Saturday, July 21, 2012

Demam Korea: Kedai K-POP....

Demam K-POP di Malaysia yang semakin menjadi-jadi adalah antara penyebab kami datang ke Korea.... Lebih-lebih lagi bila tarikh Girl Generation perform di World Expo, dan kami pun ada di sana.... kuat penangan Hallyu kat Malaysia ni.

Kali pertama backpacking ke Korea, Skill K-Pop Hunting kami masih lagi lemah. Tak sempat aku nak google. Tambah lagi dengan cuaca hujan yang berterusan. Makanya, hunting banyak berkisar sekitar area-area yang berbumbung.... Memang banyak stall-stall & kedai menjual souvenir K-pop sekitar Myeong-dong Shopping District. Tapi harga mereka agak mahal, mungkin disebabkan lokasi mereka di tempat yang agak popular.

Disebabkan cuaca hujan, Myeong-dong Underground Shopping Center (yang juga sebenarnya Myeong-dong Station Metro Line 4) menjadi tempat pilihan untuk shopping sambil-sambil menunggu masa untuk naik train. Suasana dalamnya tak ubah seperti berada di Underground Market Shanghai Science and Technology Museum, Shanghai.

Kedai pertama aku beli CD T-ara 'Day by Day' & Girl Generation 'The Boys'
Kedai pertama yang kami terjumpa..... Nama kedai memang tak dapat nak ingat, cuma yang aku ingat bila aku keluar dari train (menuju EXIT 5 & 6) aku terus terjumpa dengan kedai ini. Diantara kedai-kedai menjual barangan K-pop yang ada di Myeong-dong Underground ni, ini adalah kedai yang offer harga CD yang paling murah.

Kedai kedua souvenir K-pop yang kami jumpa
Kemudian kami terjumpa 2 kedai berhadapan satu sama lain.... masuk ke Myeong-dong Underground dari EXIT 7 & 8 dan kedai ini berada di lorong kanan. Kali ini koleksi yang ada di kedai ini lebih banyak berbanding kedai pertama tadi. Harga CDnya juga lebih kurang sama. Cuma di dua kedai ini ada lebih banyak item 'limited edition' konsert-konsert K-pop yang lepas-lepas. Tapi jika ada item yang punya sign dari artis terkenal~~~ sekadar boleh pandang sajalah.

Kedai aku beli Lanyard SNSD.... & Kalender SNSD
Semasa shopping tengah malam di Migliore, Dongdaemun ada juga kami terserempak dengan deretan kedai K-pop. Yang hebatnya semuanya dimiliki oleh tuan kedai yang sama.... Sempat aku merembat (beli lah sebenarnya...) nametag T-ara & Girls Generation memandangkan banyak sudah barang K-pop aku beli di Myeong-dong petang itu.

Teringat aku dengan satu kedai K-pop yang ada di Berjaya Times Square,KL. Lebih kurang sama susun atur kedainya dengan kedai-kedai K-pop di Korea ni.... Klik disini untuk Posting Kedai K-Pop di Times Square....

Dan tak abis lagi, selepas check-in di Incheon Airport, The Shilla Free-Duty Shop juga ada menjual barang-barang souvenir K-pop yang sedikit esklusif, tak ada di kedai-kedai sebelum ni. Tapi harga di sini agak sedikit mahal (walaupun duty-free katanya). Tapi pada mereka yang tak sempat nak dapatkan souvenir K-pop di Seoul, tak salah bazirkan sikit duit untuk dapatkan 'something k-pop' untuk dibawa balik ke Malaysia....

Disebabkan Hallyu yang sedang 'in' sekarang ni, bagi aku souvenir K-pop adalah antara souvenir Korea paling berbaloi dibawa untuk kenang-kenangan ataupun untuk diberi pada kawan-kawan (walaupun pada mereka kononnya anti K-pop... Ha Ha Ha...!!)

K-pop Store Hunting akan bersambung di musim depan... Insya-Allah..

Oscar El-Capito signing out!




Photo of 'Kedai Pertama' was taken from http://kasurin.blogspot.com
Others is my personal collection

2 comments:

  1. Glad you enjoyed the K-pop hunt and thank you for crediting my photos!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah!! I've been visited by the owner of the photo!! TQ for dropping by. Yeah! Next time i'll be as detail as u to go hunting every single place in Seoul... keep-in-blogging.!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...