Sunday, April 28, 2013

Iron Man 3- Sejam dua selepas.... Komen boleh?

Yup.... ini sejam selepas tengok Iron Man 3 IMAX 3D kat TGV OneUtama....

Aku masih lagi berdiri kat sini.... berposing bagai depan billboard Iron man 3 dengan penaja tiket- Cik Puan Neena. Sambil-sambil posing pun, mulut kami dah mula bercakap-cakap pasal rating apa yang patut bagi untuk cerita Iron Man 3 ini.

~ ~ ~ ~
Cik Puan Neena kata: BEST Giler!!! 5 out of  5 rasanya...
Syuhada (adik aku yg hantu Tony Stark) kata: Pergh BEST !!! 5 out of 5 rasanya

dan

Aku a.k.a Misai Tony Stark kata: BORINGGGG....!!! 2 out of 5 konfirm !!!

Macam biasa, kalau pasal VFX (visual effect) dalam filem ini ofcozlah cukup hebat. (Mereka yang sama buat Marvel's The AVENGERS kan). Kalau untuk VFX aku akan bagi Full Star 5 siap telebih-lebih sikit- 5.6 kot. Tapi Overall, tetap aku bagi 2 Star sahaja.

Sebabkan filem ini dah termasuk dalam Filem Wajib tahun ini, kenelah jugak aku bagi komen yang menyebabkan aku tak berpuashati dengan keseluruhan cerita Iron Man 3. Mungkin komen ini tak berapa nak apply untuk mereka yang enjoy VFX Iron Man 3

My Komen.... (Personal komen je)
Dari preview yang aku baca/tengok;- Tony Stark mengalami PostTraumatic Stress Disorder, disebabkan insiden final scene dalam filem The Avengers. Selain dari punyai self-conflict, Tony Stark a.k.a Iron Man kali ini akan berdepan dengan musuh ketatnya--> The Mandarin (Sama macam Superman dengan musuh ketatnya- Lex Luthor). Selain itu.... Munculnya Iron Patriot yang menjadi icon rasmi 'Iron Man' kepada pihak kerajaan Amerika... Bla bla bla... memang typical storyline utk sequel Superhero movie

Tapi, end-up apa yang aku tengok:- Storyline Iron Man 3 menang bersangkut paut dengan apa yang terjadi dalam filem The Avengers. Tony Stark yang dah serah semua kerja-kerja Stark Industries pada Pepper Potts, nampaknya ada lebih masa untuk buat sebanyak 35 Suit baru dan yang paling latest Mark 42 (of coz suit yang supercool). Dan kerja-kerja Iron Man sebelum ini (dlm Iron Man & Iron Man 2) telah pun diambil alih Iron Patriot yang menjadi superhero Amerika untuk melawan pengganas, sehinggalah Happy Hogan sendiri menjadi mangsa. Disitulah turning point untuk Tony Stark campur tangan.

Ego Tony Stark yang mahu pengganas datang bersemuka, menjadi reality dan bermulalah gedebak-gedebuk sehingga Tony Stark dan Col. Rhodes berjaya menewaskan kesemua geng-geng The Mandarin (yang sebenarnya Aldrich Killian) dengan bantuan 35 suitnya...

Akhir sekali, Tony Stark melakukan pembedahan untuk mengeluarkan shrapnel dari Iron Man 1st lagi dan kembali menjadi normal... Habis cerita!!!
~ ~ ~ ~

So, aku bagi 3 star untuk storyline Iron Man 3 yang masih boleh diterima minda.... Itu yang bagusnya. Tapi, yang kurang bagusnya yang aku nak explain kat sini, beberapa hal yang buatkan filem ini 'ke Laut'

1) Tony Stark & Iron Man suit ;- Boleh dikatakan Iron Man 3 banyak concentrate pada karekter Tony Stark. Suit Iron Man yang ada umpama pelengkap cerita. Lebih-lebih lagi Tony sudah ada pilihan untuk tak berada dalam suit dan boleh mengawal suitnya dengan alat kawalan suara. Bagi aku, Iron Man tanpa Tony di dalamnya nampak sikit kekok.... hilang terus konsep Exoskeleton sebelum ini. Macam tak ada beza dengan cerita robot2 lain.... Makin hebat suit yang Tony cipta, makin senang 'berkecai' jadinya. Sehebat-hebat Tukul Mjonir Thor pun belum tentu boleh rosakkan suit Iron Man, tetapi kalah pada suhu kepanasan Extremis (yang buatkan Iron Patriot a.k.a Rhodes kalah)..... Aneh sungguh.

2) The Mandarin ;- Mandarin adalah musuh ketat Iron Man sama seperti Lex Luther pada Superman. Bila Mandarin a.k.a Trevor Slattery berjaya ditangkap oleh Tony, Trevor terus mengaku yang dia hanyalah proxy (a.k.a Pelakon Mabuk) dan bukanlah Mandarin yang sebenar..... buatkan aku rasa tertipu.... sangat tertipu!!!. Maybe viewer yang follow Iron Man hanya melalui filem pasti tak kisah dengan plot ini. Tapi viewer yang tahu siapa Mandarin dan pengaruh dia dalam storyline kali ini, pasti (mesti) akan kecewa. Kempunan viewer untuk tengok kemampuan kuasa The Ten Ring yang sentiasa ada di jari Mandarin (jelas nampak dalam Trailer Iron Man). Walaupun di akhir cerita, Killian mengaku yang dialah Mandarin sebenar, rasanya tak berjaya untuk cover kesalahan memperlekehkan karekter The Mandarin. (Ini adalah olahan karekter Marvel Cinematic Universe)

3) Extremis virus ;- Power yang terlalu Extreme, power yang sepatutnya wujud dalam dunia Thor sahaja. Apa lagi perlunya Tessaract kalau virus se'Extreme' ini boleh di cipta. Walaupun ianya hanyalah 'error' daripada hasil yang sepatutnya. Virus yang boleh diserap oleh manusia sehingga menjadikan mereka kebal agak keterlaluan untuk Iron Man. Sehinggakan Pepper Potts juga boleh menjadi Superhero untuk selamatkan Tony dengan bantuan Extremis. Maybe untuk cover kekurangan plot dari karekter Mandarin mereka... mungkin...

Aku cuma persoalkan hal-hal yang aku anggap 'teknikal' dalam cerita Iron Man. Aku kenal Iron Man melalui komik dan filem.... jadi mungkin dalam Marvel Cinematic Universe, banyak benda akan bercanggah dari komik dan pasti ramai orang seperti akan persoalkan.... tapi untuk mereka yang enjoy Filem Iron Man, Iron Man 2 & The Avengers, rasanya mereka pasti suka dengan apa yang Iron Man 3 hidangkan.

So, akhir komen... (aku komen je pandai, kalau review mesti jadi mengarut)... aku up sikit, jadi:-
2.5 out of 5

Papa Atras Stark a.k.a Oscar El-Capito signing out




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...