Thursday, June 28, 2012

EURO Azzurri Trivia; World Cup 1970 Semi-Final : Game Of The Century

Pada yang baca posting aku yg INI, INI, dan yang INI. Mesti meluat dengar aku asyik-asyik katakan tentang 'Game of The Century' ni.... Disebabkan pagi esok merupakan kali ke-8, Italy bertemu Germany (kali ke-3 di Semi-Final). Aku nak menyorot kembali sejarah WORLD CUP; MEXICO 1970, kenapa pertembungan antara Italy dan Germany (masa itu West Germany) begitu hebat sehingga mendapat gelaran "Game of The Century"....

Skuad Piala Dunia West Germany 1970



Skuad Piala Dunia Italy 1970
kisah bermula dari Quater-Final World Cup 1970

Italy (Juara Group 2) berjaya menewaskan Mexico di Quarter-Final. Italy ketinggalan 1-0 kepada Mexico dan sebelum tamat separuh masa pertama, Italy menyamakan kedudukan 1-1. Separuh masa kedua Italy menjaringkan 3 gol untuk layak ke Semi-Final dengan jaringan 4-1.

West Germany (Juara Group 4) layak ke Semi-Final selepas menewaskan England dalam satu perlawanan ulangan akhir World Cup 1966 (yang mana England menang satu2nya World Cup). Di anggap antara perlawanan terhebat dalam sejarah bola sepak- England mendahului dengan 2-0 tanpa penjaga gol hebat England Gordon BANK. West Germany seakan tewas dalam perlawanan ini sehinggalah Franz BECKENBAUER menjaringkan gol pada minit ke-68. Selepas jurulatih England Alf RAMSEY mengeluarkan Bobby CHARLTON, England hilang rentak dan serangan bertubi-tubi Germany berhasil pada minit ke-76. Uwe SEELER menanduk masuk gol penyamaan Germany dan mengheret England ke masa tambahan. Selepas satu gol England Geoff HURST dinafikan, Gerd "Der Bomber" MUELLER menjaringkan gol kemenangan West Germany dari kesilapan penjaga gol gantian England- Peter BONETTI. West Germany menang dengan jaringan 3-2

West Germany berjaya memusnahkan impian England untuk mengulangi kejayaan 1966, Italy pula mara dengan reputasi sebagai European Champion 1968 dan punyai misi untuk menyaingi Brazil dalam kejuaraan World Cup. Italy dan Brazil masing-masing sudah berjaya menjulang Jules Rimet Trophy sebanyak 2 kali. Siapa yang layak untuk menyimpan terus Jules Rimet Trophy jika dapat menjulang buat kali ketiga

Italy perlu menang Semi-Final ini.... bermulalah.

Semi-Final World Cup 1970

Tarikh: 17 June 1970
Stadium: Estadio Azteca, Mexico City
Pengadil: Arturo YAMASAKI MALDONADO
Pembantu Pengadil 1: Rafael HORMAZABAL DIAZ
Pembantu Pengadil 2: Guillermo VELASQUEZ
Jumlah Penonton: 102,444

 Line-up Italy:
1- Enrico ALBERTOSI (GK)
2- Tarcisio BURGNICH 
3- Giacinto FACCHETTI (C) 
5- Pierluigi CERA 
8- Roberto ROSATO (-91')
10- Mario BERTINI
11- Gigi RIVA
13-Angelo DOMENGHINI
 15- Sandro MAZZOLA (-45')
16- Giancarlo DE SISTI
20- Roberto BONINSEGNA

Pertukaran pemain:
4- Fabrizio POLETTI (+91')
14- Gianni RIVERA (+45')

Pengurus:
Ferruccio VALCAREGGI (ITA)



Line-up West Germany
1- Sepp MAIER (GK) 
3- Karl-Heinz SCHNELLINGER 
4- Franz BECKENBAUER 
5- Willi SCHULZ 
7- Berti VOGTS 
9- Uwe SEELER (C) 
12- Wolfgang OVERATH 
13- Gerd MUELLER 
15- Bernd PATZKE (-63')
17- Hennes LOEHR (-53')
20- Juergen GRABOWSKI
Pertukaran pemain:
  10- Sigi HELD (+63')
14- Stan LIBUDA (+53')
Pengurus:
Helmut SCHOEN (GER)
           
