Wednesday, April 24, 2013

Iron Man 3- Sehari sebelum.....

Haha ha... Countdown sehari sebelum filem Iron Man 3 masuk Malaysia.... Hampir semua benda nak aku 'Tony Stark'kan. Semangat sungguh sebelum tengok Iron Man 3 ni...... 

Ingat tak scene dari Iron Man 2---> Tony Stark sedang minum air 'sprulina' dari bekas air space-age yang nampak supercool tu?

Sebenarnya aku pun tak tau air apa.... tapi Tony Stark perlu minum 80 ounce sehari untuk melawan toxic di dalam darahnya kesan dari palladium core dalam arc reactor di dadanya. Ini adalah scene sebelum Tony membuka arch reactornya untuk menggantikan core palladium nya yang dah kering....

Sebenarnya aku pun perlukan air yang sama... oleh itu aku pun perlu juga bekas air yang sama dengan Tony Stark.... dan aku dah pun jumpa... Hahaha



~ ~  KOR DELTA 500ml  ~ ~

Yup.... Aku dah jumpa brand botol air supercool yang sama Tony Stark gunakan dalam filem Iron Man 2 nya - dan ianya di jual di Malaysia!!. Aku berjaya dapatkan warna yang sama - Ice Blue seperti yang Stark gunakan... Cuma yang berbeza, hanyalah model keluarannya.

Brand botol air ini adalah- KOR Water dari US. Company yang specialist dalam mengeluarkan designer-style water vessel. Bezanya dengan apa yang aku dapat di Malaysia hanyalah model KOR DELTA 750ml & 500ml. Malangnya model yang di Tony Stark gunakan - KOR ONE 750ml tak ada dalam pasaran di Malaysia. Oleh sebab itu model DELTA adalah yang paling hampir dan perbezaannya dengan ONE cuma kepada design bottle cap yang sedikit berbeza.

Kesemua produk KOR dibuat dari bahan Bebas BPA (macam botol susu bayi sekarang).

Selepas hampir 6 bulan aku gunakan botol air ini, memang aku berpuas hati lah...(Dah sampai Tony Stark & David Beckham pun guna botol yang sama- apa lagi nak kan?).... Tahan lasak, senang dicuci, dan keadaannya sentiasa sama seperti aku mula beli dulu.

Setiap kali aku bawa ke opis, aku akan pastikan yang ia kan pulang kosong. Plastik transparent biru buatkan aku nampak berapa banyak lagi air yang perlu dihabiskan. Walaupun 500ml tidak cukup untuk badan kita sehari, tapi dah memadai (kot!)...

Tips Pengambilan Air Seharian: Lelaki Dewasa perlukan 3 Liter (13 gelas) sehari dan Wanita Dewasa perlukan 2.2 Liter (9 gelas) sehari... Petua '8 gelas sehari' hanya mengandungi 1.9 Liter - iaitu jumlah paling minimum pengambilan air sehari.

Walaupun harganya sedikit mahal dari botol-botol air polycarbonate plastik biasa, bagi aku ianya berbaloi. Selain memilikinya sekadar memenuhi lifestyle ala-ala Tony Stark (kononnya!), dapatlah juga aku membantu dalam menjaga alam sekitar--->Botol air yang supercool takkan cepat berakhir di dalam tong sampah... Kan??


Thank You Tony Stark!!!
Next time, maybe i'll buy Audi R8


Papa Atras Stark a.k.a Oscar El-Capito signing out



2 comments:

  1. awak beli kat mana?
    nnt balas kat mathwaputeh@gmail.com

    ReplyDelete
  2. may i know from where you bought this? thank you :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...