Aku balik raya ke kampung isteri aku - Kg Lubuk Temiang, Labuan; buat pertama kali selepas kami kahwin... satu hari sebelum Raya.... (1st Syawal jatuh pada hari Ahad). Sambil-sambil menyahut seruan menggunakan perkhidmatan awam untuk pulang ke kampung, Flight MAS dari KLIA direct ke Labuan adalah pilihan yang paling berbaloi...
Kami sampai di KLIA seperti biasa (1 1/2jam sebelum departure), tapi dikejutkan dengan barisan yang cukup panjang untuk drop-bag di kaunter. Kami yang sudah pun Web Check-in terlebih dahulu.... tetapi masih mengalami masalah untuk hanya drop-bag. Aku ingatkan situasi begini hanya di stesen bas sahaja.... KLIA juga sama. Berkemungkinan staff kaunter terpaksa melayan kerenah customer dua kali ganda jumlahnya dari hari biasa... Maka kelambatan itu terjadi.
Terima kasih lah pada Taisha..... Mereka yang punya infant ada lorong khas dan barisannya yang agak pendek.... alhamdulillah kami dapat drop-bag 40 minit sebelum departure..... Aku tak tahu apa nasib mereka yang berbaris panjang... yang sama destinasi dengan kami...
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment