Saturday, July 7, 2012

Alpha 550 keluar bengkel.... tak repair.

Lagi 5 hari aku akan ke Korea.... dan aku tak ada option lain untuk dapatkan pengganti DSLR Sony Alpha 550 yang aku dah masuk bengkel Sony Service Center. Sony NEX-3 aku dah boleh diistiharkan lesap begitu saja....

Makanya terpaksalah aku claim semula A550 aku yang tersadai hampir lebih sebulan disana. Sony inform aku, kos untuk repair body & lens A550 sekitar RM1100.... perghhhh!!!. Tempoh masa baik pulih cuma  lebih kurang seminggu, jika aku menanggung kosnya..... Kisah asalnya ada di post SINI


Tapi, malangnya aku tak berjaya untuk collect jumlah tersebut sebelum aku backpacking ke Korea....

Sebelum aku claim semula di kaunter Sony Service Center KLCC, mereka masih mahu dapatkan kepastian sama ada aku mahu repair kamera ini... Aku suka berurusan dengan mereka yang komited dalam pastikan kepuasan customer mereka- dan Sony Malaysia adalah salah satu daripadanya. Tahniah.

Aku dapat balik body & lense dalam bubble wrap, dan bila aku buka, keadaannya masih seperti aku hantar dulu cuma sedikit bersih.... Tahniah Sony kerana dapat menjaga dengan baik A550 aku.

So, aku tak akan teragak-agak lagi untuk gunakan Authorised Service Center Sony, jika dikira layanan perkhidmatannya yang memuaskan- walaupun kosnya sedikit tinggi.

Aku yakin yang A550 aku masih boleh menghasilkan gambar-gambar yang menarik bila di Korea nanti.... InsyAllah. Tunggu dan lihat sajalah hasilnya....

Oscar El-Capito signing out!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...