Saturday, December 15, 2012

Next hunting item.... iPad Mini...

Semalam, berjalan-jalan di Suria KLCC selepas solat Jumaat di Masjid As-Syakirin KLCC, pasti aku akan 'ter'masuk ke kedai MACHINE di 3rd Floor.... seperti ada magnet yang tetap menarik aku masuk walaupun setiap minggu aku tahu aku akan buat perkara yang sama.... Tapi kali ini masuk sebabkan iPad Mini... nak tengok se-Mini mana iPad baru ini....

 Our Little Big Planet nampak comel aje dalam screen iPad Mini.....

 
Wow!!.... Impressive. Aku suka. Apa yang aku suka pada iPad Mini baru ni;- Ringan (308gram)... Slim (7.2 mm)... 7.9 inci skrin.... dan camera belakang iSight (5MP) dan depan Facetime (1.2MP).. dan bila tau iPad Mini gunakan chip Dual-core A5- dah setanding iPad 2..... Dan yang paling penting, ini adalah iPad Mini 1st Gen!! yeah!! aku kan pengumpul segala gadget apple generation 1.... so its a must gave gadget for me...

Lepas tu baru aku perasan sedikit letdown bila; Apple introduce cable connector lightning yang baru- cable iPad lama dah tak boleh pakai, dan NanoSim- bermakna bukan semudah untuk guna MicroSim iPad yang lama pada iPad Mini.... kene modified lagi la jawabnya...

iPad Mini ni sebenarnya punyai spesifikasi seperti iPad 2.... cuma punya camera yang lebih hebat dengan features-features nya dan saiz yang telah dikecilkan... Pilihan yang sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak dengan iPad dan yang masih gunakan iPad 1st Gen (mcm aku... hahaha).

Harga iPad Mini di pasaran...
WiFi 
16GB- RM999 
32GB- RM1299 
64GB- RM1599

WiFi + Cellular 
16GB- RM1399 
32GB- RM1699 
64GB- RM1999

Lai lai... Next year.... dapat bonus ambik satu...
Oscar El-Capito signing out! 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...