Wednesday, September 26, 2012

FIFA 13!!... Here We Go!!...

Semalam, sempat juga aku dapatkan game FIFA 13 untuk PS3 aku, yang release datenya sama dengan North America, 25 September 2012. Sama juga seperti tahun lepas (masa beli FIFA 12), memang aku bersungguh untuk dapatkan seawal mungkin...... Tapi kali ini aku lebih teruja, sebab aku ada misi tersendiri untuk mula FIFA ULTIMATE TEAM a.k.a FUT13 lebih awal dari tahun lepas (FUT12 aku mula bulan Disember 2011 tapi aktif cuma start March 2012).

Disebabkan itu juga akhir bulan March lepas, aku dah mula gunakan YES 4G. Khas untuk online gaming PS3 sahaja. Lebih-lebih lagi di area PusKom Sek7 yang sememangnya tanah haram untuk mana-mana broadband provider termasuklah UniFi, menyebabkan aku tak ada pilihan lain selain YES 4G. Alhamdulillah, YES tak menghampakan.... Perform at its best di PusKom Sek7 ni....


 
Taisha dah umpama Maskot FIFA aku.... Kali ni Taisha dah tertido atas poster.... tahun lepas dia masih lagi terjaga sambil bergolek-golek di atas poster. Release date untuk FIFA13- 3 hari selepas Taisha menyambut 366 hari pertamanya... Insyaallah, tahun depan pun aku masih nak dapatkan pose Taisha seperti ini... Maskot Rasmi FIFA PS3 kat rumah ni.... Hahaha....

Pose Taisha untuk FIFA 12 tahun lepas.... cuma 4 hari selepas dia dilahirkan...
Bonus!! Ini adalah bonus game selepas masuk ke Ultimate Team Features buat kali pertamanya, Game adalah antara team pilihan 5 bintang terkenal- Benzema's eleven, Hart's eleven, Messi's eleven, Blaszczykowski's eleven, & Marchisio's eleven... Pilihan aku adalah Messi's 11 melawan Marchisio's 11 (walaupun aku sebenarnya minat Marchisio dari Messi, free bonus pack punyer pasal.....)

Nasib aku baik dapat kalahkan Marchisio's 11 dengan 3-1... dan aku dapat habuan Bonus Pack atas kemenangan ini... Hahaha.

Game pertama aku utk FIFA13 - antara MESSI's 11 vs MARCHISIO's 11.... Team Messi aku menang 3-1!!
Ada satu lagi penyebab kenapa aku nak dapatkan FIFA 13 ni secepat mungkin... Ramai yang dulu berkata hal yang sama seperti aku.... cuma bila dah keluar FIFA13, ramai yang senyap..... Tunggu NEXT posting aku....

FIFA ULTIMATE TEAM 13..... lai lai lai....

Oscar El-Capito signing out!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...