Setelah habis 2 jam meronda-ronda dalam Seoul Folk Flea Market, kami keluar dalam hujan menuju ke Cheonggyecheon Stream. Aku cadang nak berjalan kaki saja sepanjang sungai Cheonggyecheon menuju ke Dongdaemun..... Di sana baru aku bercadang ambik METRO Line 4 untuk ke Myeong-dong.
Dalam perjalanan, tak jauh dari Seoul Folk Flea Market tadi aku terjumpa satu kedai misteri...!!. Kedai military surplus.... !!. Walaupun kat dalam market tadi, barang 2nd hand military ada merata-rata... tapi yang ini lagi dahsyat. Signboard nya hanya tertulis U.S Military dan sign CLOSE yang tergantung.
Cik Puan Neena & Taisha di depan kedai misteri ni... Walaupun katanya 'Close'. Tapi pintunya terbuka.... |
Barang 2nd hand yang ada di kedai ini kebanyakkannya dari koleksi US Army yang sememangnya ada ditempatkan di Seoul.(ditempatkan selepas Perang Korea). Yang uniknya kedai ini punyai koleksi part2 kenderaan dari kereta kebal sampailah ke tingkap HUMVEE yang ada kesan tembakan.
Cool!!... Track kereta kebal jadi alas kaki masuk kedai ni.... |
Yang peliknya, bila aku jengok ke dalam kedai.... rasanya tiada ruang untuk kaunter jualan... dan tiada tempat untuk orang duduk. Malah owner kedai pun tak kelihatan sepanjang aku berdiri di dalam kedai.... Lalu aku andaikan yang koleksi ini adalah koleksi peribadi dan bukan untuk di jual (mungkin kot....). Tanda harga pun tak kelihatan pada barang-barang dalam kedai ini....
Keadaan penuh sesak dalam kedai... tak ada ruang untuk berjalan...... |
Selepas melihat sekeliling dalam kedai, aku pun keluar.... tak tahu nak tanya pada siapa, kalau ada pun mungkin bersembang macam ayam dan itik sajelah.... Bila aku keluar, kelihatan seorang berpakaian Woodland ber- boonie Cap berdiri di seberang jalan. Tak nampak pula seakan dia ingin 'greet' aku (kalau dialah owner kedai ni....)
Posing terakhir... sebelum chow... takut plak org seberang jalan tu asyik tengok2 kami.... hihihi |
Sempat aku snap gambar terakhir sebelum teruskan perjalanan sepanjang Cheonggyecheon... Itulah dia lelaki misteri berdiri tegap di depan kedai tadi..... cabut! |
Sampai di Malaysia, aku cuba cari info tentang kedai ini. Disebabkan dia ada koleksi military yang agak unik, pasti akan ada Backpacker/Tourist lain yang akan kongsi info di internet.... Malangnya tiada, jadi kedai ini kekallah misteri sampai akulah aku sendiri belajar bahasa Korea untuk bersembang dengan lelaki gagah tu...
Oscar El-Capito signing out!
nak try jugak backpacking jew kew korea...anggun pn dah nak boleh berjalan dah ni...
ReplyDelete