Thursday, July 19, 2012

Demam Korea dan T-ara datang ke mari...

Demam korea aku masih ada lagi.... sampai saja aku kat Malaysia, CD-EP T-ARA - Day by Day yang aku beli di Myeong-dong tak henti-henti aku pasang dalam kereta.... (selang-seli dgn CD Girl's Generation- The Boys Cik Puan Neena yang dibeli di kedai yang sama....). Walaupun cuma ade 5 lagu yang aku sendiri tak paham liriknya, tapi semuanya boleh di terima gegendang telinga... Aneh sungguh....



Nak dijadikan cerita, bila sampai di Malaysia baru aku tahu yang T-ARA akan membuat konsert debut nya pada 3 October (Rabu 8:30 Malam) di Menara PGRM, KL.... Wah!!. Demam Korea aku nampaknya akan berlarutan lah sampai ke bulan Oktober lah..... Ha!! Ha! Ha!!.. Tempoh hari, kami sudah terlepas show percuma Girl's Generation di Twin Towers@Live 2012 KLCC..... Kali ini konsert berbayar, pasti tak bersesak-sesak macam di KLCC tempoh hari....  

Harga tiket 1st Konsert T-ARA bermula dari VVIP RM683 siap dengan Free t-shirt & cap T-ARA sehinggalah kepada Free-Standing berharga RM103.... Harganya agak mahal, tapi diharap berbaloi....

T-ara promotional banner versi Day By Day...
Untuk harga tiket T-ARA yang lebih detail, sila refer di bawah.... (info yang aku dapat dari TicketCharge)
VVIP (Lovey)RM 683.00 + Percuma 1 T-shirt T-ARA and 1 Topi T-ARA (Jumlah tiket terhad),
T1 (Dovey)RM 383.00 + Percuma 1 Topi T-ARA (Tempat duduk bernombor),
T2 (Roly)RM 283.00 + Percuma 1 lanyard T-ARA (Tempat duduk bernombor),
T2 (Roly) Aras atas - (L) & (R) – RM 283.00+ Percuma 1 lanyard T-ARA (Tempat duduk bernombor),
T3 (Poly)RM 183.00 + Percuma 1 toiletries set Transfomer (Tempat duduk bebas),
T3 (Poly) Aras bawah – RM 183.00 + Percuma 1 toiletries set Transfomer (Tempat duduk bebas),
T4 (We were in Love) - RM 103.00 (Tempat berdiri bebas)
* harga tiket termasuk RM3 yuran tiket*.

T-ara promotional banner versi Lovey Dovey.....

Sebelum ini, aku sepatutnya temankan adik aku- Syuhada untuk pergi ke MTV World Stage Live in Malaysia 2012 @ Sunway Lagoon.... KARA ada perform di sana.. Tapi malangnya, aku sendiri ke Korea pada tarikh yang sama. Nasib baik semasa aku pegi World Expo Pop Festival, jatuh tarikh yang sama dengan show Girl's Generation, jadi tak lah rasa rugi tinggalkan KARA.....


So, next will be T-ARA.... untuk yang berminat juga, silalah check di TicketCHARGE. T-ARA, terima kasih ye datang ke mari....


Klik Posting Showcase T-ara 2012 di PGRM---> The Arrival of Kami & The Show!
Oscar El-Capito signing out!




Photo & data source : Personal collection &  http://www.ticketcharge.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...