Tuesday, December 18, 2012

Shah Rukh Khan datang Malaysia balik hari...??!

Aku ade terbaca dalam blog yang Dato' Shah Rukh Khan datang Malaysia balik hari..... mcm balik kampung tetinggal henset je bunyinyer..... Naik private jet lagi. Yup.. memang SRK datang Malaysia minggu lepas...

tweet... tweet.... tweet SRK
Datang untuk apa?... Datang atas jemputan untuk raikan private function- Besdey Tun Mahathir ke-87 di Hotel Le Meridien. Sanggup dia turun ke Malaysia untuk beberapa jam sahaja sebelum terbang semula untuk sambung shooting.Sambil-sambil tu ada penyampaian Anugerah Brand Laureate kepada SRK oleh Tun sendiri.


SRK yang cuba menyelit dalam gamabr aku tapi tak berjaya....
2 tahun lepas, SRK ade gak buat kejutan (untuk aku lah) bila muncul dalam satu majlis charity yang mana unit 'Adjustment Bureau' aku ditugaskan untuk buat dekor..... Aura Shah Rukh Khan ni bukan sebarangan... Boleh speechless bila ada di depannya.... Time ni pun antara VVIP jemputan adalah Tun Mahathir & Tun Siti Asmah---->Shah Rukh Khan muncul depan aku!!

Aku yang lahir era Tun, pasti berbangga bila orang luar lebih-lebih lagi SRK hargai Tun sebagai seorang negarawan dan seorang kawan. Moga Allah kurniakan kesihatan berpanjangan kepada Tun Mahathir... InSyaAllah... Amin...

Oscar El-Capito signing out!




picture source Murai.com.my and some are my personal collection

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...