Monday, July 2, 2012

EURO 2012: Azzurri- 2nd Best is Good Enough


 Juara EURO 2012 -----> SPAIN!!!

Setelah 92 tahun mencuba... sejak 1920 lagi. Akhirnya Spain berjaya mengalahkan Italy dalam 90minit perlawanan kompetatif (EURO 2008 Spain berjaya kalahkan Italy dalam penalti shoot-out) dgn jaringan 4-0. Sebelum ini anak buah Cesare Prandelli berjaya  bertahan sebanyak 15 perlawanan kompetatif tanpa kalah dan Spain telah berjaya memecahkan rekod Italy itu...



Yang aku harapkan persembahan terbaik Italy pada EURO 2012 kali ini sama seperti Game of The Century nya dulu.... Tapi itu tak menjadi realiti dalam perlawanan akhir kali ini... Apa yang sama terjadi adalah Post-Game of The Century. Italy tewas pada Brazil 4-1 di Final World Cup 1970 selepas terlalu penat ,berhempas pulas menewaskan Germany di Semi-Final. 

Inilah yang terjadi pada team Italy malam tadi. Kalah besar pada Spain 4-0. Italy tak punya masa rehat yang cukup untuk berjumpa team yang punya advantage di semua posisi. Termasuklah insiden-insiden yang berlaku dalam perlawanan malam tadi.... Hampir mustahil untuk Itali kembali bangkit apa lagi untuk menang...  Inilah rekod kekalahan Italy yang paling teruk.

Defender utama Giorgio Chiellini yang cedera terpaksa dikeluarkan minit ke-21 dan digantikan dengan Federico Balzaretti.... dan setelah membawa masuk pemain ketiga -Thiago Motta menggantikan Riccardo Montolivo yang terlalu letih, menyebabkan tiada simpanan lagi boleh digunakan bila Thiago Motta sendiri kecederaan hamstring. Azzurri bermain dengan 10 pemain ternyata terlalu letih dan tak punyai sebarang 'luck' untuk terus berjuang setanding Spain yang full-form. Kedua-dua team pernah bertemu dalam Group Stage, dan keputusan 1-1 telah membuktikan yang mereka hampir sama kuat dan seimbang.

Malam tadi Spain memang punya banyak kelebihan dari Italy, maka Final kali ini memang milik Spain.... Trophy EURO kali ini pun memang milik Spain... Tahniah Spain. 3 kejuaraan berturut-turut.

Full-time
 Italy 0 - 4 Spain

Statistik Perlawanan  Akhir EURO2012 - Spain vs Italy

#FORZAITALIA

Oscar El-Capito signing out!




Photo & data source :  www.uefa.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...