Malam kelmarin, Channel 393-OneHD ulang balik Running Man Episod #39. Apa yang specialnya, ulangan kali ini remindkan aku semasa ada di Seoul Folk Flea Market, Dongdaemun-gu.
Bila tengok Sunny & Yoona SNSD berlari-lari mengejar semua peserta Running Man di celah-celah stall-stall yang penuh barang-barang 2nd hand, terasa macam ada di sana... Kamera yang berpusing-pusing mengekori Sunny & Yoona dah nak dekat sama macam mata aku yang melilau melihat barang-barang di sana.....
Rakaman di Seoul Flea Market ini di buat tahun lepas----> pada 4 April 2011 dan di tayangkan (di Korea) pada 17 April 2011... Aku pun tak perasan berapa kali episod ini dah ulang kat Channel OneHD ni...
Dalam episod ini -- 1st game Catch The Running Man- Yoona & Sunny perlu eliminate semua peserta Running Man dengan meninggalkan tanda pada badan mereka- tanpa mereka sedari. Dan mereka perlu mencari 5 benda tersembunyi sekitar dalam bangunan Seoul Flea Market ini. Akhirnya Sunny berjaya menangkap Jea Suk-- RunningMan terakhir yang paling liat malam itu....
Dan 2nd game malam itu --The Best Late-Night Snack is?, juga di menangi oleh Team Yoona & Sunny... Menyebabkan Team Ji-hyo yang kalah terpaksa membuat catwalk dengan baju tido di dalam Mall di Dongdaemun.
Sekianlah, recap episod #39dari aku... yang tak berapa nak minat Running Man...
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment