Monday, June 10, 2013

Man of Steel- 13 Superman dalam padang la pulak....

Petang semalam sampai saja di rumah selepas balik dari shopping-tanpa-arah-tuju kat Sunway Pyramid, ntah macamana aku tak sengaja terbuka Channel AstroSport 2... Dan entah macamana aku ternampak dengan kelibat simbol yang aku kenal.... 

Dah ada 13 Superman atas padang lah pulak!!

Sejak bila ade team rugby dah start pakai jersey yang ada logo Man Of Steel ni??..... Aneh pulak rasanya. Aku sendiri tak tau hujung pangkal liga rugbi mana yang aku tengah tengok dan ini adalah game Live!!

Layankan saja.... Khamis ni, Man Of Steel dah nak tayang kat sini....

Sebelum aku tengok sendiri suit hebat Man Of Steel yang dipakai Henry Cavill yang sasa hari Khamis ni, jersey MoS ni nampak sesuai dengan mereka... Maybe logo baru Superman memang sesuai di dada mereka yang sasa kot.... Saiz logo yang ada pada jersey Melbourne Storm dari Australian National Rugby League ni, sama dengan yang akan dipakai dalam movie tu nanti (rasanya).

Sambil-sambil tengok game Live Rugby yang aku tak berapa minat ni, dapatlah jugak aku info dari iPad yang team Melbourne Storm ini nak buat publicity stunt untuk promosikan filem Man Of Steel yang akan ditayangkan di Australia 27 June ni.... (WatTheFish!!! 27 June?!! lambat gile...!! MoS Malaysia Premier pun 13 June!). 

Live game yang dipanggil "No Ordinary Match" antara Melbourne Storm vs Cronulla Sharks ini merupakan satu-satunya perlawanan yang mana Storm akan menggunakan jersey Man of Steel- sebagai sebahagian promosi filem tersebut dan juga merupakan game yang ke-250 untuk Cameron Smith, Hooker untuk team Storm.

Mengikut website Supermanhomepage, hanya 700 helai sahaja di keluarkan.... dan 5000 penonton (pertama??) yang datang ke Stadium akan dapat Official Poster Man of Steel--->PERCUMA!!. Perghh!!... Of cos jersey ini akan jadi pisang panas selepas je habis game...

dan akhirnya...

...Melbourne Storm menang besar ke atas Cronulla Sharks.... 
48-0!!... 

 ...ambik berkat Man of Steel???.....
Bertuah pulak rasanya jadi orang yang tak sengaja tengok game live yang tak tau hujung pangkal ni....
Alhamdulillah....

Oscar El-Capito signing out!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...