Tuesday, June 26, 2012

EURO 2012: It's an Italian Job


Semalam, The Three Lion habis di ratah oleh The Azzurri... Bukan di ratah dalam jaringan yang banyak. Di ratah hidup-hidup dengan percubaan yang tak berhenti-henti. Sikit pun tak mengendahkan cubaan-cubaan dan amaran counter-attack dari England.... Italy terus juga menyerang....


Aku memang merasakan tiada gol yang besar utk siapa yang akan menang malam tadi. Tapi tak sangka yang England seperti tidak melawan lebih-lebih lagi dari sebuah pasukan Juara Group D, melawan Naib Juara Group C. Italy sebelum ni lebih nampak terkial-kial menahan serangan Croatia dlm Group Match tempoh hari dari melayan serangan Juara Group D yang sentiasa terbantut. Mungkin tiada penyudah yang baik menyebabkan Italy tak berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya 10 gol. (Hadooyai-nyepun...)

Andrea Pirlo sememangnya Midfield Meastro Italy yang terbaik. Dia merancang segala hantaran-hantaran untuk percubaan yang mengoyangkan England sepanjang malam tadi. Tak seperti Marcello Lippi yang gemar menyimpan Pirlo semasa World Cup 2010, Cesare Prandelli menggunakan kepakaran Pirlo sebaik mungkin. 

Bila penalti menjadi penentu, aku tak sangka Pirlo akan ambil penalti ala Antonin Panenka EURO1976... Sebaik saja Joe Hart seperti menumbangkan badan ke arah kanannya, Pirlo dengan selamba membuat bola chip- melambung perlahan ke tengah gawang gol! Perfecto!!!. Jaringan penalti yg menjadi Psychological Boost utk pemain Itali yg telah ketinggalan 2-1... Dan Gianluigi Buffon menyelamatkan percubaan Ashley Cole selepas penalti Ashley Young terkena palang... Alessandro Diamanti sempurnakan segalanya dan The Azzurri layak ke Semi....

Next will be another Game of The Century..... in the making.....

Full-time
 Italy 0 - 0 England
(Italy menang penalti 4-2) 

Statistik Perlawanan Suku Akhir EURO2012 - England vs Italy

#FORZAITALIA


Oscar El-Capito signing out!




Photo & data source :  www.uefa.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...