Al-kisah bermula.... Italy berjaya mendahului seawal minit ke-8 dengan rembatan luar kotak penalti Roberto BONINSEGNA hasil kombinasi "one-two" dengan Gigi RIVA. Italy mendominasi perlawanan sepanjang separuh masa pertama dan kedua.... Kempen serangan German yang tak henti-henti berjaya dihalang oleh barisan pertahan super-kental yang diketuai oleh Kapten Italy no3-Giacinto FACCHETTI. Sehinggalah masa kecederaan minit ke-90, Sweeper German, Karl-Heinz SCHNELLINGER berjaya menolak masuk bola cross Juergen GRABOWSKI melepasi Enrico ALBERTOSI dan mengheret Italy ke masa tambahan.

Itulah gol pertama dan terakhir buat SCHNELLINGER sepanjang kempen antarabangsanya sehinggakan pengulas TV German - Ernst Huberty berteriak,"Schnellinger, of all people!". SCHNELLINGER telah menyelamatkan West Germany dari pulang awal dengan kekalahan...

Tamat separuh masa kedua- Italy 1-1 West Germany

Bermulalah masa tambahan yang akan menguji ketahanan mental fizikal sepanjang 15 minit pertama... German berjaya mendahului dengan Gerd "Der Bomber" MUELLER berjaya mencuri bola dari Fabrizio POLETTI dan menolak masuk melepasi penjaga gol Enrico ALBERTO pada minit ke-94. 4 minit kemudian- minit ke-98, Tarcisio BURGNICH membuat rembatan volley melepasi Sepp MAIER hasil follow-up dari free-kick bola yang terkena Sigi HELD. Kedudukan menjadi 2-2. Sebelum tamat separuh masa tambahan pertama, minit ke-104 Gigi RIVA berjaya membuat rembatan leret dari hantaran cantik counter-attack Italy. Dia memperdayakan Karl-Heinz SCHNELLINGER sebelum merembat masuk melepasi Sepp MAIER menjadikan Italy 3- 2 German

Tamat separuh masa tambahan pertama - Italy 3-2 West Germany

15 minit masa tambahan kedua bermula dengan gol tandukan follow-up "Der Bomber" MUELLER dan berjaya menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-110. Sedang televisyen masih menayangkan reply gol  Gerd MUELLER, selang seminit (minit ke-111) larian Roberto BONINSEGNA berjaya melepasi Willi SCHULZ  dan hantaran tepat pada Gianni RIVERA yang tidak dijaga dalam kotak penalti dan RIVERA berjaya merembat gol kemenangan untuk Italy....  

Franz BECKENBAUER yang mengalami patah dibahagian tulang selangka, terpaksa meneruskan permainan dengan arm sling di tangan kerana Helmut SCHOEN, pengurus German telah pun menggunakan 2 gantian pemain. (maksimum 2 pertukaran pemain). Keputusan kekal sehinggalah, tamat masa tambahan kedua.

Tamat separuh masa tambahan kedua- Italy 4-3 West Germany
Full-time
 Italy 4 - 3 West Germany

Mungkin ini bukan perlawanan bola yang paling hebat tetapi permainan tambahan masa yang paling mendebarkan... kesungguhan Italy dan West Germany untuk melayakkan diri ke Final cukup menakjubkan, sehingga antara alasan kenapa Italy tewas 4-1 kepada Brazil di Final World Cup 1970- Italy terlalu letih melayan 30 minit terakhir kepada Germany di Semi.... 
Carlos Alberto Torres  adalah kapten pasukan terakhir menjulang Jules Rimet Trophy yang asal.
Brazil berjaya menjulang Jules Rimet Trophy buat kali ketiga dan Jules Rimet Trophy menjadi milik Brazil selamanya. World Cup; West Germany 1974 menyaksikan World Cup Trophy yang baru diperkenalkan.... 

Dan sebab itu, satu monumen didirikan untuk memperingati perlawanan tersebut di Stadium Estadio Azteca. Sebuah Commemorative plaque tertulis- 

El Estadio Azteca rinde homenaje a las selecciones de: Italia (4) y Alemania (3) protagonistas en el Mundial de 1970, del "Partido del Siglo" 17 de junio de 1970

(The Azteca Stadium pays homage to the National Teams of Italy (4) and Germany (3), who starred in the 1970 FIFA World Cup, the "Game of the Century". June 17th 1970.)


#FORZAITALIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...