Wednesday, April 3, 2013

Makan angin pusing-pusing KL, naik Jet....!!!

Sedang aku berbincang di Craft Business Center, terdengar bunyi deruman enjin jet terbang terbang rendah di atas bumbung opis.... bunyi yang aku cukup familiar, semasa berada di LIMA 2013, Langkawi 6 hari yang lepas.

Aku tahu tak ada apa-apa sambutan di Dataran Merdeka untuk jet-jet ini datang buat sebarang reheasel.... Bunyi jet yang sentiasa kuat, seperti sedang berpusing-pusing mengelilingi opis aku... buatkan aku menjenguk ke luar tingkap.... Dan di sana aku nampak dari celah-celah Bangunan Yayasan Tun RazakPavilion- 2 buah jet dalam formation

Sekali imbas dari bentuk sayap Delta, Canard-wing, dan Single Tail-Finnya, agak sukar untuk membezakan antara Dassault Rafale ataupun Eurofighter Typhoon yang sedang mengelilingi Kuala Lumpur. Andaian aku memang hanya pada dua jet ini saja kerana mereka sedang dalam proses untuk melobi kerajaan Malaysia untuk dapatkan kontrak MRCA.

Kedua-dua jet ini telah pun berada di Pameran LIMA di Langkawi seminggu yang lepas....

Selepas lebih kurang 30 minit dan 5 kali pusingan mengelilingi KL..... 2 jet ini hilang dari pandangan....

Tengahari itu juga, persoalan aku terjawab. Jet Dassault Rafale yang sebenarnya terbang mengelilingi KL (sebenarnya area KLCC) pagi semalam selepas aku terbaca artikel dari Malaysiareview.com... Nampak sudah extra effort dari firma Dassault untuk dapatkan kontrak Next Generation Fighter MRCA negara... Dari website sehinggalah ke booth di LIMA.... Dassault Rafale berikan yang terbaik dari mereka....

      
~  ~  ~  ~  ~

Website rasmi Rafale Malaysia | A Fighter for Malaysia..... bersungguh-sungguh betul.....

"May the best win!"
Oscar El-Capito signing out!  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...