Berjalan dari Gwanghwamun Square.... sebelum sampai ke Cheonggyecheon Stream, akan kelihatan dari jauh satu objek tinggi seakan cengkerang, itulah - Daseulgi ‘Spring’ sculpture - landmark Cheonggyecheon Stream yang direka oleh public art sculptor dari US, -Claes Thure Oldenburg.
Di sinilah bermula perjalanan sejauh hampir 1 km kami sepanjang Cheonggyecheon Stream a.k.a Terusan Cheonggyecheon.
Ramp-tunnel untuk turun ke laluan terusan Cheonggyecheon. |
Taaa raaaaa!!!! -
Cheonggyecheon
Cheonggyecheon
Inilah permulaan terusan Cheonggyecheon. Objek bulat yang terapung di permukaan air itu adalah - Wishing Well of Cheonggyecheon
Katanya, duit yang di baling ke dalam wishing well ini akan diberi kepada mereka yang memerlukan.... malangnya budak-budak ni baling tak masuk-masuk.... Kesian mereka.... Sebabkan hujan renyai mula turun, kami teruskan berjalan sehingga ke bawah jambatan
. Mencari tempat berteduh sementara
Melepak di bawah jambatan
. Sejuk sikit di sini.... Angin sekitar bertiup agak kuat.... Masa yang paling sesuai untuk Taisha minum susu Koreanya sebelum teruskan berjalan.....
Jernih!!... terpegun dengan kualiti air terusan Cheonggyecheon... Projek restorasi sungai ini yang siap pada 2005 yagn sebelum ini adalah lebuhraya bertingkat di atasnya. Selepas hujan reda, kami pun teruskan perjalanan ke jambatan Gwangtonggyo (Gwangtonggyo Bridge) yang cukup terkenal disini.
Sesekali menoleh ke belakang, melihat pengunjung beriadah..... sambil-sambil kagum dengan landskap bandar Seoul.
Terowong di bawah jambatan tambahan Gwangtonggyo.... Laluan di bawah jambatan Gwangtonggyo yang berusia 600 tahun, tidak lagi mempunyai aliran sungai- telah diubahsuai untuk laluan pejalan kaki.
Jambatan kecil Sewolgyo, khas untuk mereka yang menggunakan wheelchair dan stroller (seperti kami) untuk menukar laluan untuk ke exit yang punyai elevator. Lengkap dengan penerangan- Disable-friendly facility
View Jambatan Gwangtonggyo dari atas Sewolgyo. Angin masih lagi kuat walaupun hujan renyai sudah mula berhenti....
Cheonggyecheon Digital Canvas Time Table yang ada pada tebing terusan..... kalau diperhatikan pada jambatan oren di bawah- Gwanggyo Bridge. Telah dipasang projektor pada beam jambatan dan deretan hose di permukaan air.... di sinilah pertunjukan Cheonggyecheon Digital Canvas diadakan...
Ikut pada jadual, memang kami berada bukan pada masa pertunjukan.... jadi,kami teruskan berjalan menuju ke jambatan Gwanggyo.
Di bawah jambatan Gwanggyo, ruang kosong digunakan sebagai ruang pameran lukisan..... Open exhibiton untuk mereka yang bersiar-siar ditebing terusan seperti kami.....
Kami pun terus berjalan.... terus berjalan.... dah mula letih dah.....
Salah satu area yang ada crossing path..... memang jadi tempat favorite budak-budak melompat-lompat menyeberang sungai... [aku dah start keletihan...]
Makin jauh aku ditinggalkan Cik Puan Neena.... dia dan Taisha macam tak sedar aku dah tak ada di sebelah mereka..... Kami dah dekat 1/2 kilometer berjalan. Masing-masing sudah letih campur kelaparan mungkin....
Bersambung....
No comments:
Post a Comment