Di Seoul ni bersepah-sepah dengan selebriti korea.... mana-mana je boleh jumpa, janji kenal muka + nama artis tu.... Artis K-pop lagilah bertimbun-timbun.... Oleh sebab itulah aku terserempak dengan Lee Byung-Hun, pelakon yang menjadi Storm Shadow dalam filem G.I. Joe:The Rise of Cobra & G.I. Joe:Retaliation dan juga drama meletup IRIS semasa jalan-jalan di Gwanghwamun Square.
Walaupun aku tak berapa minat dengan drama IRIS di KBSW, tapi spin-offnya Athena: Goddess of War yang buatkan aku dengan Lee Byung-Hun- kita BRO!!. Lagipun, Athena: Goddess of War baru saja habis ditayangkan di OneHD .
"Welcome to 'IRIS' location at Gwanghwamun Square".... katanya |
Aku tak kata pun aku dapat jumpa selebriti Korea 'Live'.... tapi Real Size Cut-out Stand selebriti memang bersepah-sepah kat Seoul ni.... Hahahai.
Boleh kata famous jugak Gwanghwamun Square disebabkan drama IRIS.... katanya, inilah 1st time kerajaan Korea benarkan penutupan jalan utama di tengah-tengah bandar Seoul untuk sebuah pengambaran drama. Baguskan... Nak galakkan orang lawat tempat-tempat yang ada dalam drama-drama Korea... Aku antara yang termakan umpan itu...
Ok...Sekarang tiba masanya untuk 'Daniel Craig Malaysia' nak bergambar sebelah Lee Byung-Hun.... sila ketepi Cik Puan Neena....
Masih banyak masa lagi sebelum boleh check-in di Hotel.... jadi kami teruskan perjalanan ke Cheonggyecheon Stream
Oscar El-Capito signing out!
pictures belong to their respective owner
picture source:http://english.seoul.go.kr/
No comments:
Post a Comment