Saturday, January 26, 2013

Sportmanship game Online.... FUT13

Aku pun tak berapa ingat berapa ramai team Malaysia yang aku pernah jumpa sepanjang main Fifa Ultimate Team PS3. Tak ramai yang gunakan nickname Malaysia + nama team yang senang dikaitkan dengan Malaysia, so memang susah juga nak tau opponent kita itu Malaysian atau pun outsider. Tapi yang pasti aku memang jarang-jarang terjumpa....

Kelmarin selepas habis satu game dengan team Malaysia ni... aku terima satu message kat Inbox. Inilah message paling best aku pernah dapat sepanjang main FUT.. Aku rasa mamat T-RAF ni dah tunjukkan Sportmanship Online terbaik.... Jarang-jarang berjumpa dengan opponent sehebat & sehumble ini!

Kebanyakkan team yang kalah dengan 1 gol lebih-lebih lagi last minute goal akan hantar message maki-makian kat aku.... tapi tak T-RAF.  Dia puji aku gunakan nama & kit 'Malaysia' dan menang ke atas team dia.... Dan ribuan terima kasih saja aku mampu balas...

Aku memang sengaja gunakan nama team FUT aku, Harimau Malaya yang di'espanyol'kan - MALAYAN EL-TIGRE sepanjang tahun ini dan jadikan Cardiff City Home & Away Kits sebagai official jersey team ini. (Walaupun aku juga ada QPR Home & Away Kits yang ada Air Asia, tapi nama Malaysia lebih menarik....). Yup!! Memang aku sengaja nak promote Harimau Malaya.

Aku berharap Nazmi Faiz akan ada dalam roster aku dan dapat bermain bersama-sama Sergio Busquets, Jordi Alba, Gerard Piqué yang sudah sedia aku beli. Insya-Allah..!

PROUD TO BE MALAYSIAN.... SELAMANYA HARIMAU MALAYA

Oscar El-Capito signing out!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...