Sebulan sudah aku tengok poster ARSENAL TOUR 2012: MALAYSIA XI vs ARSENAL di ROCKSTAR, KLCC..... dan aku tau game ni jatuh dalam bulan puasa di Stadium Bukit Jalil.... Makanya aku pun teragak-agak untuk pergi atau tidak.... Takut2 mengganggu Tarawikh, tapi tengok waktu kick-off nya :- 9:45 PM... Alhamdulillah.
Pendekkan cerita, hari itu aku dapat tiket sponsor dari adik aku- Syuhada (Die-Hard Fan Arsenal katanya....), katanya banyak tiket percuma diedar di sekolah-sekolah terpilih... Alhamdulillah, aku adalah antara orang luar yang terpilih jugalah.... Tiket Gate Yellow Tier 1 Free Seating berharga RM58.00.
Aku tiba di area Station PUTRA Bukit Jalil tepat pukul 9:30 malam dan sempat lagi survey Arsenal New Home Kit untuk Jaja (Die-Hard Fan tegar Arsenal selama bertahun-tahun....) di booth yang bersepah di luar stadium..... Untuk menunjukkan kesetiaan Jaja pada Arsenal, terpaksalah dia beli satu sebelum masuk ke dalam stadium....
Keadaan dalam stadium tatkala aku melangkah masuk.... Game sudah mula lebih kurang 15 minit dan keadaan stadium tak lah begitu penuh..... Tapi sorakan tak putus-putus dari ULTRA MALAYA membuatkan semangat menyokong team kebangsaan membuak-buak!!!... kalu tak silap, hanya 35'000 penonton di stadium pada malam tu..
Kali ni Arsenal beraksi tanpa bintang mereka seperti Robbie Van Persie, Lukas Podolski dan Giroud.
Selain ULTRA MALAYA..... ARSENAL INDONESIA, SINGAPORE GOONERS dan ARSENAL MALAYSIA, turut bersama memberi sokongan kepada team Arsenal pada malam itu.... Tapi belum mampu untuk menenggelamkan jeritan HARIMAU MALAYA yang bergema di seluruh stadium.!!!
GOOOOAAALLLL!!!!!! Superb volley by Azmi Muslim in 46th minute.....!!!! Malaysia XI 1 - 0 Arsenal
Screen besar sempat tunjuk ulang tayang rembatan volley kaki kiri Azmi Muslim dalam jarak 30 meter melepasi penjaga gol Arsenal;Vito Mannone
Menanti separuh masa kedua..... kami memekak meniup hon mengikut warna jersey masing-masing.... Jaja agak terkujat melihat Arsenal ketinggalan 1-0.... Tahun lepas (2011) Arsenal menang 4-0 ke atas Malaysia... Adakah kemenangan 2-0 ke atas Arsenal tahun 1975 era Mokhtar Dahari akan berulang?
Di bawah antara percubaan Malaysia yang berjaya menggugat pertahanan Arsenal tapi rata-ratanya gagal.... ini antara yang berjaya aku snap guna camera Sony Alpha 550 aku yang uzur...
~ ~ ~ ~
Dah menjadi badi atau pun tabiat team kita.... leka sikit dalam minit-minti akhir memang membawa padah..... Thomas Eisfeld berjaya menolak masuk hantaran lintang Nico Yennaris pada minit ke 87....
~ ~ ~ ~
Minit ke 89.... Jaringan kemenangan Arsenal selepas rembatan Chuks Aneke terkena kaki pertahanan Malaysia... dan menjangkaui penjaga gol Malaysia....
Full-time whistle; Malaysia XI 1 - 2 Arsenal
Hampir-hampir Malaysia membuat kejutan pada Arsenal..... Tapi kempunan seperti biasa..
Jaja yang dah balik awal masa separuh masa kedua tak sempat melihat kemenangan Arsenal.... pasti dalam perjalanan pulangnya, pasti dia menyumpah seranah pemain Arsenal kerana tewas pada Malaysia.... Hahahahhaha....
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment