Saturday, September 29, 2012

FIFA 13!!..... ape cerita NAZMI FAIZ

Salah satu penyebab kenapa aku rasa "MALAYSIAN should buy FIFA 13, ASAP !!".... sebab adanya Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor a.k.a Nazmi Faiz dalam S.C Beira-Mar dalam Primeira Liga Portugal.

Nazmi boleh dikatakan individu Malaysia yang pertama punyai profile sendiri dalam game FIFA. Walaupun sebelum ini Malaysian M-League (zaman Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, V Murugan dan seangkatan...) pernah dimasukkan ke dalam FIFA 96 & FIFA 97 sebelum lenyap sehingga sekarang.... itu hanya diwakili nama negeri dan mana pemain tanpa ada profile se-detail Nazmi...

Team Selection Menu - SC Beira Mar of Liga Portuguesa rated only 2 and 1/2 star team...
Overall Player Rating 60/100 untuk Nazmi bagi aku cukup tinggi lebih-lebih lagi dalam Liga Portugis. Kalau dalam Liga England mungkin sedikit lemau kerana Average Overall Rating di liga itu antara 80 - 75/100...

Dalam FIFA13, Nazmi bermain dalam posisi Centrel Midfielder tapi boleh juga mengambil posisi Central Defensive Midfielder & Central Attacking Midfielder. Default squad setting untuk SC Beira Mar meletakkan Nazmi hanya bermula di kerusi simpanan. Realitinya dia yang berumur 18 tahun, merupakan skuad under-19 Biera Mar dan boleh dipanggil ke dalam skuad utama jika prestasinya memberansangkan..

Nazmi Faiz's Player Infomation dalam Formation Setting... Kecewa aku, tiada gambar profile Nazmi
No 8 untuk Nazmi di Beira Mar pun antara pengiktirafan pada pemain muda Malaysia ini... Apa yang sedikit kurang bila tiada gambar profile Nazmi, hanya 'orang hitam' mengantikan profile pic nya.

Nazmi Faiz's Physical Attributes - Balance 91/100!!! Hebat!!!  Tapi Stamina & Strength below average....
Nazmi Faiz's Mental Attributes - Vision 68/100.... hmmmm oklah...
Nazmi Faiz's Skill Attributes page 1 - Hanya Ball Control agak ok... yang lain average...
Nazmi Faiz's Skill Attributes page 2 - Short pass 68/100
Nazmi Faiz's Specialties & Traits  - None!! Kosong... tapi ini Normal melainkan dia ni sama level Ronaldo atau Messi.....
Nazmi Faiz Player Info dalam Player Setting Menu... di sinilah tempat untuk ubah appearance Nazmi di atas padang... dan untuk lihat Nazmi 360 degree..
Muka Nazmi Faiz dalam FIFA13.... default muka Asian yang lebih kepada iras-iras Korea & China...
Apa yang aku ulas adalah apa yang FIFA13 telah buat. Aku tau ada orang yang cenderung dalam dapatkan skin Nazmi yang lebih realistic... terutama mereka yang main Pro Evolution Soceer--->PES. Tahniah Nazmi Faiz!!, anda telah buktikan yang data individu Malaysia juga boleh mengubah corak permainan dalam game. Paham tak apa cuba katakan ni?... Haha

Aku tengah menunggu sama ada Nazmi akan tersenarai dalam Auction List FUT13.... kalau ada aku akan beli tak kira berapa harganya... Untuk aku masukkan dalam Team Malayan El-Tigre: Squad Taming Sari aku.....

Oscar El-Capito signing out!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...