). Ternampak juga Irma Hasmie juga beratur untuk mendaftarkan namanya.. Irma Hasmie?!! mungkin kami akan naik flight yg sama... hahahaha.. (abislah ko nabil).

Voucher lunch yg diberikan, aku gunakan di McD... sampai tertidur2 dibuatnya menunggu pukul 3:30 ni. Manatau nama ku di panggil... Masih ada 5 flight ke KL sebelum flight ku pukul 10:40 nanti. MH2709-3:30 ptg, MH2609-4:10 ptg, MH065-4:15 ptg, MH2617-5:30 ptg & MH2631-7:30 mlm. Pasti ada satu yang sangkut untuk aku pulang lebih awal....

Tunggu punya tunggu..
MH2709 - namaku tak dipanggil
MH2609 - flight penuh
MH065 - flight penuh juga

hahaha... aku sebenarnya dah letakkan Irma sebagai penanda... selagi dia tak dipanggil maknanya nama aku pun masih jauh lagi. Nampak dia kusyuk bermain PSP dari tadi lagi.... mundar-mandir dia. mana tau namanya akan dipanggil...

MH2617 - nama Irma dipanggil... (alamak, melepas aku!) dan nama 2 org lagi...

Hanya tinggal MH2631 lagi... Aku pun menyuruh Mahadir recce kaunter kalau-kalau ada spot untuk kami berdua. Hati masih berbunga-bunga untuk balik lebih awal dari masa yang sepatutnya.

MH2631 - "Farid.. Faridzul.. En Faridzulatras", aku terus bergegas ke kaunter... yahooo!!. akhirnya.!! "En Faridzul ke?, kami masih ada 1 seat kosong lagi", kata pegawai kaunter tu. "1 saja?, saya datang dengan sorang lagi... kalau 1 saja saya ambik flight yang asal lah.." kata ku dengan sedikit kecewa. "Kalau encik mau flight asal... sekarang dah boleh check-in, ok seterusnya.... En MahadirMansor", kata pegawai kaunter tu.

"Mahadir, ada 1 seat saja lah... alang-alang ko mintak lah skali voucher dinner kita" kata ku pada Mahadir yang berlari bila namanya dipanggil.

Sedar atau tidak, pilihan pertama tadi sudah menjadi package dalam pilihan kedua yang aku telah pilih... rupanyer aku dah kunci dua-dua pilihan. cit!!

Lalu aku pun check-in dan terus menuju ke Restaurant Asian Delight untuk menuntut makan malam ku... nasi ayam hainan menjadi hidangan terakhir aku sebelum berangkat masuk ke dalam departure hall... Alahai outstation kali ni....!! LETIH aku!

Oscar El-Capito signing out!

OSCAR ; Battle of NPL 4rd Leg

Sejak Oscar mula-mula involve dalam tourney speedball sampailah ke tourney ke 23 ni, inilah kali pertama aku tak dapat langsung beraksi. Kalau dulu hanya 2-3 game yang aku kene skip, tapi kali ni sepanjang prelim round aku terpaksa lupakan. Berita Oscar tak layak pergi 2nd round buatkan aku malas untuk ke Melaka, tapi isteri ku dan Hastatinya layak untuk ke 2nd round... lalau aku pun mulakan perjalanan dari tempat kursus ku di Genting terus ke Melaka... pukul 5 pagi aku tiba di Melaka. Jadi teori aku selama ini nampaknya terbukti betul.... ulasan kali ini lebih pada collective report dari teammate Oscar dan sedikit pemerhatian sepanjang berada di players paddock menunggu Hastati beraksi. Inilah sedikit review tourney 4rd leg yang lepas-->



OSCAR; Battle of NPL 4rd Leg - 1-2 Ogos
Oscar Tourney No : 23
OLX Roster: Heza, Zul Anas, Aznan, Kheyrol & Azahari (KL Lockdown)

Sabtu 1 OGOS 2009

Tempat : Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Banda Hilir, Bandaraya Melaka.
Masa : Div 2 (8:00am - 1:00pm)
Cuaca : Hujan lebat & mendung.
Keadaan paddock Oscar : Redup & selesa (NPL's best player paddock)
Keadaan padang : Astroturf - Lecah & becak (selepas hujan lebat)

OLX tidak layak untuk ke Quater Final...... Choi!

Ahad 2 OGOS 2009

OLX sudah pun pulang ke KL!!!

Oscar El-Capito signing out!

Friday, August 7, 2009

Kesian ISTERI ku....

Aku pun tersentap jugak bila selain dari isteri ku slalu berkata2... Kak Tia (akak international unit tekstil) pun bertanya "tak tensen ke nina kene asyik kene tinggal sorang2 jer??".... ape aku nak carik alasan utk jawap soklan kak tia nih....

"saya pun xbleh nak kata pe kak tia... rancang hujung minggu pun, tup tup! ada gak event nak kene cover sampai weekend...." --> jawapan paling seswei aku beri sampai anggukkan kak tia menyatakan kesetujuannya.... tapi klu soalan ini datang dari isteri aku sendiri... aku akan diam jer... tak dapat aku bagi jawapan yang konkrit... menjawab seakan memberi alasan untuk mengiakan bende yang aku sendiri tak suka...

Aku pun xberani janji apa aku boleh buat setiap minggu dengan isteri ku bila bende2 macam ni memang dah jadi budaya ofis aku... aku seperti span yang akan menyerap semua kekelangkabutan program orang lain... kebanyakan program jika dirancang dari awal, penglibatan aku boleh dikurangkan... tapi dah jadi keje unit aku yang sentiasa berkeje tidak mengikut kerja hakikinya... so aku turutkanlah... apa akan jadi klu isteri ku sendiri se-opis dengan ku??...

Kepada isteri ku... teruslh percaya benda2 ni xkan buat hidup kita makin susah... learn to live wit it, and i will try my best to satisfy our time together...

Alwayz love you where ever i be...

Oscar El-Capito signing out!




Tuesday, August 4, 2009

Suamiku outstation....


Sepeninggalan suami ku ker outstation... seperti sudah lali bagi ku untuk keseorangan d rumah... macam biasa rutin hujung minggu kemas rumah sorg2.. basuh baju...nasib ada c kuning kecik time nak vacum umah jer die ikot...d kaki2ku... comel. Dah selesai sumer keje rumah aku ker karaoke ngn kak diana ngn zali melalak namanya bukan menyanyi tapi time tgh2 karoake mammy call katanya daddy sakit darah tinggi..kitorg pun siap2 sumer terus aku bawak zali temankan aku g umah mamy..sampai kat umh mamy daddy dah ok dah..rupernyer darah tinggi daddy naik mendadak mane taknyer..makan kambing.... daddy... daddy....



Kire2 sejam kat umah daddy...kitorg pun balik rumah.aku xder mood nk blik awal bosan giler sorg2..so aku g colour rambut..kat blok belakang umah sakura studio... kaler rambut dark bronze.... harga rm149..





Selang 2 hari suamiku tinggalkan aku lg ker kursus kat genting, kali ni aku beli contact lense plk colour brown..hehe..aku dah jadi nina lain dah...


Selang 2 hari lagi suamiku akan tinggalkan aku lagi ker sabah...promosi kraf..kat One Borneo. Kali ni aku xtau nk ubah aper lagi, sekarang tinggal tunggu zali kurus sikit kitorg boleh hantar gmbr kat maner2 agensi iklan..cuba nasib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...