Dua hari lepas, Cik Puan Nashrina tiba-tiba berhasrat nak makan kerang masak pedas. Memandangkan misteri kehilangan
hawkers stall di Hartamas Square masih belum terjawab.
Asiacafe Food Court SS15 Subang akan menjadi perhatian kami. Singgah di rumah sebentar petang tadi, dan terus pergi ke Asiacafe.
|
Bila kami sampai sini... pasti kedai yang sama juga jadi tumpuan.... Kerang oh kerang
|
Dalam posting aku yang lepas
SINI,
stall Fried Seafood Asiacafe ni memang memenuhi citarasa kerang yang kami cari. Kerang masak pedas yang hampir menyamai rasa masakan kerang di
Hartamas Square dulu. Harga sekarang yang masih lagi murah -
RM9 untuk Small,
RM12 untuk Medium, dan
RM15 untuk Large
|
Akibat mengidam sudah lama.... large plate jadi habuan..... |
|
Selain Kerang Masak Pedas..... Coleslaw + Sotong Masak Tepung juga mampu membuat air liur bergenang di dalam mulut... |
Taisha pun pertama kali datang makan selepas Cik Puan Neena mengidam makan kerang di kedai yang sama masa mengandung dulu..... Esok aku nak mem'buru' Prince William & Kate Middleton di Taman KLCC, samada berjaya atau tak.... Malam ni aku tetap nak makan puas-puas.... Hahahaha
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment