Salam Ramadan,
Seminggu sekembalinya kami dr Dunia K-Pop, Taisha masih belum pulih sepenuhnya dari demam. Semua bermula sehari sebelum balik ke Malaysia (demam rindukan susu malaysia agaknya). Setiap kali tengahari dan petang, suhu Taisha naik hingga ke 37c-38c. Jadi, hanya ubat dari Darul Ehsan Medical Center (DEMC) aku beri untuk kurangkan panas Taisha.....
Tiga hari lepas, aku mula tengok ada timbul bintik-bintik merah seperti campak pada badan Taisha.
Keesokkan harinya, aku masih menghantar Taisha ke nursery - sebab suhu badannya masih rendah. Tapi bila tiba tengahari, penjaga nursery Taisha mula inform aku yang badan Taisha makin banyak bintik-bintik. penjaga nursery HFMD- Hand, Foot, Mouth Disease dan aku pun segera bawak taisha ke DEMC.
Doktor DEMC juga mula suspect Taisha dijangkiti HFMD atau dalam bahasa melayunya- Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Tapi doktor masih sedikit was-was kerana cuma masih tiada bintik di tangan Taisha, dan dia masih berselera untuk makan dan minum susu. Antara symptom HMFD pada kanak-kanak- lazimnya mereka akan hilang selera makan disebabkan Ulser pada tekak. Tapi Taisha masih berselera dan masih aktif terjerit!!!- AAH!!.....!! AAAHHH...!!

Bos aku yg prihatin, minta aku jumpa pakar di KPJ Damansara untuk dapatkan second diagnose. Esoknya aku terus ke KPJ untuk berjumpa Specialist Dato Dr. Musa. Malangnya dia tiada (bulan puasa ni dia half-day saja). Terpaksalah aku berjumpa Specialist yang lain. Dokor Pakar Bayi- Dr. Soh (doktor ni agak tak berapa friendly tapi sentiasa punya jawapan solid setiap ibu bapa perlukan) bercerita dari cukup lengkap tentang penyakit Taisha- puas hati aku jumpa dengan pakar ni, dan consultation nya tidaklah mahal sangat....
Pendekkan cerita, Taisha tidak menghidap HFMD seperti disangka, tapi Roseola Infantum- sejenis penyakit bayi atau kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 2 tahun. Bintik-bintik merah pada badan yang akan muncul selepas suhu badan demam turun. Menurut Dr Soh, jika campak pula (bukan campak anak....), bintik-bintik merah akan muncul ketika suhu badan tengah tinggi, tapi untuk penyakit ni bintik merah akan mula muncul selepas demam dan akan hilang selepas 3-5 hari.
Tiada ubat yang specific untuk menyakit Roseola Infantum ini sebab ianya akan hilang dengan sendirinya. Alhamdullilah.... tapi doktor sarankan hantar Taisha tidak ke nursery selagi bintik-bintik merah tidak surut, kerana penyakit ini boleh berjangkit. Oleh itu, aku bercuti di rumah 2 hari ni demi menjaga Taisha (sambil siapkan kerja2 office). Alhamdulillah.... Taisha pun semakin beransur pulih tapi semakin besar ni banyak pulak pe-el nya.. AAAHHH!!!... AHHHHHH!!!

Taisha.... Taisha....
No comments:
Post a Comment