Sunday, December 30, 2012

Jadual Cuti 2013?....

Tahun ini aku ada baki cuti 35 hari lagi.... dan tahun depan bertambah lagi 30 hari.... (belum masuk dalam GCR lagi tu...).Dah memang aku jarang bercuti, kalau ada pun mungkin sebulan sekali. Kalau ingin cuti panjang sikit cuma untuk balik ke Labuan atau pun backpacking ke luar negara.... ini pun dah jadi aktiviti tahunan, tapi masih banyak lagi baki cuti. Workaholic kah??.... Teeett!

So, tahun 2013, masih ada planning-planning untuk hilang dari Malaysia dan muncul di mana-mana negara yang aku sendiri tak tau lagi. Oleh itu jadual cuti untuk tahun depan antara benda yang perlu di observe sebelum masuk tahun 2013. Aku dapatkan Jadual cuti persekutuan & negeri ini dari kabinet.gov.my lagi.... it's official!
 
Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2013

Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2013.... dari bulan Januari sampai Julai

Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2013.... dari bulan Julai sampai Disember
Mohon cuti dicelah-celah cuti umum palinglah menjimatkan cuti (kata cuti banyak! lagi mau save??! kedeks). Kadang-kala permohonan macam ini lebih senang lulus dari bercuti seminggu di hari kerja biasa....

Disebabkan Taisha lambat lagi nak sekolah, cuti penggal persekolahan 2013 takkan memberi apa-apa kesan pada mana-mana cuti yang aku nak ambil nanti... hehehe. Melain kan bisness Coolblog Cik Puan Neena lah....

Oscar El-Capito signing out!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...