Saturday, July 28, 2012

Malaysia at Olympic London 2012 Opening Ceremony!!!

Semalam Cik Puan Neena mintak balik awal. Katanya Olympic London 2012 Opening Ceremony pukul 10 malam.... Bila aku tengok kat Astro Guide, pukul 10 malam semua masih drama-drama TV biasa....  Jadi aku pun tido awal....


Pagi tadi sedang kami bersahur di Restoran Hakim Sek 7, projector sana tengah pasang Live Opening Ceremony yang sebenar.... 10 malam sana laaaa.....


Sampai saja Restoran Hakim, perbarisan kontigen negara-negara sudah mula masuk ke dalam Stadium Olympic London. Nampaknya kami terlepas gimik-gimik persembahan pembukaan....... Jadi aku pun menunggulah masuknya kontigen Malaysia. Mana tak nya, baju perbarisan Malaysia kali ini direka khas oleh Designer Unit Tekstil Kraftangan.... (sebelum ini mereka sudah design untuk uniform staff Malaysia di World Expo Yeosu, Korea). Kalau di ofis, aku hanya nampak baju melayu bertanjak dan baju kebaya itu sepasang saja... Macamana pulak kalau segerombolan yang memakainya?....


Tapi sehingga sampai waktu imsak, dan aku pun dah berada di rumah- kelibat kontigen Malaysia pun masih belum nampak. Sehinggalah negara bermula huruf 'M' berjalan masuk....



Tu dia, baju oren kebaya striking berjalan beriringan dengan baju melayu bersampin kuning rimau siap bertanjak lagi... Di dahului dengan Pandalela Rinong sebagai Malaysian 1st Female Flag Barrier. Keluarnya hanya untuk beberapa saat saja, tapi cuma itu lah masa yang ada untuk tunjuk identiti negara. Kebanyakkan negara masuk berarak dengan berpakaian 'sportcoat' yang dikenakan dengan aksesori, hanya segelintir masih memilih pakaian tradisional atau pakaian kebangsaan negara masing-masing. -  termasuklah Malaysia dan Indonesia. (Sama ada di olah menjadi kontemporari, atau dibiarkan dlm keadaan asal...)

Terpikir juga, sampai bila kita nak tunjukkan identiti kita itu mestinya berkaitan dengan hal-hal tradisional?... Lagi ini temasya sukan... bukannya kebudayaan..... just a thought.




2008 Beijing Olympic Opening Ceremony merupakan benchmark-of-the-century untuk mana-mana event berskala besar seperti ini.... Dengan berbekalkan budget 27juta Pound, London 2012 tak la banyak gunakan gimik-gimik yang WOW!... Semuanya bagi aku, agak biasa-biasa saja..... tapi disetiap persembahannya pasti ada 'British iconic person' bersama. James Bond, Ratu Elizabeth, Mary Poppin, Mr Bean, Beatles, Sir Tim Berners-Lee (pencipta WorldWideWeb-- internet laaa), David Beckham semuanya muncul dicelah-celah persembahan pembukaan kali ini....

Setiap negara pasti akan menggunakan kelebihan yang ada pada negara dalam menunjukkan pengaruhnya dalam peradaban dunia.... dan masa inilah mereka tahu yang dunia, nak atau tak, terpaksa lihat apa yang mereka hidangkan....

Sahur kami pagi tadi tak berapa kenyang, tersekat-sekat sebabkan menunggu kemunculan Malaysia. Malaysia BOLEH!!!

Trivia: 
* 2012 London Olympics Opening Ceremony bertema 'Isle of Wonder' - The London Organising Committee of the Olympic and Paralympic Games melantik Daniel Boyle (Pengarah Slumdog Millionaire,127 Hours, 28 Days Later, dan Trainspotting) sebagai Artistic Director untuk upacara pembukaan olimpik kali ini. ---->Manakala 2008 Beijing Olympics Opening Ceremony bertema 'Beautiful Olympics' adalah arahan Zhang Yimou (Pengarah Hero, House of Flying Daggers dan The Flower of War) sambil dibantu oleh chinese choreographers Zhang Jigang dan Chen Weiya. ~~~ Sapelah yang layak kalau pembukaan Olimpik di Malaysia??!
* Daniel Boyle mengakui yang dia takkan mampu menyaingi kehebatan pembukaan Olimpik Beijing.
* Budget 2012 London Olympics Opening Ceremony adalah - 27juta Pound Sterling ---> Manakala budget untuk 2008  Beijing Olympics Opening Ceremony adalah sebanyak 64juta Pound Sterling.
* Sebanyak 7'500 sukarelawan digunakan - tak termasuk kawalan keselamatan----> berbanding Beijing- 15'000
* Model teres bukit Glastonbury Tor dibina untuk bendera-bendera negara yang menyertai Olimpik kali ini.

Oscar El-Capito signing out!




3 comments:

  1. Salam ramadan, pemilihan baju tradisional malaysia adalah TIDAK SALAH sama sekali utk diperagakan untuk tatapan dunia.. Tapi corak atau gabungan pattern pada kain main boleh dipertingkatkan lagi.. Tidak semestinya ianya perlu dijalur2 kan penuh pada kain atau dibunga2kan keseluruhannya.. Cukup sekadar memberi fokus pada bentuk baju tradisional kita. Corak pattern pada kain yg sarat seolah2 menghilangkan bentuk asal baju tradisional malaysia.. Sbb mata hanya fokus pada jalur pada kain tersebut. Tapi idea asal adalah utk menunjukkn baju tradisional malaysia. (hanya berkongsi pendapat) sekian

    ReplyDelete
  2. Okkay,pendapat mengenai pembukaan olimpik kali ini..memang superb!..memang excited nak tengok dari mula sampai habis..kalau kita compare dengan olimpik beijing..setiap negara mempunyai kelebihan masing2..contohnya kalau cina..kelebihannya cuma bunga apinya yang meriah..dan beliau ingin memberi tahu dunia yang negaranya adalah pengeluar bunga api/barang letupan besar dunia..tapi budayanya pula tidak kurang hebatnya..sebut pada budaya pula dan mengenai pakaian yang dipakai oleh kontinjen malaysia..yes,saya faham mesej yang ingin ditonjolkan dan bermotif HARIMAU MALAYA..but tidak perlu keterlaluan melalui corak belang terlalu sarat..mungkin ia dapat di olahkan dengan cara abstrak or dengan jalur yang sangat simple..dan saya memang memberi sokongan terhadap penggunaan baju melayu/kurung/mahupun kebaya yang dipakai pada acara pembukaan..this our identiti yang tidak pernah luput di telan zaman!..sekian dan selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  3. **pada baju kontinjen mungkin kita boleh buat koloberasi antara pereka kraftangan malaysia & adidas malaysia for the next olympic..see this how you did with pavillion malaysia..its nice combination between tradisional & modern element..im sure thats you notice who am i..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...