Tuesday, April 23, 2013

Iron Man 3- Sehari dua sebelum.....

Sebenarnya, posting ini adalah dua hari sebelum filem Iron Man 3 keluar di wayang-wayang seluruh Malaysia.... Semalam aku baru balik dari Designer Meeting di Langkawi.... Walaupun kat Langkawi, otak tepikir pasal Iron Man 3 hujung minggu ni.....

Aku dan Cik Puan Neena dah berkobar-kobar nak beli tiket IMAX 3D (walaupun aku yang terlebih kobar dari Neena). Cuma tinggal seorang lagi Hantu Anthony Stark belum konfirm - adik aku Syuhada - sama ada dia mahu join sekali atau tak...

Iron Man 3 dah termasuk dalam Filem Wajib IMAX aku, so diharap tiket tak sold-out bila time nak beli nanti....

Apa yang aku nak pakai masa tengok Iron Man 3 nanti??... Yes!!! Jacket Iron Man aku... Hahaha..... Disebabkan penangan filem Iron Man 2 dulu, aku siap tempah khas satu Jacket Iron Man di Underground Market Shanghai Science and Technology Museum semasa backpacking di Shanghai tahun 2010. Bila sampai di Malaysia, aku cuma sempat pakai jacket ini sekali dua saja. Itu pun masa tengok movie dengan Cik Puan Neena... Selain dari itu, jacket ni cuma tergantung di dalam almari.
Dah siap jahit pun, owner kedai masih nak snap gamabr jacket ni.... pelik katanya...
Mesti peminat hardcore Iron Man pun tak tau bila masa jacket ini dipakai oleh Tony Stark dalam mana-mana filem Iron Man.... kan? Yup! Actually jacket tak ada dalam mana-mana filem Iron Man, ini adalah replica dari Belstaff Iron Man Jacket yang dipakai oleh Robert Downey Jr. semasa Spike Guy’s Choice Awards 2010. Disebabkan aku memang tak mampu untuk dapatkan jacket original yang berharga 4-5 ribu ringgit... jadi yang aku ada ini cuma replica sahaja...

Aku pun tak tahu sama ada jacket ini masih ok atau dah rosak dalam almari tu... Dah jarang sangat aku keluar tengok wayang..... Dan jarang sangat jaket ini beraksi....  Esok lusa barulah tau nasib jacket ni. Atau aku guna je alternative lain.... Haha... 

Atras Stark will be back.... front and center!


Papa Atras Stark a.k.a Oscar El-Capito signing out




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...