Friday, August 3, 2012

Sila Sila Silalah... Promosi Kraf Aidilfitri 2012.....

Memujuk atau mempromote sumthing adalah kelemahan semula jadi aku.... aku memang tak punya skill dalam pursued orang lain. Aku yang jenis tak suka memaksa.... Kalau berminat silalah..

Sila ke mana??....

Silalah ke Promosi Kraf Aidilfitri 2012 yang sedang berlangsung di ofis aku, ditengah-tengah Segitiga Bermuda Emas -- KL Golden Triangle... di Komplek Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur.... Berlangsung selama 12 hari bermula dari 1 sehingga 12 Ogos.. (terlewat 2 hari sudeeehhh..). Jualan bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, setiap hari lagi tu weyyy!!!


Yang penting, masuk adalah PERCUMA!!!!

Selain jualan berkaitan dengan hari raya.... ada juga pameran barangan kraf, demo masakan & pertandingan memasak, buat kueh, menganyam ketupat bagai.... mungkin nak habiskan hujung minggu dan menunggu time buka~~ ramai-ramailah menganyam ketupat di opis aku...

Gerai makanan untuk juadah berbuka juga disediakan.... nak tarawikh disini pun boleh.... semua ada...

So, nak tengok berapa ramai datang yang berminat selepas habis pujuk rayu aku ni...


Oscar El-Capito signing out!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...