Saturday, August 8, 2009

Aku yang terkandas di KK..

Sekarang 9:00 malam waktu Sabah.

Aku di airport ni dari pukul 11:00 pagi lagi... tak sabar-sabar menunggu flight 10:40 mlm ku sedangkan yang sepatutnya 12:15 tghari tadi aku dah pun terbang ke KL untuk terus ke pangkuan isteriku yang pastinya kerinduan...

Bergegas ke airport pada awalnyer tertipu dengan timing flight (ku sangkakan 12:50 rupanyer 12:15)... rupa2nya airport lebih awal lagi menipu aku. Sampai-sampai saja di kaunter, ada org menyapa ku; "kamu ke KL ka? flight delay, malam mungkin baru kamu balik..."

Aku fikirkan dia berlawak, bila di lihat screen plasma, tulisan DELAY merah berkelip-kelip di semua flight dari Taiwan & Seoul... alamak! ETD 22:40.. aduh!!


Apa pilihan yang aku ada?
1) Tunggu saja flight 10:40 malam sambil termangu2 di kerusi panjang.
2) Berebut seat untuk next flight ke KL dengan ratusan org lain yang juga bernasib malang.
3) Tinggalkan saja airport ini menuju ke bandar, pukul 8 malam barulah check-in semula.

Semangat mahu pulang buatkan aku yakin dengan pilihan aku, aku kunci pilihan aku!!- No 2. Aku pun bergegas ke kaunter untuk pastikan nama ku & Mahadir diletakkan dalam waiting list yang ada. Nampak seperti nama ku pasti akan berada jauh ke bawah... tapi apa salah mencuba. Lebih-lebih lagi delegasi boss2 aku dah berjaya check-in untuk flight 3:30 ptg (boss2 ini juga sepatutnya balik 12:15 tghari tadi). Ternampak juga Irma Hasmie juga beratur untuk mendaftarkan namanya.. Irma Hasmie?!! mungkin kami akan naik flight yg sama... hahahaha.. (abislah ko nabil).

Voucher lunch yg diberikan, aku gunakan di McD... sampai tertidur2 dibuatnya menunggu pukul 3:30 ni. Manatau nama ku di panggil... Masih ada 5 flight ke KL sebelum flight ku pukul 10:40 nanti. MH2709-3:30 ptg, MH2609-4:10 ptg, MH065-4:15 ptg, MH2617-5:30 ptg & MH2631-7:30 mlm. Pasti ada satu yang sangkut untuk aku pulang lebih awal....

Tunggu punya tunggu..
MH2709 - namaku tak dipanggil
MH2609 - flight penuh
MH065 - flight penuh juga

hahaha... aku sebenarnya dah letakkan Irma sebagai penanda... selagi dia tak dipanggil maknanya nama aku pun masih jauh lagi. Nampak dia kusyuk bermain PSP dari tadi lagi.... mundar-mandir dia. mana tau namanya akan dipanggil...

MH2617 - nama Irma dipanggil... (alamak, melepas aku!) dan nama 2 org lagi...

Hanya tinggal MH2631 lagi... Aku pun menyuruh Mahadir recce kaunter kalau-kalau ada spot untuk kami berdua. Hati masih berbunga-bunga untuk balik lebih awal dari masa yang sepatutnya.

MH2631 - "Farid.. Faridzul.. En Faridzulatras", aku terus bergegas ke kaunter... yahooo!!. akhirnya.!! "En Faridzul ke?, kami masih ada 1 seat kosong lagi", kata pegawai kaunter tu. "1 saja?, saya datang dengan sorang lagi... kalau 1 saja saya ambik flight yang asal lah.." kata ku dengan sedikit kecewa. "Kalau encik mau flight asal... sekarang dah boleh check-in, ok seterusnya.... En MahadirMansor", kata pegawai kaunter tu.

"Mahadir, ada 1 seat saja lah... alang-alang ko mintak lah skali voucher dinner kita" kata ku pada Mahadir yang berlari bila namanya dipanggil.

Sedar atau tidak, pilihan pertama tadi sudah menjadi package dalam pilihan kedua yang aku telah pilih... rupanyer aku dah kunci dua-dua pilihan. cit!!

Lalu aku pun check-in dan terus menuju ke Restaurant Asian Delight untuk menuntut makan malam ku... nasi ayam hainan menjadi hidangan terakhir aku sebelum berangkat masuk ke dalam departure hall... Alahai outstation kali ni....!! LETIH aku!

Oscar El-Capito signing out!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...