Yeah!! semalam aku jejakkan kaki ke pejabat Kementerian baru aku.... Dulunya aku bersama dengan KPKK (Kementerian, Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan....) dan selepas kabinet baru dibentuk selepas pilihanraya, Kraftangan Malaysia telah diletakkan di bawah kementerian MOTAC a.k.a Ministry of Tourism & Culture Malaysia. Gabungan sektor pelancongan & kebudayaan....
Inilah pertama kali aku masuk ke lobi bangunan MOTAC di Precinct 5, Putrajaya atau nama bangunan yang lebih spesifiknya- Lot 5G2 dan aku terkejut dengan apa yang ada di ruang lobinya....
Taaa... raaaa.....
Ooooo.... Chopper 1 Malaysia parking kat sini rupernya..... Inilah motor femes yang keluar di Discovery Channel; American Chopper: Malaysian Adventure.
Chopper ni dah cantik di simpan dalam display glass khas. Aku pun belum penah tengok motor ini depan-depan. Setahu aku, motor ni datang ke Malaysia tahun lepas sempena '5 Mountains Motorcycle Tour' dan dihantar sendiri ke Malaysia oleh Paul Teutul Sr. - co-founder Orange Country Chopper....
Sementara menunggu dapat clearance dari guard untuk pergi ke pejabat menteri atas tugas-tugas yang tak boleh dinyatakan.... Aku pun snap 2-3-4-5 angle sambil-sambil keliling display motor ni....
Nin dia, logo Tourism Malaysia yang di emboss atas air cleaner cover motor dan pada kedua-dua solid rim motor ini juga ada emboss motif songket (aik... tetiba ade songket....?!!)... Pada sprocket pula, ada 8 bintang kecil kuning...
Dari mana datang idea si Paul ni, untuk guna menara KLCC jadi oil cooler ade kat compartment paling bawah skali ni... Sekali imbas aku rasa ini antara motor custom OCC yang agak simple- banyak pada custom paint & custom compartment..... Aku rasa OCC boleh buat lebih baik dari ini kalau tak kerana tema tourism yang kena ada pada motor 1 Malaysia Chopper ini. Dah.... dah.... syyyhh!!!. Malas komen lebih-lebih... Tutup cerita....
Jadi kalau di tanya, "Ke mana pergi chopper 1 Malaysia aritu???".... jadi inilah jawapannya...
...dan inilah pose terakhir bersama motor ini, sebelum aku naik ke pejabat menteri....
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment