Siapa kata 'Kita' tak layak di Piala Dunia 2014???.... Apa keratan akhbar Berita Harian 30 Julai 1999 di bawah ini sekadar cerita kosong??.... Tidak sama sekali!!.
Berbanggalah bila malam tadi terbukti bahawasanya Jalur Gemilang sudah pun berkibar di bumi Brazil, lebih-lebih lagi di Estadio do Maracana Rio De Janeiro....
Dalam perlawanan suku akhir antara Germany vs France yang berkesudahan Germany 1- 0 France..... Kelibat Jalur Gemilang dah pun kelihatan. Mata yang layu melihatkan tumpulnya serangan France, menjadi segar mencari kalau-kalau kamera dapat memfokus pada Jalur Gemilang dan si pengibarnya yang berani...
Terima kasih kepada Ramzulhakim (bukan pada FAM yang sepatutnya tunaikan janji) kerana membawa Jalur Gemilang bersama.... Walaupun Harimau Malaya masih jauh untuk sampai ke Piala Dunia. Janji untuk merasakan kehadiran Malaysia di Piala Dunia 2014 dah pun tercapai.... Tumpang bangga..??!
Aku mau vote Ramzulhakim jadi Presiden FAM!
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment