Monday, December 3, 2012

Piala AFF2012; Harimau Malaya mara dan terus mara!!

Tahniah Harimau Malaya....!!!

Barisan Harimau Malaya berterima kasih pada penyokong mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin
.... Bila penyokong makin yakin, dan keyakinan dibalas dengan keputusan yang bagus, elok juga pemain mula berterima kasih pada penyokong semula.... aku rasa inilah ekologi yang bagus dalam bola sepak Malaysia.

Kita bermula dengan tiada menang dalam friendly menjelang Piala Suzuki 2012,. Kemudian dibelasah 3-0 oleh Singapura dalam perlawanan pembukaan. Kemudian bangkit untuk menang 4-1 kepada Laos dan membaham Indonesia 2-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan. Memang inilah peningkatan persembahan yang diharapkan oleh semua peminat bola tanah air termasuk aku.

Bagi aku, kita belum buktikan apa-apa lagi. Selagi belum berjaya menjadi Juara Piala Suzuki sekali lagi untuk tahun ni.... Jika kita tewas pada Thailand di Semi-Final AFF 2012 Ahad (9hb Disember) nanti, yang terbukti hanyalah consistent of non-consistency. Yang itu aku sudah lama terima dalam senario bola sepak Malaysia.... 

Jadi, teruskan mengaum Harimau Malaya..... !!! Buktikan yang kita consistent champion pulak!!!

Yang Benar;
Penyokong Harimau Malaya yang kerdil

Oscar El-Capito signing out!




pictures belong to their respective owner

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...