" ..Hallo Farid, jgn lupa datang bawak kamera.... kami tunggu kat Taman KLCC kul 8;30..."
"Baiklah"
"....Jangan lambat, nanti jalan banyak kene tutup..."
Panggilan yang aku tunggu-tunggu.... maka secara rasminya aku akan menjadi official photographer untuk Kraftangan. Yang penting aku dapat jumpa Kate Middleton, live......!!. Berdesup aku ke KLCC selepas terima panggilan tadi....
Sampai di Taman KLCC, aku tengok En Azran- Ketua Unit Tekstil Bahagian Rekaan dah bersiap sedia dengan baju melayu nya....(aku datang berjacket pulak...). Hanya sebahagian taman digunakan untuk acara ini- Padang berumput berkontur di tepi taman permainan....
Cuaca sedikit renyai pagi ini. Apa yang aku dengar, jika hujan renyai, acara masih boleh diteruskan, tapi jika hujan turun dengan lebat- acara akan dibatalkan.... Keadaan cuaca masih lagi 50-50. Sebab itu jugaklah tiada kesungguhan untuk mencantikkan kawasan lawatan.... Gunakan apa yang ada saja.... Jadi Adjustment Bureau aku tak lah terlibat kali ini....
Sebaik aku tiba, model-model sedang bersiap-siap walaupun event start lewat pukul 10:30 pagi.....
"Bila lagi giliran saya??..", Aku mula jeles bila tahu Azran antara yang akan berada lebih dekat dengan Kate berbanding aku....Dan aku bertambah jeles bila tau Azran ada peluang untuk explain pada Kate. Cisss...
Kata mereka... Kalau aku berbaju melayu, mungkin aku boleh join Azran di dalam... Cissss.... !! dah sampai baru nak bagitau...
Kak Tia, Moore, Azran & Cik Ai.... Merekalah orang-orang kuat Bahagian Rekaan....
Favorite part aku dalam mana-mana event hig-profile mcm ni!! - Sesi Flushing dari PDRM sekitar kawasan lawatan Duke dan Duchess of Cambridge. Mereka akan periksa se-detail mungkin kawasan terlibat....
Peserta persembahan menyambut ketibaan Duke dan Duchess of Cambridge bersiap sedia di drop-off area .... Keadaan keliling barricade masih lagi lengang....
Model-model fashion line-up untuk dry rehearsal....
Bila menunggu terlalu lama di taman permainan...... inilah akibatnya..
Orang-orang kuat bersama-sama model..... aku pun menyelit walaupun tak sekuat mana....
Dry rehearsal dari wakil British High Commissioner.... semestinya mereka berpuashati....
Di seberang padang sana.... selain orang ramai yang datang sedikit demi sedikit, budak-budak sekolah mula kelihatan mengambil tempat untuk memenuhkan ruang depan barricades... Orang-orang media dan photographer juga mula masuk ke ruang khas yang dah disediakan. Alhamdulillah, photographer amatur macam bolehlah berkeliaran untuk dapatkan shot paling best...
Koleksi rekaan batik yang terkini dari Kraftangan Malaysia (yang memenuhi citarasa Kate katanya... ) akan dipersembahkan kepada Duke dan Duchess of Cambridge....
Gambar dengan Azran & Kak Rodziah buat kali terakhir sebelum mereka masuk ke dalam 'kandang'.... 2 skittle oren dah kami tandakan sebagai ruang khas Kraftangan untuk dapatkan shot terbaik Azran masa di dalam nanti...(malangnya tak berjaya...)
Tepat pukul 10:00 pagi.... orang ramai dah mula membanjiri sekeliling kawasan. Di sekeliling barricade, mula dipenuhi dengan orang ramai termasuk pelancong-pelancong yang turut membawa bendera 'Union Jack'.... Semangat mereka pada institusi di-raja meraka.....
Dan lebih kurang pukul 10:40... Yang dinanti-nanti telah tiba, Prince William dan Kate Middleton tiba di drop-off area..... Aku akan sambung dalam posting Duke dan Duchess of Cambridge in KLCC Park; Part 2 untuk gambar-gambar Prince William dan Kate Middleton...
Oscar El-Capito signing out!
Aku jeles....
ReplyDeleteAsal ko dapat pegi pulak??
hahhahhahah........
Nak gambar exclucive 1.... =P
Hahahaha.... aku kan geng-geng celebriti ni... hahaha
ReplyDeleteko nak gambar exclusive mcmana...?? gambar aku xberapa cun sgt...
berebut2 dgn org sekeliling...
Wahhhhh kelas kau, geng2 celebriti katanya......
DeleteHehehhheheh.....
Janji ada will & kate full nye.....
Nak jugak.... =D