Wednesday, August 15, 2012

T-ara; Panas-panas dari Korea!!!!

Panas dari Korea!! Panas lagi dari Korea... baru sampai kelmarin . Terima kasih tidak terhingga pada saudara Azizi, yang aku tak tau sama ada dia bertungkus lumus untuk membeli CD T-ara ini di sana... Dia ke sana atas urusan pulling-down untuk World Expo Yeosu tempoh hari. Terima Kasih Azizi!!


2 Repackaged EP T-ara yang aku tak sempat beli masa aku di sana: Roly Poly in Copacabana & Funky Town. Selepas aku beli EP Day By Day dan aku cukup berpuashati, makanya aku cuba dapatkan lagi 2 album T-ara yang punyai kompilasi lagunya yang best....  Memang sepatah haram liriknya aku tak paham..... tapi sebenarnya ini adalah souvenir Korea yang paling berbaloi dibeli dari sana.... lebih2 lagi untuk mereka yang gemarkan K-pop.

Selain content album yang K-pop yang penuh dgn gambar2, harga yang dibeli dari sana juga sebenarnya cukup murah. Aku beli kedua-dua CD dengan harga 20000 Korean Won bersamaan dgn RM60. (EP Day By Day cuma 8000 Korean Won + dapat poster free lagi....)

Harga CD K-pop yang di pasarkan di Malaysia.... 2 kali ganda ko nyah!!!
Tapi, perbandingan ini sesuai untuk mereka yang pesan melalui rakan2 yang berkesempatan ke Korea yang mana kos pengangkutan tidak menjadi isu..... (cukup sekadar belanja makan untuk cover penat lelah member tu mencari kedai...) Kalau diri sendiri yang pergi; tak perlulah beli 1 atau 2 album sahaja, lebih baik beli lagi banyak... Hahahaha

Oscar El-Capito signing out!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...