Wednesday, August 1, 2012

Ku sangka REVENTON di Malaysia; rupernya AVENTADOR da...

Subuh semalam aku masih gigih berkerja di PAVILION untuk kerja-kerja Dekor Raya di Center Court.... Tiba-tiba aku terpandang kereta Lamboghini putih yang sedang parking di Porte-Cochere Pavilion. Tempoh hari, semasa aku datang untuk meeting di sini, aku sudah nampak kereta Lambo ini di area yang sama...

Dari jauh aku sangkakan model REVENTON..... disebabkan rekabentuk luarannya. Kagum aku, siapakah yang mampu beli REVENTON di Malaysia- setahu aku itu adalah model Lamboghini paling mahal pernah dikeluarkan. Bila aku double-check, rupanya ia model AVENTADOR LP700-4.



Sambil aku cuba mendekati kereta Super Sportcar ni, pak guard Pavilion dah mula pandang-pandang slack..... Aku pun berlagak posing sambil jengok-jengok ke dalam interiornya. Dah la gelap, cermin pula tinted... Maaf tak dapat aku tengok full-screen digital dashboard nya.

Pusing keliling umpama melihat kereta Sportcar di pameran kereta (KL International Motorshow pun belum tentu boleh bawak masuk AVENTADOR atau REVENTON untuk jadikan pameran)... tapi bezanya kali ini, kereta ini sudah ada tuan yang empunya. Rasa kagum bukan hanya pada design kereta ini, tapi juga pada tuan yang punya kereta kerana berjaya menjadikan impian orang kebanyakan- realiti untuknya....
 
Dengan harga hampir RM3 Juta sebuah, AVENTADOR LP700-4 adalah model terbaru Lamboghini menggantikan model MURCIELAGO yang dah ada kat market selama 10 tahun. Rupabentuk AVENTADOR yang lebih menyerupai Limited Edition REVENTON yang keluar selepas MURCIELAGO- menyebabkan aku sendiri confius bila pertama kali terpandang kereta ini...

MURCIELAGO LP 670-4 vs REVENTON  vs AVENTADOR LP700-4
Daripada 4000 unit yang akan (dan telah pun) dikeluarkan seluruh dunia, 20 buah telah pun ditempah oleh orang-orang kaya dari Malaysia.... dan 3 buah dari padanya telah sampai di sini sejak akhir tahun lepas. Dan ini mungkin salah satu daripadanya. Kagum aku sekali lagi....

Muka seorang yang berpuashati dengan apa yang dia jumpa.... Mamat selebet sebelum sahur...

Oscar El-Capito signing out!



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...