Thursday, January 3, 2013

Filem wajib IMAX tahun 2013......

Sejak lahirnya Taisha 1 tahun 4 bulan yang lepas.... boleh dikatakan kurang dari 10 kali aku & cik Puan Neena menjengok wayang-wayang berhampiran.... Mungkin memikirkan kepayahan meninggalkan Taisha pada atoknya, maka kami lupakan hasrat menjadi penggila wayang macam time bujang dulu.... So, tahun 2013 ni aku berharap dapatlah tengok sekurang-kurangnya 4 filem wajib ini di IMAX.

Ironman 3, Man of Steel, The Wolverine & Thor: The Dark World

Semua 4 filem di atas, adalah filem Action Superhero dan filem superhero memang selalunya menjadi priority untuk di'IMAX'kan pada mata kami. Lagi pun filem-filem genre action superhero ni saja yang agak berbaloi kalau ditonton dengan IMAX. Barulah terasa segala sound & special effect yang derang agung-agungkan- lebih lagi yang ada 3D IMAX.

Sebenarnya, aku tak sabar menunggu Man of Steel yang aku rasa akan menjadi sehebat Dark Knight Trilogy Nolan. Gabungan Zack Snyder "300 & Sucker Punch" & Christopher Nolan "Batman & Inception" pasti takkan menghampakan... Tempohari, kempunan aku untuk tengok Dark Knight Rises di 3D IMAX. Harap-harap tak terjadi perkara yang sama pada Man of Steel.

So continue pada 4 filem wajib tonton tahun ini.... errr tambah 1 lagi....

~ ~ ~ ~ ~
IRONMAN 3 
Release date: 26th APRIL 2013
Sebelum keluarnya Man of Steel, IRONMAN 3 menjadi filem 1st Superhero untuk tahun ni. Filem The IRONMAN & IRONMAN 2 lepas tidak menghampakan dan IRONMAN 3 akan menjadi lebih menarik bila Tony Stark akan bertembung dengan arch-nemesis nya- The Mandarin dan juga berdepan dengan 'self-conflict' dalam dirinya.... wwuuhooo...

Trivia... trivia... Walaupun Jon Favreau tak lagi menjadi Pengarah IRONMAN, tapi dia masih lagi memegang watak bodyguard Tony Stark 'Happy Hogan'. Berapa ramai yang perasan Pengarah IRONMAN ini ikut sekali berlakon??!!

~ ~ ~ ~ ~
MAN OF STEEL
 Release date: 14th JUNE 2013
Peringatan!!: Ini adalah Reboot Superman - penceritaan semula Superman dalam versi yang berbeza.... mungkin akan jadi sehebat reboot Batman- Dark Knight Trilogy. Ataupun akan jadi ke laut!

Bagi aku hasil Christopher Nolan tak pernah mengecewakan. Hasil Zack Snyder pula tak akan menghampakan.... Filem Superman Return sebelum ini gagal untuk menaikkan kembali kehebatan superhero ini. Walaupun jalan cerita biasa, olahannya yang pasti berbeza....

Enuff said. tunggu sajalah......
~ ~ ~ ~ ~
The WOLVERINE 
Release date: 24th JULY 2013
Kisah Wolverine di Jepun... Wolverine lawan samurai... Wolverine makan sushi (mungkin..) Filem yang diadapatasi dari Komik Wolverine: Limited Series Volume 1 1982. (by Chris Claremont & Frank Miller). Musuh Wolverine kali ini adalah Silver Samurai.... dan Jessica Biel sepatutnya berlakon menjadi watak Viper, tapi digantikan oleh Svetlana Khodchenkova.... mesti menyesal Biel nanti.

Masih belum ada filem mutant X-MEN yang memboringkan dan bila Wolverine adalah mutant favorite aku, tak ada siapa boleh halang aku untuk tengok filem ini!!!

~ ~ ~ ~ ~
 THOR: The Dark World 
Release date: 8th NOVEMBER 2013
THOR sebenarnya tak termasuk dalam favorite superhero aku. Aku cuma beli DVD saja untuk filem THOR yang lepas.... tapi selepas The AVENGERS, aku rasa Thor ada jalan cerita yang menarik lebih-lebih lagi dia adalah DEWA!, dia bukan mutant, bukan alien.... Terkejut aku bila tahu HULK sendiri pun belum mampu angkat Mjölnir. Hanya THOR saja yang boleh.

So filem dia pasti penuh dengan special effect ala-ala dewa!... dan ini adalah antara filem favorite Cik Puan Neena juga.... so, layan saja....

~ ~ ~ ~


 KICK-ASS 2....
 Release date: 19th JULY 2013
EEeeerrrr.... yang ini pun bukan mutant..... bukan alien... dan bukan juga dewa... Tapi real-life superhero... Tak perlu superpower untuk selamatkan orang.... tak kisahlah kene belasah ke, tembak ke... Yang penting adalah ke'poyo'an (Poyo betullah mamat ni!!- Johan MLM).

Oleh sebab itu, Kick-Ass 2 tak termasuk dalam list superhero aku.... Tapi sebabkan jalan ceritanya yang menarik, aku layan jugak lah... kalau nak tengok Kick-Ass 2, pastikan tengok Kick-Ass dulu baru-- baru anda akan paham!!!.

Happy watching to us!!

Oscar El-Capito signing out




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...