Semalam berita panas keluar di Metro Ahad- 9/9/2012...... Memang panaskan punggung hampir semua paintballer di Malaysia. Semalam seharian, Wall facebook member-member paintballer mengutuk laporan Metro Ahad yang rata-ratanya miss-leading pada mereka yang tak tau senario sebenar sukan ini di Malaysia...
Sehinggakan, semalam juga ada pertemuan tergempar antara orang-orang kuat paintball kat Malaysia ni untuk bagi penjelasan sebenar pada umum.... Dan juga tiba-tiba slogan 'Paintballers Unite' mula kelihatan di status paintballers. Aku mula tengok ramai paintballer menukar Profile Pic facebook mereka dengan logo Paintballers Unite.
Laporan dalam Metro Ahad kali ini betul-betul buatkan peminat sukan paintball terkilan rasanya. Aku yang bermain paintball hampir 6 tahun, merasakan isi-isi laporan 'Mainan Pembunuh' ini adalah cerita basi. Kalau sekadar berdasarkan teori tapi belum terbukti- isu yang dilaporkan semalam cukup-cukup basi malah terlalu basi.
Kenangan Oscar comrade dengan Team Natimago 1 dari Jepun semasa Semi-Final Div3 di World Cup Asia 2009... Kami menang!! |
Tapi bagi orang luar tidak tahu-menahu, ia dah pun memberi 'bad impression' pada sukan ini. Ini sekadar memperlahankan usaha untuk mengembangkan lagi paintball di Malaysia. Malaysia antara negara di Asia yang punyai perkembangan sukan paintball yang cukup membanggakan. (walaupun asyik tewas kepada negara-negara jiran yang lebih kompetitif). Kita yang punya World Cup Asia yang menjadi 'Branding Paintball' terbaik Asia Tenggara.... dan menjadi platform terbaik untuk meningkatkan lagi status paintball Malaysia disebabkan penganjurannya yang semakin baik setiap tahun..... Dan hujung tahun ni, seperti yang dijanjikan--> the best World Cup Asia 2012
Oyeah!!! Paintballer Unite!!!.....
Oscar El-Capito signing out!
Kalau "Mainan Pembunuh"...
ReplyDeleteDari 2006 aku dah mate terbunuh sebab paintball....
Gilo paper ni..
Dah takde cerita lettew....