Monday, July 23, 2012

Demam Korea: Apa yang menarik sepanjang naik Train ke Yeosu

Selama 5 Jam perjalanan naik train biasa dari Seoul Station ke Yeosu Expo Station (disebabkan tersalah ambik train!), ada satu scenery yang berjaya menarik perhatian aku.... Oleh sebabkan itu, otak aku mulalah terpikir nama-nama seperti Na Yeon Choi, Inbee Park & Michelle Wie*.

Kalau tak silap aku ini driving range.... (kalau tak silap la)... Dari Seoul ke Yeosu, boleh kata ada kurang dari 10 driving range yang aku jumpa sepanjang perjalanan. Dan di sepanjang perjalanan itu juga, driving range ini bukan berada di dalam bandar. Kebanyakannya terletak di kawasan perkampungan yang kadang kala juga bersebelahan dengan kawasan pertanian.

Bagi aku yang agak selalu ke driving range di area Shah Alam, saiz driving range sebegini besar hanya ada di kelab-kelab golf yang ekslusif seperti KLGCC. Kebanyakan di Malaysia, hanya punyai perimeter netting sahaja (itu pun koyak rabak... hahaha). Tapi tidak di Korea.

Mungkin di Korea, golf bukanlah permainan untuk golongan elit sahaja. Dah menjadi aktiviti riadah biasa... Mungkin disebabkan itu juga, tak hairan untuk aku tengok nama-nama pemain golf Korea sentiasa berada di ranking yang terbaik dunia- lebih-lebih lagi pemain wanita mereka. Ditambah lagi dengan lifestyle mereka yang sentiasa bersungguh & gigih dalam apa saja hal. Tabik!

Mungkin dari driving range lagi sudah dihidangkan habuan sebuah kereta BMW jika berjaya mengenai net sponsor ini..... mungkin kot... Hihi hi...

~ ~ ~ ~ ~

Selain itu.... pemandangan biasa menyusuri kampung-kampung dan pekan-pekan kecil. Ini antara yang aku sempat snap dengan camera Alpha 550 aku yang rosak ni..

Melintasi Han River... dan bangunan tinggi warna emas itu adalah KLI 63 Building....

Melintasi sawah padi (rasanya...)

singgah berselang-seli dengan stesen keretapi kecil di bandar-bandar...

dan sawah padi lagi....

 Selepas 5 jam keras di dalam keretapi.... sampailah kami ke Yeosu-Expo Station.... betul-betul di pintu masuk World Expo Yeosu....

Oscar El-Capito signing out




*Michelle Wie (Korea name: Wie Sung-Mi) is an American professional golfer on the LPGA Tour and a student at Stanford University, She was born in Honolulu, Hawaii, USA on October 11, 1989 to Byung-Wook "B.J." Wie and Bo Wie, both of whom had immigrated to the USA from South Korea (Republic of Korea).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...