Monday, December 31, 2012

Nak tunggu Fakri Saarani?? Nazmi Faiz pun belum ade lagi... FUT13

Sebelum masuk tahun 2013, nak aku rekodkan kejayaan team fantasy aku dalam FUT FIFA13. Siapa yang biasa dengan Online Game PS3 dan gilakan FIFA Ultimate Team macam aku, pasti berusaha untuk maintain team dalam keadaan terbaik lebih-lebih lagi nak cuba dapatkan Juara Division 1 Online Season. Team Malayan El-Tigre masih lagi berusaha untuk mendapatkan kejuaraan sulung....

Team Malayan El-Tigre telah pun berada di Division 1 Online Season (turun naik Div1 & Div2 la jugak...) dari semenjak 25 September lepas, sudah pun bermain sebanyak 249 perlawanan- Menang 102, Seri 23, dan Kalah 124... masih ada 9 bulan lagi untuk bermain sebelum keluarnya edisi FIFA14


Sehinggalah ke hari ini..... Nama Nazmi Faiz masih belum ada lagi dalam Player Auction Fifa Ultimate Team.. Aku telah lama bercadang untuk masukkan ke dalam Team Malayan El-Tigre. Tak kiralah jika dia 'below-standard' berbanding Sergio Busquets, Jordi Alba, Gerard Piqué ataupun Javier Mascherano yang sudah lama ada di dalam Team Malayan El-Tigre.

Tiap-tiap ari cari Nazmi Faiz.... harraammmmm tak de...

Awal bulan ini, seorang lagi pemain Harimau Malaya telah sign contract dengan kelab dari Portugal- mengikut jejak Nazmi Faiz. Ahmad Fakri Saarani, 23, bermain di posisi penyerang, dah pun sign contract selama 6 bulan (bukan setahun ke?) bersama Atletico S.C. a.k.a Atletico Sport Clube Reguengos, kelab dari liga Terceira Divisão Portuguesa (Portuguese Third Division) Série F
Atlético S.C. current squad taken from wikipedia.
Memang susah la untuk Fakri ada dalam FIFA14 disebabkan hanya Primeira Liga Portugal saja yang layak untuk ada dalam game buat masa ini.... Terceira Divisão adalah peringkat (division) ke-4 ke bawah selepas Segunda Divisão & Segunda Liga... maybe Liga Portugal masih tak sehebat EPL, Serie A & liga BBVA....

Terbukti pemain kita ada kualiti yang di cari oleh mereka yang bermain di Europe... walaupun di liga-liga yang kecil. Syabas Harimau Malaya!!! "Selamanya... selamanya... Selamanya Harimau Malaya!!"

Oscar El-Capito signing out!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...