Saturday, October 6, 2012

Showcase T-ara 2012; The Show....

Harus di ingat... ini adalah Showcase... bukan Concert... lebih kepada introduction of T-ara kepada peminatnya di Malaysia.... dan aku terpaksa share gambar dari orang lain. (hanya disebabkan aku ada camera phone sepanjang show...)


A good impression for T-ara bila Showcasenya start TEPAT 8:30 malam seperti dijanjikan.!! (Tak seperti A-pink hujung minggu lepas yg terpaksa buat peminatnya tunggu sejam.....).. Bermula dengan opening act dari local chinese artis dan kemudian T-ara mulakan persembahannya dengan lagu Rolly Polly... teruja sekejap bila nak nampak mereka perform sama seperti dalam MV di Youtube...

Opening act by our local chinese artist... ala-ala Rain jugak la...
T-ara's 1st song... Rolly Polly.... Rolly Rolly Polly....
Selepas Rolly Polly, bermulalah sesi introduction dari setiap ahli T-ara bermula dengan Soyeon yang cuba berbahasa melayu 'Aku Cinta Padamu'.... Eunjung  'Apa Khabar' dan 'Saya Cinta Padamu'.Jiyeon dgn 'Terima Kasih' Areum pula 'Trima Kassss' (terima kasih rasanya....) dan Hyomin dengan 'Apa Khabar' dengan lancarnya....

Sepanjang introduction, mic Soyeon, Jiyeon, Boram, Q-ri mula ada masalah .... suara mereka tersekat-sekat semasa introduction. Nasib baik audience sedikit cool, dan T-ara teruskan juga perkenalkan diri walau apa cara sekali pun....(Hyomin sempat explain dalam bahasa Korea yang microphone mereka rosak... dan dia tak berapa selesa tentang itu...). Jiyeon sempat berlari ke belakang pentas- mungkin minta mic baru....

Antara mereka semua, hanya Areum punya cara sendiri dalam introduce dirinya...

Disambung pula dengan Lovey Dovey...

Disambung pula dengan Bo beep Bo beep...

Kali ini Glove Cat Paw Hitam/Pink dipakai untuk lagu Bo beep Bo beep. Di masa ini aku jeles dengan mereka di bawah..... terutama T1 yang berjaya dapatkan cat paw yang dibaling oleh T-ara dari atas stage..... bertuah lah mereka yang bayar lebih... Kemudian T-ara masuk ke back-stage bersedia lagu seterusnya.

... I Go Crazy Because of You dengan custom berlainan....

Why Are You being Like This... Knock- knock ke knock knock.....

~ ~ ~ ~ ~

Sebelum T-ara meneruskan persembahan lagi... ada fan lucky draw dan 2 org audience bertuah untuk naik ke pentas untuk di'buli' oleh T-ara.... setiap seorang akan mewakili kumpulan berasingan- Team Hyomin--> Hyomin, Eunjung & Boram & Team Soyeon--> Soyeon, Q-ri, Jiyeon & Areum. 2 lucky audience yang terpilih kedua-duanya dari T3 Upper--> Tak jauh dari seat kami!!!!

2 penonton paling bertuah malam tu... kene buli pun tak pelah....
Di peluk oleh Hyomin sebaik saja naik ke pentas!!! Uuuuuunnntuuunnggggg!!!!
Dibuli dan menang! Posing bersama T-ara guna hanset sendiri....!!! Untung Untung Untung...!!!!
Persembahan T-ara di sambung dengan lagu Day By Day.... Tapi kali ini, percubaan Live Rapping dari Areum tak menjadi disebabkan masalah microphone. (Organizer tak resolve sampai habis show...)..

 Dan penutup persembahan malam tu pastinya single terbaru T-ara--> Sexy Love. Dua lagu terakhir T-ara maybe cuba perform secara live tapi masalah microphone buatkan show mereka sedikit cacat.... Officially Sexy Love adalah performance terakhir sebelum audience yang tak berganjak dari tempat duduk mula menjerit 'Encore'... dan mereka keluar 'informal' dengan lagu Roly poly sebelum ucapan Thank You buat kali terakhir.....

Hanya sejam untuk T-ara nyanyikan kesemuanya 7 lagu + 1 encore. Dengan RM186 yang aku bayar (kali 2 termasuk tiket Cik Puan Neena), aku rasa berbaloi KALAU masalah mic diselesaikan dari awal show lagi... tapi malangnya TAK!!. Aku pun tak nampak langsung effort organizer untuk tukar (atau apa sajalah) microphone bunyi ala-pasar malam tu. Berharap kedatangan T-ara ke Malaysia lepas ini, hanya untuk buat full-concert sahaja lagi....

Selain isu mic yang menyedihkan... keseluruhannya aku masih berpuas hati.... Aku akan sambung sikit lagi dalam posting yang lain....

Oscar El-Capito signing out!




Photo taken from joshuaongys.com collection
few a my personal collection

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...