Selesai solat jumaat di Masjid As-Syakirin KLCC semalam, aku terus ke Kinokuniya KLCC untuk sesi membelek buku yang tak mampu aku beli. Dah jadi rutin selepas solat jumaat setiap minggu. Tapi kali ini pergi dari rak ke rak mencari buku.... aku terjumpa seseorang yang punyai aura yg cukup kuat.
Duli
Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr Nazrin Shah
Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin.
Tuanku yang berbaju batik, tinggi dan kulit cerah ini berjalan dalam Kinokuniya sambil diiringi seorang pengawal peribadinya.... dan sebuah bakul yang penuh dengan buku. Mungkin inilah masa untuk Tuanku shopping buku koleksi bacaannya. Hampir penuh bakul yang dipegang oleh lelaki bushjacket itu.
Mungkin Tuanku ke KLCC sempena Pameran Kesultanan Perak (The Perak Sultanate Exhibition) yang sedang berlangsung di Galeri Petronas sempena Hari Keputeraan Sultan Perak ke-84. Aku dah berkali-kali ke pameran itu, dan sekarang aku bertemu sendiri dengan individu sebenar yang punya asal usul Kesultanan Perak yang cukup masyhur satu ketika dulu.
DAULAT TUANKU!
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment