Sunday, September 2, 2012

5 PERKARA YANG UNIK SEPANJANG RAMADHAN 1433

5  PERKARA YANG UNIK SEPANJANG RAMADHAN 1433 yang lepas.....

Posting ini aku cadang nak buat sebelum 1 Syawal... tapi tak sempat.... Makanya aku post sajalah selepas Syawal.... lengkaplah kitaran Ramadhan dengan kisah-kisah unik yang aku petik di dalamnya....

1) Pagi hari raya pertama confirm aku di Labuan...
Malam raya di Masjid Lubuk Temiang, Labuan.....
Ini lah perkara pertama yang aku sedar bermula dari awal Ramadhan lagi... Di pagi 1 Syawal kali ini aku akan berada di Labuan. Pertama kalinya juga aku tidak bertugas di pagi raya..... Alhamdulillah. Aku sudah normal dan satu Syawal aku dah pun jadi realiti... selepas 3 tahun. Harap-harap tahun depan, 1 Syawal aku rasa seperti orang lain juga.... InsyaAllah..

2) IFTAR
Aku bukan nak ceritakan tentang iftar apa yang paling menarik sepanjang Ramadhan.... tapi
IFTAR itu sendiri. Tahun ini, IFTAR itu dah hampir menggantikan 'berbuka puasa' yang telah lama kita gunakan.... Apa salah 'berbuka puasa' pun aku tak tau. Mungkin dah tak sedap kot ayat 'berbuka' klu nak cerita kat member-member. Perkataan IFTAR yang berasal dari perkataan Arab, telah bersepah mereka gunakan di Facebook & Twitter.

Bagi aku 'berbuka puasa' lebih ikhlas bunyinya berbanding IFTAR yang nampak macam menunjuk-nunjuk. Mungkin Ramadhan aku kali ini, sedikit terserlah nasionalism ku


3) Parking solution untuk mereka yang Tarawikh
--> Pada yang pergi sembahyang Tarawikh berjalan kaki... ini takkan jadi masalah.
--> Pada yang menunggang motor ke surau juga.... ini bukan lah masalah besar.
--> Pada yang memang menghabiskan Tarawikh 20 rakaat... ini mungkin masalah biasa...

Tapi untuk masjid yang punya parking banyak didalam kompaunnya dan punyai jemaah tarawikh yang ramai.... parking pasti menjadi masalah, untuk mereka yang berniat untuk hanya 8 rakaat. Berkemungkinan kenderaan mereka dihalang oleh mereka yang menunaikan 20 rakaat adalah tinggi. Harap ini tak melunturkan semangat untuk bertarawikh.....

Oleh itu, aku tabik pada Ahli Jawatan Kuasa Masjid/Surau yang buat Signage Direction di atas!!.. AJK-AJK masjid sekarang semakin kreatif dalam menyelesaikan masalah ini. Mereka punyai inisiatif sendiri untuk memudahkan perjalanan jemaah mereka. Alhamdulillah.... Selesai satu masalah.


4) Jovian Mandagie
Tiba-tiba tahun ini aku terdengar nama Jovian hampir setiap hari di penghujung Ramadhan.... Dalam group BB aku, siap ada member upload gambar customer Q panjang sebelum sahur di outlet First Lady... di website ZALORA pun design Jovian cukup popular. Selepas 20 by Rizalman di Tesco, nama Jovian tiba-tiba jadi fenomena untuk penggila baju raya 'ready-to-wear' kali ini.

 
Jovian Mandagie menjadi sebutan wanita-wanita yang mencari design baru yang lebih chicky dan cutting yang elegen- dan mudah dibeli/dapati di outlet. Then, aku baru tahu yang dia adalah alumni Lim Kok Wing University (mcm aku??.... tapi aku ex-staff). So, aku menunggu kalau-kalau tahun depan dia nak venture into men's attire pulak- especially baju melayu..... Nescaya aku pulak yang akn turun beratur sebelum sahur.


5) GANGNAM STYLE !!
Yang ini kebetulan.... Tak ada kene mengena dengan Ramadhan pun.... Kebetulan saja dia muncul minggu terakhir Ramadhan.... Shamsul Azizi yang ada kat Korea time ni pun sempat BBM aku pasal lagu Gangnam Style ini (aku dah pesan CD T-ara pada dia.....). Tapi awal kemunculan di Youtube, Gangnam Style dari PSY sudah ada 65 juta view!!!! 65 juta tak sampai sebulan..??!!! Perrghh!!! Hyu-na 4Minute pun ada dalam MV dia.... memang hebat!!! Apa yang hebat?... Tarian nya yang kelakar tapi comel.....

PSY yang selalu basah kuyup kalau perform di atas pentas, memang punya aura yang boleh orang kagum dengan persembahannya.... Bagi aku, selain daripada JYP, PSY adalah antara artis K-Pop hebat yang bersahaja tanpa perlu apa-apa pembedahan plastik.... Sampailah aku posting ni, Gangnam Style dah menjadi cult dan berpuluh-puluh prodigy nya dah muncul di Youtube. Haters pun dah semakin banyak....

Sekian....
SELAMAT HARI RAYA..... MAAF ZAHIR BATIN

Oscar El-Capito signing out!




pictures belong to their respective owner, unless otherwise stated.

2 comments:

  1. perkara unik yg ke 4.. bole x aku tag nama zue merangkap ex-staff ko?? err... adik tumpang lalu yek.. muahahahaha....

    ReplyDelete
  2. ait.... dlm blog mana boleh main tag2.... ex-staff tak layan!!! hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...